• Home
  • PRODUK KESIHATAN
    • Shaklee Zinc Complex
    • Shaklee OsteMatrix™
    • Shaklee DTX™ Complex
    • Shaklee Vita-Lea® Iron Formula
    • Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder
    • Shaklee B-Complex
    • Shaklee Sustained Release Vita-C™ Plus
    • Shaklee Alfalfa Complex
    • Shaklee Herb-Lax™
  • PRODUK KESIHATAN 2
    • Shaklee Vivix®
    • Shaklee CoQHealth™ Plus
    • Shaklee GLA Complex
    • Shaklee Garlic Complex

PENGEDAR SHAKLEE PULAU PINANG

SHAKLEE PULAU PINANG

  • HUBUNGI KAMI
  • Pengedar Kami
  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Testimoni Pengguna
  • Tips
  • Umum
  • Daftar Ahli

Faedah berjalan kaki bakar banyak kalori

July 13, 2023 By Master Norwina 2 Comments

Bersenam adalah bahagian penting dalam hidup sihat dan cergas , berjalan kaki adalah salah satu cara paling mudah untuk menjadi dan kekal cergas. Jika anda kurang aktif berjalan adalah cara yang ideal untuk bergerak dan membuat perubahan dalam kesihatan anda.

Selain itu, anda boleh melakukannya hampir di mana-mana, pada bila-bila masa ikut kesesuaian masing-masing Pelbagai peringkat umur pelbagai saiz boleh berjalan dan berjalan adalah. sesuai untuk riadah sekeluarga.

Berjalan kaki adalah senaman yang tidak memerlukan banyak modal dan memberi banyak manfaat kepada kesihatan anggota badan.

Fakta berjalan kaki yang harus anda tahu:

  • Berjalan 10,000 langkah bersamaan 6.5 kilometer membakar 380 kalori.
  • Berjalan satu kilometer bersamaan 1,200 langkah kaki.
  • Secara purata seminit berjalan bersamaan 100 langkah kaki.
  • Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mampu mengurangkan 64 gram lemak dalam badan.
  • Untuk membakar nilai kalori untuk sekeping roti canai anda harus berjalan selama 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer. Anggaran ini untuk individu yang mempunyai berat badan 70 kg.

Faedah berjalan kaki

Mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:

  1. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik.
  2. Mengurangkan stres. Ketika berjalan ia boleh merangsang penghasilan hormon endorfin dan membuatkan anda berasa lebih ceria serta sihat.
  3. Menyihatkan jantung dan merendahkan paras kolesterol.
  4. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan melancarkan aliran darah.
  5. Mengekalkan kekuatan otot.

Jom kita mulakan gaya hidup sihat sama-sama. Boleh brisk walk dekat taman sambil cuci mata lihat permandangan indah sekeliling kita.

Sihat n cergas bukan sekadar kurus.
Healthy and fit at every size.
Change your HABIT, Change for GOOD.

Artikel ini dapat bantu anda kurus dengan cepat sihat dan selamat, jemput baca>>>Set Hello New

Kesihatan Itu Kekayaan

Nak makan vitamin secara percuma? saya share cara kat sini MAKAN VITAMIN SHAKLEE PERCUMA

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Family Wellness, Kesihatan, Testimoni Pengguna, Tips, Umum Tagged With: Faedah berjalan kaki, kempen 10 000 langkah, senaman mudah, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani

Kerja Dari Rumah Pilihan Ramai Wanita

July 11, 2023 By Master Norwina 2 Comments

Saya teringat waktu berpantang anak sulung, saya balik berpantang kampung. Rumah mak pula dekat dengan sekolah cina,setiap hari waktu tengah hari saya akan nampak banyak kereta akan parking menunggu anak-anak keluar sekolah.Hati saya sayu sangat,keinginan naluri ibu sangat kuat sehingga saya berdoa. “Ya Allah saya nak uruskan anak saya satu hari nanti,permudahkan Ya Allah”.

Saya terdetik dalam hati seronoknya kalau saya dapat hantar dan jemput anak setiap hari,mustahil untuk saya lakukan kecuali bila saya kerja sendiri yang ada waktu lebih flexible.Perasaan tu datang bila seorang wanita bergelar ibu, anak saya pula setiap hari terpaksa hantar ke nursery dengan hati yang sangat berat.Hati saya terdetik mak budak-budak nie kerja apa yer?

Alhamdulillah 8 tahun tahun yang lepas Allah makbulkan doa saya untuk kerja dari rumah sambil uruskan keluarga.

5 Sebab Kerja Dari rumah Pilihan Ramai Wanita

Dulu bila sebut bekerja dari rumah biasanya orang akan tanya kerja apa tu? macam mana tu? betul ke boleh ada income dari rumah. Sebenarnya saya sendiri mula bekerja dari rumah sejak 8 tahun yang lepas. Tapi sekarang dah ramai pun orang yang faham maksud kerja dari rumah nak pulak masa 2 tahun PKP semua orang bekerja dari rumah.

Pada saya mudah saja konsepnya sesiapapun boleh jana pendapatan walau di mana berada dengan pilihan business yang sentiasa tinggi permintaan dan sistem syarikat yang efisyen dan mudah akses.

5 sebab kerja dari rumah pilihan ramai wanita:

Tidak perlu sewa premis

Business boleh bermula dari rumah sahaja tanpa perlu menyewa premis mengikut jenis perniagaan yang anda pilih. Contohnya business online yang berkonsepkan dropship atau agen jualan dan pemasaran digital yang mana tanpa perlu ada premis untuk menyimpan stok perniagaan.Modalnya hanya komputer atau smartphone sahaja.

Kelebihan untuk saya yang bekerja dari rumah ialah saya ada pilihan nak stok barang sampai ke rumah atau saya boleh pergi ke branch company yang jaraknya cuma 16km sahaja maka tak perlu ada premis untuk simpan stok atau menggaji pekerja.

Berisiko rendah

Biasanya bisnes yang memerlukan anda kerja dari rumah adalah berisiko rendah. Sebagai contoh saya menjalankan bisnes supplement kesihatan Shaklee hanya bermula dengan modal RM35 sahaja. Bila ada order beserta bayaran saya akan buatkan order, senang kata tanpa modal untuk pusingan stok barang. Modal rendah risiko juga rendah. Tak perlu buat pinjaman ratusan ribu untuk bermula. Inilah kelebihan kerja dari rumah dengan pilihan bisnes yang betul.

Boleh bermula dengan apa yang ada

Kelebihan kerja dari rumah sangat banyak antaranya mulakan dengan apa kemahiran yang anda ada. Ada orang pandai menjahit, pandai memasak, pandai mengajar tuisyen dan semuanya bileh dilakukan secara online sahaja. Contoh mudah anda boleh tengok ramai orang yang menjual di platform Facebook, Instagram dan Tik Tok sahaja.Asasnya bermulalah dengan apa kemahiran dan bakat anda. Sebagai contoh saya adalah pengguna set menyusu Shaklee, dan saya mula berkongsi dengan kawan-kawan apa vitamin yang saya makan kemudian ambil order dan belikan setiap 15hb Shaklee bayar bonus belian kepada saya.

Kebebasan Masa

Impian semua wanita terutamanya ibu dan isteri. Ibu saya juga bekerja dari rumah sebagai tukang jahit, ada sebuah bilik kecil untuk di jadikan ruang kerja.Ramai pula jiran yang datang tempah baju sekolah anak, baju raya dan pendapatan mak 4 angka setiap bulan bila dapat siapkan baju. Tanpa perlu keluar rumah namun ada pendapatan seperti keluar bekerja, pilihan kerja yang menarik bukan?

Alhamdulillah sekarang dengan kerja dari rumah sangat membantu saya capai Impian saya dapat lihat anak-anak membesar,menguruskan hal persekolahan mereka dan juga menguruskan bisnes saya kerana semuanya secara online. Ada ketika saya keluar ke branch untuk jumpa prospek hantar produk atau pergi seminar yang company anjurkan.

Tiada batas pencapaian

Dalam dunia bisnes uniknya ialah seoarang usahawan itu sendiri yang menentukan setinggi mana tahap yang ingin dicapai dan pastinya berbeza dengan makan gaji, proses naik pangkat perlukan masa yang panjang dengan banyak syarat yang ditetapkan.

Sebagai contoh dalam bisnes Shaklee saya sendiri yang menentukan berapa pendapatan yang saya inginkan dengan usaha yang saya perlu lakukan.

Jemput baca >>> Busines Online Terbaik Di Malaysia

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.Jika anda ingin mulakan perniagaan dari rumah dengan modal serendah RM35 sahaja dan berpeluang makan vitamin Shaklee secara percuma

Ada banyak lagi tips kerja dari rumah jemput baca ya.

Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: bisnes Shaklee, Business Shaklee, Kejayaan Business Shaklee, kerja dari rumah, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani

6 Amalan Gaya Hidup Sihat

July 1, 2023 By Master Norwina 2 Comments

Kadar Obesiti di Malaysia

Kadar obesiti dewasa negara akan meningkat sebanyak 4.7% setiap tahun sehingga tahun 2035. Sementara kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak pula diramal akan meningkat sebanyak 5.3% setiap tahun sehingga 2035.

Punca utama adalah GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK SIHAT. Banyak makan yang semakin hipster tapi KURANG BERSENAM

Bayangkan hasil kajian 10 tahun lagi.

Mulakan perubahan gaya hidup yang lebih sihat. Bukan untuk kita sahaja tapi generasi akan datang juga.Apakah 6 Amalan Gaya Hidup Sihat.

Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah bersabda:

Masa muda sebelum datang waktu tuamu, Masa sihat sebelum datang masa sakitmu, Masa kaya sebelum datang masa miskinmu, Masa lapang sebelum datang masa sibukmu, Masa hidup sebelum datang kematianmu

Ibnu ‘Abbas

Ramai orang yang nak sentiasa muda, rasa sihat, bertenaga awet muda betul tak?Tapi bagaimana caranya? Jom saya kongsikan apakah 6 Amalan Gaya Hidup Sihat ini.

1)Minda yang positif

Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif termasuklah dalam keluarga, jiran dam kawan-kawan. Minda yang positif berkait dengan ilmu pengetahuan yang mantap supaya kita dapat hidup dalam tuntutan agama dan kesihatan yang menyeluruh.

Kenap perlu ada minda yang positif

  • Keyakinan diri akan lebih tinggi
  • Lebih bersemangat mencapai kejayaan
  • Minda positif dapat meningkatkan sistem imun sistem badan

2)Kawal Tekanan(stress)

Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri.

Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja.

Namun, tekanan yang  melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.

Tips Elak Stress

  • Elak persekitaran atau perkara yang menjadi punca stress.
  • Senyum dan gembira dengan setiap pencapaian dalam hidup. (raikan setiap kejayaan walaupun ianya kecil.)

3)Pengambilan Air Putih

Berapa banyak air yang anda minum hari ini?

Mengekalkan kelembapan badan akan mengelakkan timbulnya masalah dalam badan, terutamanya kerana peranannya yang sangat penting untuk kesihatan.

Selain untuk kesihatan, ternyata minum air yang cukup juga membawa manfaat untuk kecantikan juga! Dengan minum air yang mencukupi setiap hari, kita pun boleh mengekalkan kulit yang sihat dari dalam.

Malah, kulit adalah organ terbesar badan yang kebanyakannya terdiri daripada air. Jadi jika badan kita kekurangan pengambilan cecair, maka kulit tidak dapat berfungsi dengan baik. Kulit akan menjadi kering, bersisik, dan terdedah kepada penuaan pramatang.

4)Pemakanan sihat

Tahukah Anda?

Pengambilan makanan secara sihat akan membantu proses penuaan berlaku dengan lebih perlahan.

Antioksidan melambatkan proses penuaan. Kalsium dan vitamin D memastikan tulang kita sihat dan kuat.

Ikut pinggan suku suku separuh

Antara sebab kita digalakkan amalkan suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dalam pinggan adalah untuk kawal kalori. Cubalah sebulan amal suku suku separuh, memang mudah sangat kurangkan 2-4 kg sebulan.

5)Bersenam

Apakah kebaikan bersenaman selama 30 minit?

1) Bakar lebih banyak lemak

Senaman sebelum sarapan buatkan badan bakar lebih banyak lemak yang sedia ada.

2) Masa yang senang untuk konsisten

Lebih senang untuk buat sebelum ada kerja perlu dibuat dan anak-anak bangun kerana hanya 30 minit

3) Badan bertenaga sepanjang hari

Kajian buktikan senaman waktu pagi buat badan lebih effektif guna tenaga pada waktu tengahari dan petang.

6)Makanan tambahan

Kenapa kena makan supplement?

Makan supplement sebenarnya bukan untuk mengubati penyakit, tapi untuk memenuhi nutritional gap harian kita.Bukan setiap hari kita makan seimbang.Ada hari ambik sayur tak ambik buah.Ada hari terlebih ambik gula dan makanan bergoreng.Ada hari rasa penat, rasa lemau.

Dan ada juga nutrient yang badan kita tak mampu ambik, so by hook or by crook kita kena ambik daripada sumber luar atau daripada makanan tambahan.Contohnya Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. .

Pilih makanan tambahan(supplement) dari sumber yang organik, yang selamat dan paling berkesan.

Vitamin Shaklee Beyond Organic

Pengambilan makanan yang tinggi nutrisi antioksida mampu mengurangkan risiko kanser
Vitamin A, C, dan E telah didapati mengurangkan risiko kanser tertentu.

Jemput baca artikel bagaiamana saya makan vitamin secara PERCUMA sahaja

http://www.winawellness.com/2023/05/24/makan-vitamin-percuma-dengan-cash-rebate-shaklee/

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Ada banyak lagi tips gaya hidup sihat jemput baca ya.

Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Kecantikan, Kesihatan, Testimoni Pengguna, Tips, Umum Tagged With: Gaya Hidup sihat, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang

Zikir Asmaul Husna Untuk Anak-Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan

June 12, 2023 By Master Norwina 2 Comments

Zikir Asmaul Husna Untuk Anak-Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan

Bila masuk ja musim exam debaran bukan hanya anak-anak tetapi ibu ayah pun sama berdebar kan. Semuanya inginkan keputusan yang cemerlang selari dengan usaha doa dan tawakkal kita.

Saya kongsikan di sini terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak untuk mengambil peperiksaan TAHFIZ SYAHADAH ALQURAN,
SRAI, UPKK, UPSR, PT3 dan SPM amalkan zikir ini kekuatannya dari Asmaul Husna

Majlus Graduasi Khatam 30 Juzuk AlQuran di Maahad Intergrasi MADAD

Saya ada pengalaman anak sulung yang menyambung pengajian program Tahfiz yang mana menghafal AlQuran memerlukan seluruh kekuatan minda dan menpunyai jiwa dan semangat yang kuat untuk mampu mengafaz 30 juzuk AlQuran dalam satu tempoh yang telah ditetapkan. Maka sebagai ibu sentiasalah meminta pertolongan dari Allah agar perjalanan AlQuran anak-anak kita dipermudahkan.

sejujurnya pilihan jalan ini tak mudah pun untuk kami buat keputusan pada awalnya,banyak ujiannya, namun kami percaya pilihan bersama Allah pasti tak akan mengecewakan…pegang kemas prinsip itu.

sungguh,
jalan ini perlukan kekuatan mental yang sangat kuat serta mujahadah terutamanya anak kami, serta kemampuan dia untuk fokus apa yang ingin dicapai dalam perjalanan hidupnya dan meletakkan Allah sebaik-baik penolongNya

Ahamdulillah 11 bulan berjaya Khatam 30 Juzuk AlQuran
Syahadah AlQuran Oleh Akademi Al Quran Karantina Indonesia

Penghafaz AlQuran ni takdak pencen. Gajinya di syurga. Usahanya tak boleh berhenti, tapi, dia yang paling dekat dengan Allah SELAGI MANA dia menjaga hak hak AlQuran.

اللهم زينا بزينة القران وأكرمنا يا الله بكرامة القران
Ya Allah hiasilah kami dengan perhiasan AlQuran, dan muliakanlah kami ya Allah dengan kemuliaan AlQuran.

(Rentetan perkongsian Ustazah Nurhafizah Musa, kekuatan Asmaul Husna.)

Asmaul Husna
Zikir Asmaul Husn

Bacalah zikir ini sepanjang anak sedang exam ya.

Zikir Asmaul Husna

Allahumma 1x
Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid. 40x

Bicara hati
Ya Allah. Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anakku agar dia dapat menjawab dengan baik. 1x

Allahumma 1x
Ya zohir 40x

Ya Allah kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda ankku kerana Kau Maha Menampakkan 1x

Allahumma 1x
Ya Fatah 40x

Ya Allah bukakanlah minda anakku seluas langit dan bumi agar dia nampak segala jawapan yang betul. 1x

Allahumma 1x
Ya Baari’. 40x

Ya Allah aku serah seluruh jiwa raga anakku hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang dia exam ini Ya Allah. Kau aturlah otak dan minda juga jari jemarinya utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yakin hanya kuasaMu sahaja Ya Allah.. aku tiada daya.. 1x.

Ulang dan ulang. Kalau anak exam 1 jam zikirlah. Bayangkan anak² sedang menjawab dengan betul dan senyum. Pastikan anak² ada dalam keadaan berwuduk masa nak pergi sekolah. Kalau batal takpe.. mak ayah kena istighfar sepanjang exam ini juga ya.

Saya ada kongsikan selawat juga adalah doa dipermudahkan semua urusan.

https://www.winawellness.com/2023/06/03/tazkirah-selawat-juga-satu-doa/

Doa dipermudahkan urusan

http://norwina-mh.blogspot.com/2020/10/doa-agar-allah-permudahkan-semua-urusan.html?m=1

Mudah-mudahan perkongisan Zikir Asmaul Husna Untuk Anak-Anak Cemerlang Dalam Peperiksaan dirahmati Allah.

Jadi ibu-ibu gunakan senjata yang paling mustajab yang ada pada diri kalian untuk sama-sama berdoa agar Allah beri kelancaran dan ketenangan untuk anak-anak.

Untuk ibu-ibu yang anaknya bakal menghadapi peperiksaan, saya doakan Allah akan terus berikan ketenangan hati.

Sama-sama kita doakan anak-anak bukan semata cemerlang di dunia malah menjadi ikon hebat hingga ke akhirat.

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG

Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my

Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina

Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/

Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Tips, Umum Tagged With: Doa, Doa dan Zikir, Motivasi Kehidupan, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Zikir

Testimoni Shaklee Saya

June 11, 2023 By Master Norwina 4 Comments

Kenangan kali pertama pembedahan mata di PPUM

SABAR DAN IKHTIAR

Ini kisah saya, testimoni Shaklee saya kisah benar yang saya tak akan lupa.

ianya berkisar tentang SABAR DENGAN UJIAN SAKIT.

kisah ini bermula masa sekolah lagi masa tu saya form 1,Allah uji saya dengan RESDUNG pakej simpton selsema campur bersin,kerap demam, sakit dalam hidung sampai kawan sebelah meja rajin kira barapa kali bersin.

pernah satu hari tu dia kata
” win, aku kira hang bersin 40 kali tadi”

orang dengar penat, yang menanggung lagilah penat, segala perubatan orang bagitau ada tempat nak buang resdung kami terjah pergi mak kata kita usahalah dik, ubat resdung siapa pun jual mak abah akan beli.

segala warna ubatnya pun saya telan, dulu orang jual ubat resdung banyaknya dekat pasar malam, masa tu saya makan sebab cuma kesian abah, keluar duit beli macam-macam ubat dan itulah ikhtiar seorang ayah kan Alfatihah buat arwah abah saya.

Bukan cerita tentang ubat saja tapi segala vitamin dan ubat farmasi pun abah beli, saya nie pulak ok dan suka ja nak makan apapun vitamin sebab saya nak sihat so telan ja la.

syukur alhamdulillah saya tak takut ubat.

Bila habis matrik kemudian masuk UPM saya pulak pandai dah beli sendiri dekat farmasi,bukan takat vitamin C,minyak ikan, EPO, vitamin E pun sakan beli,biasalah nak kulit segak pun ya jugak.

Nak tahu tak masalah resdung sama ja tak hilang, tak berkurang pun malah dah makin kronik serang mata sampai kena buat appointment Pakar Oftalmologi untuk minor operation di PPUM berpunca dari alahan kerana air mata tak berhenti keluar dan ada bau yang tak menyenangkan rupanya.

“Apabila saluran keluar air mata tersumbat, kandungan tahi mata semakin terkumpul pada bahagian “lacrimal sac”.

kata doktor lagi

“Kandungan tahi mata ini boleh membiakkan jangkitan dan menyebabkan keradangan. Bahagian ini akan nampak bengkak dan sakit dan mata sering berair sekali gus menyebabkan mata bertahi ,”

Sejujurnya pada waktu itu, saya rasa sedih sangat sebab macam-macam dah telan itu nie masih tak berkesan,ubat sentiasa makan sebab malu masuk kuliah selesema, saya pulak nak hadapi banyak exam lagi,sungguh saya betul-betul diuji.

Sangat lama juga saya terus makan ubat selsema sampai kahwin la tak lega juga. Apa boleh buat redha ja la ubat tetap makan vitamin tetap beli saya pujuk hati mungkin kena makan lama kot baru ada kesan.

SINAR BARU DENGAN SET MENYUSU SHAKLEE

Nak jadi rezeki beli set menyusu dan konsisten maka setiap hari tak tinggal saya perasan kenapa saya dah tak selsema, mana pergi bersin? masa tu tak perasan lagi sebab fokus utama nak buat stok susu.

Saya masa tu ada beli Shaklee sebab nak buat stok susu bayi kembar ja, nak jadi rezeki Allah bila makan vitamin setiap hari rasa kepala ringan, bersin selsema pagi – pagi pun hilang, badan pun tak penat

Saya pun ada kisah penyusuan dengan set menyusu Shaklee jemput baca

http://www.winawellness.com/2023/03/17/set-shaklee-paling-saya-suka/

Set Menyusu Lengkap Shaklee yang saya beli dan dapat PERCUMA Keahlian.

tak lama lepas tu saya beli buku nutrisi dengan upline. saya mula baca satu demi satu dan masa tu saya mula tahu apa fungsi vitamin C dan apa fungsi Alfalfa, bcomplex dan ESP.. rupanya kekurangan nutrisi semua itulah buatkan resdung saya tak lega-lega.

Akhirnya saya mula faham dah konsep makan vitamin ikut masalah kita.. cuma yang saya jadi seronok sebab saya beli Set Menyusu untuk banyakkan susu tapi masalah 17 tahun resdung pun selesai.

Bermula dengan set senyusu Shaklee badan lebih bertenaga, mood sangat baik,susu pekat dan banyak, alergik hilang maka mula dari kefahaman dan kesan pada diri saya konsisten dan kongsikan pada kawan-kawan yang ada masalah yang sama. Alhamdulillah boleh kata Allah izin resdung saya berkurang sangat-sangat banyak boleh kata hampir tak ada lagi simptom bersin dan selsema setiap pagi.

Saya selalu bagitau anak-anak kesihatan itu rezeki dari Allah.Sebab itu saya pilih untuk memelihara rezeki sihat ini dengan tahu apa keperluan badan dan terus berkongsi manfaat kepada ramai orang di sekeliling kami.

Inilah yang istimewanya Shaklee. Apa yang ada dalam set menyusu Shaklee adalah sama dengan apa yang ada dalam set resdung Shaklee.

✅ Esp baiki sel kulit dari dalam baiki kulit yang berparut, kusam, gelap

✅ vitamin c pula memudarkan parut kulit

✅ Alfalfa mengurangkan keradangan sakit itu sendiri

✅ Bcomplex penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan. Kalau anda ada masalah yang sama macam saya at least cuba dulu 3-4 bulan konsisten makan hari-hari.inshallah memang saya nampak berkesan tu sampai la suami pun cuba sama.

Testimoni Set Resdung Shaklee

Testimoni Set Menyusu Shaklee
Set Resdung Shaklee
Set Resdung Shaklee

Terima kasih kepada upline saya Master Norita dan Master Naquib berkongsi produk yang baik berkesan dan selamat dan Shaklee juga berikan saya peluang perniagaan dan komuniti Shaklee yang sangat best.

Alhamdulillah semoga perkongsian saya dapat bantu ramai lagi yang mencari penawar untuk masalah resdung dan semoga entry ini saya dapat menang hadiah tajaan www.anakkuwiraku.com

Jom baca perkongsian pengalaman sahabat saya di sini>> Testimoni Shaklee

Shaklee National Conference bersama Upline Master Norita dan Master Naquib

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: Set menyusu shaklee, Set Resdung, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, testimoni set resdung shaklee, Testimoni Shaklee saya

Omega 3 Bantu Untuk Cepat Kurus

June 6, 2023 By Master Norwina 1 Comment

Omega 3 bantu untuk cepat kurus

Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka mereka yang mengambil asid lemak Omega-3 dan bersenam lebih banyak membakar lemak daripada mereka yang hanya bersenam dan tidak mengambil asid lemak Omega-3.

Satu lagi kajian di Jepun dan Czech Republic mencadangkan Omega-3 dapat menghalang pembentukan lemak hodoh pada badan dan kajian yang sama juga turut mencadangkan Omega-3 dapat membakar lebih banyak lemak.

Kebanyakan kita akan menolak untuk mengamalkan pengambilan minyak ikan oleh kerana baunya yang hanyir. Sekiranya minyak ikan yang kita makan menpunyai bau hanyir yang kuat, berkemungkinan minyak ikan itu diperolehi daripada ikan yang bersaiz besar.

Minyak ikan Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada ikan laut dalam air sejuk (sardin, mackerel, herring, anchovies) di perairan negara Jepun.

Ikan-ikan tersebut juga mempunyai saiz yang Kecik. Bermakna kandungan toksik juga adalah lebih rendah berbanding ikan bersaiz.

Perbezaa Omega 3 Shaklee adalah berkepekatan tinggi
Kebaaikan OOmega 3 Shaklee

8 Cara Omega 3 bantu untuk cepat kurus

Hari ni saya nak share tentang bagiamana pengambilan Omega Omega 3 bantu untuk cepat kurus.

  1. Rasa Lebih Kenyang

Dua hormon utama iaitu ghrelin dan leptin berperanan untuk mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega 3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur 2 hormon ini dan meyeimbangkan rasa kenyang yang lama dan mengurangkan selera makan.

  1. Meningkatkan Kadar Metabolisma

Minyak ikan Omega 3 dapat meningkatkan metabolisma seterusnya membantu membakar lebih banyak kalori setiap hari, maka ia berpotensi untuk mengurangkan berat badan.

  1. Mengawal atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan menjadi punca kepada penambahan berat badan seseorang. Kajian menunjukkan Omega 3 dapat:

Mencapai tahap lemak yang sihat kerana ianya bantu meningkatkan kadar pembakaran lemak, meningkatkan peredaran darah ke otot-otot semasa bersenam dan lemak lebih banyak terbakar, mengawal paras lemak sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.

  1. Mengempiskan Perut

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus
Omega 3 boleh mengempiskan perut
dan mengecilkan saiz pinggang

  1. Mengecilkan Saiz Badan

Minyak ikan Omega 3 membantu mengurangkan lemak dalam badan dan seterusnya ukur lilit badan makin mengecil

  1. Membakar Lebih Kalori Apabila Bersenam

Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot, meningkatkan kadar metabolisma, bantulebih banyak kalori terbakar secara tidak langsung berat badan pun berkurangan.

  1. Meningkatkan Paras Insulin Yang Sihat

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega 3 dapat membantu:
Meningkatkan kepekatan insulin badan – semakin peka sel sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita ambil itu disimpan sebagai lemak.

  1. Mengurangkan Tekanan

Tekanan atau stress boleh penyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega 3 mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan. Hormon kortisol ni menggalakkan penyimpanan lemak.

Bagaimana Sentuk Omega 3 Shaklee?

Omega 3 dalam bentuk soft gel yang senang sangat nak ditelan.

Kelebihan produk ini mengikut pengalaman customer sendiri.

1)Anak slow learner, autism dah boleh bercakap. Boleh fokus dalam kelas.

2)Ambik omega, saiz seluar 4 inci kurang.

3)Anak astma , lelah , selsema , batuk tak perlu dah ambil ubat hospital.

4)Jeragat nipis, kulit makin cerah.

5)Kolestrol turun, tekanan darah tinggi stabil.

5)Kecutkan cyst.

7)Sakit badan hilang ambik omega guard.

Testimoni Omega 3 bantu untuk cepat kurus

Testimoni Omega 3 Shaklee
Testimoni Omega 3 Shaklee
Testimoni Omega 3 Shaklee
Testimoni Omega 3 Shaklee

Jangan lupa dapatkan OmegaGuard Shaklee ataupun Set Hello New untuk kawalan berat badan yang lengkap boleh baca perkongsian saya di link ini >>Mudah Kurus Dengan Set Hello New You Shaklee

Jom sembang santai cara makan omega 3 yang betul untuk turun berat badan secara sihat klik link whatsapp >>hubungi saya

Jangan lupa dapatkan Omega 3 daripada saya hari ini juga,dan anda boleh beli Omega 3 Shaklee bantu untuk cepat kurus pada harga ahli dengan diskaun sebanyak 25% dan daftar ahli di sini

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG

Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my

Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina

Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/

Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: Omega 3 bantu untuk cepat kurus, Omega 3 Shaklee, Omega Untuk Sakit Lutut, OmegaGuard, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, testimoni omega

Multivitamin Vita-lize Shaklee Berwajah Baru

June 6, 2023 By Master Norwina 1 Comment

Assalamualaikum salam sejahtera buat semua pembaca setia winawellness yang dikasihi semua.Hari ni saya nak kongsikan sedikit sejarah tentang Multivitamin Shaklee Vita-lize ramai yang tidak tahu.

Syarikat Shaklee ditubuhkan dah lebih 50 tahun. Tapi produk pertamanya iaitu Vitalized Minerals (sekarang namanya Vitalea) dah wujud sejak 108 tahun sehinggalah hari ini.

Masa tu pada tahun 1915 dan konsep vitamin masih belum dikenali. Dr Forrest Shaklee yang pertama kali cuba mengekstrak minerals daripada sayur-sayur serta tumbuh-tumbuhan sdan jadikan dalam bentuk “Vitalized Mineral” dan dari situ la terciptanya istilah Vitamin buat pertama kalinya.

Vita-Lize yang kita makan tu, inilah rupanya masa tahun 1915. Dan semestinya Vitamin ni completely natural. Dan selepas itu barulah banyak syarikat suplement lain timbul dan buat vitamin yang tiruan atau vitamin sintetik.

Kenapa ada vitamin tiruan? mudah je jawapannya sebab vitamin tiruan atau sintetik ni pastinya lagi murah, tak perlu susah-susah nak cari bahan semulajadi hanya dicipta di dalam sebuah makmal.

Selepas berpuluh tahun ramai orang guna dan nampak berkesan dan positif, barulah Dr Forrest Shaklee tubuhkan syarikat makanan tambahan nutrisi ni dalam bentuk Network Marketing.

Maka tertubuhlah Syarikat Shaklee sendiri pada tahun 1956. Dr Forrest Shaklee sengaja wujudkan syarikat Shaklee yang menggunakan konsep Network Marketing. Setiap Vitamin Shaklee ni bukan dijual secara retail di outlet-outlet atau farmasi.

Sebabnya?

Sebab Dr Forrest Shaklee nak semua orang yang consume Shaklee dapat bimbingan peribadi melalui one to one consultation. Sebab itulah bila anda beli dari pengedar Shaklee yang sah dan bertauliah anda akan dibimbing dengan cara pengambilan yang betul.

Apa keistimewaan Multivitamin Shaklee Vita-lize yang baru ?

Multivitamin Shaklee Vita-lize

Alhamdulillah Multivitamin Vita-lize Shaklee akan menggantikan Vitalea dengan formula baru pada June 2023. Multivitamin Shaklee dah berada di pasaran lebih dari 100 tahun,lama kan? sebab itulah Multivitamin Shaklee terbukti selamat, terbukti dan berkesan.Bukan itu saja anda boleh makan Shaklee secara PERCUMA dan saya ada share di sini >> makan vitamin percuma dengan cash rebate Shaklee

Vita-lize Shaklee adalah formulasi yang sangat unik untuk menyokong kesihatan badan. Formula asal Shaklee mengandungi 12 vitamin dan 8 mineral. Hari ini Vita-lize lengkap dengan 25 vitamin dan mineral penting dan juga fitonutrien dan juga antioksida. Inilah specialnya inovasi penyelidikan saintifik terkini dari Shaklee.

Vita-lize Shaklee
Lengkap dengan 25 jenis vitamin dan mineral

Siapa yang perlu makan multivitamin Shaklee?

Selalu saya dapat soalan nie? dan kerap kali saya beri cadangan kepada customers.

Antara golongan yang saya cadangkan ialah mereka yang

  1. Inginkan kesihatan yang optimum terutamanya mereka yang ingin mengekalkan kesihatan dan tahu keperluan badan untuk dapatkan nutrisi lengkap 25 jenis vitamin dan mineral.
  2. Mereka yang ingin mencegah dari risiko mudah jatuh sakit atau mengurangkan risiko sakit yang kronik. Vitamin E, Zinc dan selenium adalah vitamin antioksida yang membantu mencegah lenyakit seperti serangan jantung, kanser dan lain – lain.
  3. Mereka yang inginkan tambahan tenaga terutamanya mereka yang sibuk, aktif, mudah stress, ibu hamil, berpantang dan menyusu dan mereka yang tidak mempunyai rutin diet yang seimbang.

Vita-lize juga penting bagi mereka yang mengalami kekurangan iron dalam badan.

Bagaimanakah mengetahui anda kekurangan iron dlm badan?

TANDA-TANDA KEKURANGAN IRON

Pucat, tercunggap-cunggap
· Keletihan & kelesuan luar biasa
· Pergerakan yang perlahan
· Anemia ( Penyakit Kurang Darah)

  • masalah sembelit
  • tidak bermaya
  • kuku pecah (retak)
  • berat bayi tidak naik walau menyusu susu ibu
Perbandingan Multivitamin di pasaran

Multivitamin Shaklee Vita-lize juga telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000.

Testimoni Multivitamin Shaklee

Vita-lize Shaklee beri tenaga ibu hamil dan menyusu
Vita-lize Shaklee beri tenaga ibu hamil dan menyusu
Vita-lize Shaklee untuk tekanan darah yang rendah
Vita-lize Shaklee untuk tekanan darah yang rendah

Hanya 2 tablet sehari telah melengkapkan keperluan mikronutrien anda untul lengkapkan keperluan nutrisi penting dalam badan.

Jom sembang santai Multivitamin shaklee Vita-lize berwajah baru bersama saya, klik link whatsapp >>hubungi saya

Jom dapatkan vita-lize daripada saya hari ini juga,dan anda boleh beli multivitamin Shaklee Vita-lize pada harga ahli dengan diskaun sebanyak 25% dan daftar ahli di sini

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG

Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my

Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina

Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/

Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Family Wellness, Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: Multivitamin Shaklee untuk ibu mengandung, Multivitamin Terbaik dunia, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Vita-lize Shaklee

Hadapi Dan Uruslah Sebaiknya Ujian Hidup

June 4, 2023 By Master Norwina 4 Comments

Assalamualaikum sahabat winawellness. Bila sebut ujian pasti terbayang ianya berat namun sebagai hambaNYA hadapi dan uruslah sebaiknya ujian hidup kita.

FIRMAN Allah swt yang bermaksud;

“Sesungguhnya, kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan, jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (Surah Muhammad: Ayat 36)

Berdamai dengan takdir dan melihat hikmah setiap ujian

Guru saya selalu berpesan tentang ujian,

Bahawa ujian yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama.

Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya kerana sudah terlalu derhaka.

Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya.

Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang.

Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh.Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan. Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya.

Maka, jika ujian itu ditimpa kepada kita, lalu kita tidak tahu maksud yang mana satu, berbaik sangka lah kepadaNya.

Itu sebagai beradab dengan Tuhan, kerana kita adalah hamba-Nya. Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita. Atau kerana kemurkaan-Nya.

Agar kita sentiasa bertaubat dan mohon doa kepada Allah . Inilah jalan selamat buat kita. Saya suka nak kongsikan satu amalan oleh Ustazah Asma Harun tentang nama Allah Ya Bariq

Tips Hadapi Ujian Hidup

1)Bersangka baik dengan Allah

Berusahalah untuk mendidik hati kita agar bersangka baik dengan setiap aturan-Nya.

Ini kerana Rasulullah saw pernah bersabda:
“Bahawasanya Allah swt berfirman, ‘Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hamba-Ku’.”

(RIWAYAT AT-TIRMIZI)

2. Minta pertolongan daripada Allah

Sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan, mintalah pertolongan dari-Ku pasti Aku perkenankan.” (Surah al-Baqarah: Ayat 185)

3. Baca Al Quran

Jika hati tidak tenang terhadap suatu perkara, maka ambillah Al-Quran, tatap, baca dan fahamilah maksudnya.Bahkan, ubat bagi segala penyakit yang ada di dalam hati juga dapat disembuhkan menerusi Al-Quran.

Firman Allah swt bermaksud;

“‘Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati’.” (Surah al-Baqarah : Ayat 38)

4) Menjaga wuduk

Salah satu sunah Rasulullah saw adalah berwuduk sebelum tidur. Baginda bersabda;

“Barangsiapa yang tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), maka Malaikat akan tetap mengikuti. Lalu, ketika ia bangun nescaya Malaikat akan mengucapkan, ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan sentiasa bersuci’.”

Riwayat Ibnu Hibban daripada Ibnu Umar ra.

5. Basahkan lidah dengan zikrullah

Sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang, sentiasalah ingat kepada-Nya.

Yakinlah bahawa setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt itu sudah pasti ada maksudnya yang tersirat.

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dan berzikir (mengingati Allah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”

(Surah ar-Ra’d: 28)

Saya ada kongsikan istimewanya amalan menjaga selawat dalam kehidupanSemoga kita dapat sabar hadapi dan uruslah sebaiknya ujian hidup kita.

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG

Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my

Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina

Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/

Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Tips, Umum Tagged With: Motivasi Kehidupan, Nasihat Agama, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Tazkirah Agama

Tazkirah Selawat Juga Satu Doa

June 3, 2023 By Master Norwina 4 Comments

Zikir Dan Selawat
Jom kita perbanyakkan selawat

Bismillahirrahmanirrahim. Inshallah hari nie saya nak kongsikan kata-kata motivasi arwah abah atau boleh dikelaskan sebagai satu bentuk tazkirah selawat juga satu doa sebagai amalan untuk kekuatan hati iaitu amalan berselawat.

“Selawat banyak-banyak ya adik “

Pesan arwah abah, adalah antara motivasi untuk saya bersemangat menjaga amalan dan rutin selawat.

Bila Rasulullah SAW kenal kita, Ada rezeki boleh jumpa dalam mimpi, Ada rezeki di mahsyar boleh minum air telaga kautsar dari tangan Baginda, Lebih hebat boleh dapat syafaat Rasulullah SAW
Allah dan Malaikat Berselawat ke atas Nabi Muhammad

Selawat adalah salah satu bentuk doa. Selawat juga adalah pengakuan kita terhadap kerasulan Muhammad SAW
lalu kita berdoa agar ALLAH mengurniakan kemuliaan kepada baginda.

Berselawat membuktikan keyakinan kita terhadap kerasulan Nabi. Selain itu, iamemberi keuntungan secara peribadi kepada diri kita di dunia dan akhirat.

Tahukah anda perbezaan antara orang yang pemurah bakhil?

Menurut hadis riwayat At-Tirmizi, An-Nasaie dan Al-Hakim, orang yang bakhil adalah seseorang yang apabila disebut namaku (Muhammad s.a.w), dia tidak berselawat ke atasku.

Formulanya, jika anda bakhil, anda yang rugi.Jika rajin berselawat, anda juga yang akan untung disana nanti.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sekali, maka akan dicatatkan untuknya 10 kebaikan (pahala).

Jadi,memang tidak berbaloi untuk menjadi orang yang bakhil lagi bodoh sombong, bukan?

Istimewanya Selawat
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammads.a.w amat mudah untuk dilafazkan. Ia hanyalah sepotong ayat yang pendek.Sama ada ia disebut di bibir atau diulang-ulang dalam hati, fadilatnya banyak.

Selawat boleh menjadi pendinding diri kita di dunia, daripada diancam jenayah yang tidak disangka-sangka. Selawat juga boleh menjadi penolong kita di akhirat nanti.

12 Keistimewaan Selawat

1)Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
2)Mendapat rahmat daripada ALLAH
3) Dosa diampunkan
4)Darjatnya tinggi di sisi ALLAH S.W.T
5)Membersihkan hati
6)Mendapat doa daripada malaikat
7)Mendapat perlindungan pada hari kiamat
8)Selamat daripada sikap bakhil
9)Menjadi benteng sifat munafik
10)Menjadi penyebab doa dimakbulkan
11)Menggantikan sedekah
12)Dapat mendampingi Nabi s.a.w di akhirat kelak.

Marilah kita rebut kebaikan ini, dengan berdoa dan berselawat di bibir dan di hati. Selawat dan doa di bibir menjadikan kita hamba yang tawaduk. Selawat juga doa dihati menguatkan iman sedia ada.
Percayalah kita memerlukan kedua-duanya, dalam susah dan senang.Jom kita selawat.

Saya ada kongsikan Doa Berlindung Dari Penyakit Merbahaya. Jemput amalkan ya. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Selawat Ringkas

Semoga bila kita tahu kelebihan selawat ianya menjadi satu motivasi untuk kita jadikan sedikit tazkirah amalan selawat juga satu doa yang sebagai seharian kita semua inshaallah.

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG

Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my

Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina

Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/

Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Tips, Umum Tagged With: Fadilat Selawat, Motivasi Kehidupan, Nasihat Agama, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Tazkirah Agama

Vitamin harga murah dengan flash sale Shaklee

May 28, 2023 By Master Norwina 6 Comments

Kali nie Shaklee ada satu offer best untuk semua rakyat Malaysia peluang makan vitamin pada harga murah dengan flash sale Shaklee selama 6 hari sahaja.Bila ada offer cepat-cepat saya war-warkan pada customers kawan-kawan dan juga team. Alhamdulillah semua teruja bila dengar Flash Sales Shaklee ni.

Terima kasih Irwan beli vitamin Shaklee dengan cikgu wina. Irwan adalah student saya alhamdulillah rezeki kami dapat berkongsi kebaikan Shaklee kepada pelajar kami
Untung grab FLASH sales
Puan Syida dah consume Shaklee 12 tahun dah. Pengguna setia dan rajin kongsikan kebaikan Shaklee dengan family dan kawan-kawan
2 ESP RM99+2 VIT C RM99
Terima kasih ustazah ani beli ESP dan Vitamin C Falah sales untuk anak-anak minum.

Antaranya produk terpilih untuk flash slaes ialah produk best seller Shaklee iaitu vitamin C dan ESP. Harga promosi hanyalah RM99 sahaja.

Peluang makan vitamin harga ahli

Flash sales nie nak bagi peluang anda makan Shaklee pada harga ahli yang lebih jimat dan dalam masa yang sama anda berpeluang berkongsi kebaikan vitamin kepada keluarga dan kawan-kawan.

Nak join sebagai ahli Shaklee dapat beli vitamin harga ahli klik JOIN NOW

Nak makan vitamin Shaklee Percuma Dengan Cash Rebate boleh baca entry ini

Makan Vitamin Percuma Dengan Cash Rebate Shaklee

Beli Flash Sales ESP atau vitamin C percuma keahlian Shaklee. Anda tak perlu lagi bayar RM35 yuran ahli.

Apa kebaikan Vitamin C dan ESP dalam Set Cantik Shaklee?

ESP ialah minuman berasaskan kacang soya adalah minuman yang sangat mudah nak disediakan untuk minum. Antara manfaat ESP adalah:

  • Mencerahkan kulit
  • Menjadikan tona kulit lebih sekata
  • Mengurangkan whitehead dan blackhead
  • Memudarkan parut jerawat
  • Memberi kulit yang lebih gebu
  • Atasi sunburn

Sustained Release Vita-C Plus
Vitamin C. Antara manfaat Vitamin C ialah

  • Merangsang penghasilan KOLAGEN
  • Mencegah jerawat datang kembali
  • Mengatasi masalah jerawat melampau ketika period
  • Mencerahkan kulit wajah
  • Sunblock dalaman
  • Kekalkan kulit awet muda
  • Mengecilkan pori muka

Vitamin C juga bagus untuk kuatkan imun sistem badan selain tu pilihan ramai untuk atasi masalah selalu selsema, bersin, gatal akibat resdung

Selalunya soalan famous ada kesan ke kalau ambik ESP dan Vitamin C nie untuk kulit cantik? Inshaallah ada. Saya kongsikan ya feedback pengguna set cantik Shaklee




Parut jerawat dah hilang sejak makan vitamin C shaklee
Dulu kulit sangat kusam, sekarang dapat kulit idaman

Jangan lepas peluang makan vitamin harga murah dengan flash sale Shaklee

PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG

Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my

Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina

Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/

Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: ESP SHAKLEE MURAH, Flash Sales Shaklee, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, shaklee malaysia, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, vitamin c shaklee, Vitamin Shaklee Murah

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 114
  • Next Page »

Cari info di sini

LIKE FANPAGE KAMI :)

Master Shaklee

  • Master Norita

Rangkaian Pengedar Winners Network

  • Aliya: Shah Alam +60 11-5529 3039 0
  • Faridah Ismail :Petaling Jaya,Selangor 0123179304 0
  • Nasriah: Butterworth, Kepala Batas, Bertam Contact No : 016-4855790 0
  • Noor Hayati :Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak 0199768284 0
  • Noor Hayati :Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak 0133972486 0
  • Nurul Suhana: Penaga, Kepala Batas, Bertam, Butterworth 017-4961676 0
  • Pn.Mazidah:Rawang ,KL Sentral Call/SMS/Whatsapp 013-3456789 0
  • Rohaiyu :Penaga,Butterworth,Kepala Batas Call/SMS 012-595 8276 0
  • Shahana: COD : Seksyen U5 Shah Alam & Kota Damansara http://www.shanasharafas.com 0
  • Siti Idayu Rafida: Ipoh Perak 0126746694 0

Recent Comments

  • Dettis on Testimoni Collagen Shaklee
  • Noor aini on Krim Herba Untuk Parut Chicken Pox
  • Sumaiyah MZ on Testimoni Lecithin Shaklee

Penapis Air Shaklee Murah dan Mudah(Klik Gambar untuk Info)

Weight Management

Set Rawatan Keputihan

SET TERLARIS WINAWELLNESS.COM(KLIK GAMBAR UNTUK INFO)

Set Sendi

Set Thalasemia

Set Eczema

Set Menyusu

Set Resdung>

Set Berpantang

Set Hamil

Archives

Daftar Ahli

JADILAH AHLI SHAKLEE BERSAMA GROUP

Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam, Pengedar Shaklee Penang, Pengedar Shaklee Seberang Jaya, Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

PELUANG PERNIAGAAN

INGIN TAMBAH PENDAPATAN BERSAMA

ESP SHAKLEE

Apa kesan selepas minum ESP Shaklee

Apa kesan selepas minum ESP  Sebelum … [Read More...]

Testimoni Collagen Plus Powder Shaklee

Sukanya collagen shaklee ni cepat betul … [Read More...]

ESP SHAKLEE

Apa kesan selepas minum ESP Shaklee

Apa kesan selepas minum ESP  Sebelum … [Read More...]

Copyright © 2026 ·News Pro Theme · Genesis Framework by StudioPress · WordPress · Log in

FREE CONSULTATION
WhatsApp
JOM DAFTAR AHLI & FREE CONSULTATION
Open chat
Powered by Joinchat