• Home
  • PRODUK KESIHATAN
    • Shaklee Zinc Complex
    • Shaklee OsteMatrix™
    • Shaklee DTX™ Complex
    • Shaklee Vita-Lea® Iron Formula
    • Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder
    • Shaklee B-Complex
    • Shaklee Sustained Release Vita-C™ Plus
    • Shaklee Alfalfa Complex
    • Shaklee Herb-Lax™
  • PRODUK KESIHATAN 2
    • Shaklee Vivix®
    • Shaklee CoQHealth™ Plus
    • Shaklee GLA Complex
    • Shaklee Garlic Complex

PENGEDAR SHAKLEE PULAU PINANG

SHAKLEE PULAU PINANG

  • HUBUNGI KAMI
  • Pengedar Kami
  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Testimoni Pengguna
  • Tips
  • Umum
  • Daftar Ahli

Tips Pilih Kalsium Terbaik

November 10, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Tips Pilih Kalsium Terbaik

Bila sebut kalsium terus ramai terbayang kalsium dan tulang kan. Sebenarnya banyak fungsi kalsium yang ramai masih belum tahu dan bagaimana memilih kalsium terbaik.

jemput baca :Kenapa saya memilih vitamin Shaklee

Tanda Badan Kekurangan Kalsium

Kekurangan kalsium agak biasa tetapi sukar untuk ditentukan. Bagaimana anda tahu jika anda kekurangan kalsium? Kekurangan kalsium boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan: kesemutan pada tangan dan kaki, sakit otot, degupan jantung tidak teratur, keletihan, dan juga kehilangan ingatan.

Apakah Hypocalcemia

Hypocalcemia ialah tahap kalsium dalam darah yang terlalu rendah. Bergantung pada tahap keterukan, simptom boleh berkisar daripada ringan atau tidak ketara kepada serius dan mengancam nyawa. Kekurangan kalsium boleh menjadi akut atau kronik.

🔸Badan mudah letih
🔸Anggota badan mudah rasa kebas (kaki/tangan)
🔸Confusion/ memory loss
🔸Depression
🔸Berhalusinasi
🔸Tulang rapuh
🔸Muscle cramps
🔸Sakit belikat

7 Nutrien Lengkap Dalam Ostenutrix Untuk Membina Tulang Yang Sihat

Untuk membina tulang yang lebih kuat, anda memerlukan gabungan kalsium terbaik bersama vitamin D, magnesium, zink, tembaga, mangan, dan boron. Ketahui mengapa kita memerlukan kesemua 7 nutrien unik

7 NNutrien Unik Membina Tulang Yang Sihat

Kalsium
• Membina dan mengekalkan jisim tulang.
• Membantu mencegah osteoporosis.
• Penting untuk fungsi otot.

Vitamin D
• Membantu badan menyerap kalsium.
• Membantu mengawal aktiviti sel tulang.
• Mengurangkan risiko patah tulang.

Magnesium
• Terlibat dalam pembentukan matriks tulang.
• Membantu mengawal paras gula dalam darah.
• Boleh membantu meningkatkan kualiti tidur.

Zink
• Penting untuk pembentukan kolagen tulang.
• Membantu meningkatkan sistem imun.
• Boleh membantu memperbaiki penyembuhan luka.

Tembaga
• Terlibat dalam pembentukan matriks tulang.
• Membantu mengawal aktiviti sel tulang.
• Membantu mengangkut zat besi dalam darah.

Mangan
• Terlibat dalam pembentukan matriks tulang.
• Membantu mengawal aktiviti sel tulang.
• Membantu melindungi daripada kerosakan oksidatif.

Boron
• Membantu meningkatkan penyerapan kalsium.
• Membantu mengawal aktiviti sel tulang.
• Boleh membantu mengurangkan risiko osteoporosis.

Ambil suplemen membina tulang seperti OsteNutrix.

Testimoni Kalsium Terbaik OsteNutrix

Testimoni Ostenutrik tidur lena, hilang lenguh
Testimoni Ostenutrik Tiada Sembelit semasa berpantang
Testimoni Ostenutrix Hilang Sakit Tumit
Testimoni Ostenutrix Lenguh bahu dan tangan hilang

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna Tagged With: kalsium Shaklee, Ostenutrix, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Testimoni Ostenutrik

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee

October 12, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Mengapa saya memilih vitamin Shaklee?

Alhamdulillah tahun ni genap 14 tahun saya dan keluarga memilih vitamin Shaklee sebagai jenama pilihan.Sejak sekolah lagi saya dah mula ambil supplement yang abah beli dari farmasi untuk masalah resdung,kemudian bila ada duit masa di universiti saya pergi sendiri beli vitamin C dan Vitamin E.

Bila dah mengandung anak sulung untuk makan supplement, memang tak ada masalah pun untuk saya konsisten, tapi saya belum kenal vitamin Shaklee lagi. Saya hanya kenal Shaklee bila berpantang anak kedua bayi kembar susu sikit dan badan cepat penat bekerja, nak pula saya seorang guru di SBP yang perlu bekerja kadang sehingga malam dan kadang-kadang 7 hari seminggu. Begitu juga dengan suami yang ada masalah resdung yang agak kronik ketika itu.

Antara vitamin yang saya sekeluarga amalkan ialah:

  • Set Hamil
  • Set Menyusu
  • Set Berpantang
  • Set Kulit Cantik
  • Set Kesihatan Imun
  • SetAnak Pintar Cergas
  • Set Sinus /Resdung
  • Set Kurus Hello New You
  • Set Kesihatan Kolesterol
Anak bongsu saya bermula dari set hamil, berpantang dan menyusu.

Jemput baca >> Kisah penyusuan Shaklee saya

5 sebab kenapa saya jatuh cinta dengan vitamin Shaklee

1)Kesihatan lebih baik dengan Shaklee

Apa yang membuka hati saya untuk memilih vitamin Shaklee ialah bila saya ada masalah penyusuan bayi kembar.Selain itu masalah anak sulung saya yang picky eater juga buat saya rasa perlu ikhtiar dengan supplement.Selain dari berpuas hati dengan set menyusu Shaklee saya juga dapat rasa masalah resdung saya hilang dan sistem imun ,kulit dan berat badan saya mudah turun. Pada tahun 2017 saya hamil anak keempat dan sepenuhnya saya adalah pengguna Set Hamil dan Set Menyusu Shaklee.

2)Produk Berkualiti

Shaklee sangat menjaga kualiti setiap produk yang dihasilkan dengan jaminan produk yang selamat.

Ujian Keselamatan Produk

Shaklee telah buat saringan ujian terhadap lebih daripada 350 bahan pencemar, racun perosak dan kekotoran pada setiap ramuan botani untuk hasilkan satu produk shaklee. Buat saringan ujian pada setiap ramuan bahan produk shaklee tau. Setiap ramuan bahan, bukan pilih-pilih bahan nak buat ujian. SEMUA BAHAN DALAM SATU PRODUK SHAKLEE DIUJI DARI 350 BAHAN BAHAYA! Maksudnya, kalau ada 10 bahan dalam satu produk shaklee tu, maka shaklee akan buat 350 ujian bahan berbahaya untuk setiap satu bahan tu. Bermakna 350 ujian x 10 bahan = 3,500 ujian

Ujian Kualiti Produk

Shaklee telah menjalankan lebih daripada 100,000 ujian kualiti setiap setahun. Sebut ulang ni, SETIAP TAHUN 100 RIBU UJIAN KUALITI tau! Bukannya buat ujian satu kali jer terus boleh jual produk. 100 ribu ujian kualiti setiap tahun ni sebab untuk memastikan produk Shaklee betul-betul selamat untuk diambil oleh kita, pengguna shaklee, dan juga keluarga kita.

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang disahkan Neutral Iklim (Mesra iklim tanpa pencemaran kepada bumi). Tiada lagi syarikat seumpana ini di dunia setakat hari ini.

3) Harga Mampu Milik

Saya sendiri bermula sebagai ahli Shaklee untuk beli vitamin pada harga yang murah dan jimat. Daftar ahli hanyalah RM35 sahaja dan dapat menikmati harga ahli dengan penjimatan sehingga 25%.

Bukan itu sahaja, bahkan anda juga layak untuk mendapatkan cash back shaklee sekiranya pembelian produk shaklee anda melebihi 150uv point produk shaklee.

Perbandingan Harga Shaklee

Saya bagi contoh harga vitamin C 500mg Shaklee untuk sebotol RM92 harga Ahli untuk 180 biji, kos untuk sebiji vitamin C cuma RM0. 51 sahaja.

4)Produk Yang Dijamin Halal

Produk Shaklee adalah dijamin halal. Sijil Halal Shaklee Halal Certificate 2023 dibawah ini membuktikan produk shaklee adalah disahkan HALAL oleh ISLAMIC SERVICE OF AMERICA (ISA) salah satu badan yang mengesahkan produk-produk yang dihasilkan di Amerika adalah dijamin halal digunakan oleh umat Islam di Amerika dan seluruh dunia.

Kenapa JAKIM tidak keluarkan sijil halal untuk produk shaklee?

Untuk pengetahuan anda, JAKIM tidak mengeluarkan sijil halal untuk produk-produk yang dihasilkan diluar negara Malaysia kerana JAKIM hanya boleh melakukan pemeriksaan status halal hanya untuk kilang-kilang pengeluar di dalam Malaysia sahaja.

Walaubagaimanapun, JAKIM mengakui dan mengiktiraf badan-badan Islam terkemuka di luar negara yang boleh mengesahkan dan menjamin produk-produk keluaran di luar negara tersebut adalah halal untuk digunakan oleh umat Islam di negara tersebut dan juga halal untuk pengguna Islam di seluruh dunia.

5)Supplement semulajadi dan selamat

Kajian landmark yang diketuai oleh Dr Gladys Block bersama University Berkeley telah menjalankan kajian pengguna jangka panjang pelbagai supplement telah membuktikan mereka yang mengambil supplement Shaklee mempunyai biomaker jantung yang sihata, otak dan kesihatan kognitif berbanding mereka yang mengambil supplement jenama lain dan yang tidak mengambil sebarang supplement.

Cadangan Vitamin Asas Untuk Kesihatan

Bila ada yang bertanya saya apakah vitamin paling asas untuk kesihatan? Antara cadangan saya adalah 3 supplement asas berikut

  • Protein ESP
  • Vitamin C
  • OmegaGuard

Jemput baca entry mengapa saya memilih vitamin Shaklee

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: Mengapa Pilih shaklee, shaklee bertam, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Testimoni Shaklee:Set Berpantang

Kepentingan Vitamin C Shaklee Sebagai Asas Kesihatan

October 5, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Kepentingan Vitamin C Shaklee Sebagai Asas Kesihatan. Bila sebut vitamin C, ramai tahu secara umum apakah kepentingan vitamin C kepada manusia terutamanya untuk imun sistem dan kulit yang cantik.

Vitamin C adalah vitamin jenis larut air dan ianya tidak boleh dihasilkan oleh tubuh,namun boleh diperolehi dengan pengambilan sayur dan buah- buahan yang tinggi dengan vitamin C,jadi kita perlu mengambil vitamin C setiap hari.

Tanda- tanda badan anda kekurangan vitamin C

1)Muka yang pucat (anemia)

2)Badan cepat penat dan letih

3)Kerap jatuh sakit (immuniti yang rendah)

4)Kulit kasar berkedut dan kering

5)Luka lambat sembuh

6)Sakit pada anggita badan terutamanya bahagian sendi

Kepentingan Vitamin C Sebagai Asas Kesihatan

Kesihatan Imun Sistem

1.Kesihatan Sistem Imun

Vitamin C boleh meningkatkan immuniti tubuh badan,bagaimana Vitamin C boleh meningkatkan immuniti?

Fungsi Vitamin C adalah sebagai anti-oksidan.

Ini bermaksud, ia mampu meneutralkan radikal bebas yang masuk ke dalam badan dan membantu mengelakkan kerosakan sel disebabkan serangan radikal bebas tersebut.

Tindak balas anti-oksidan Vitamin C akan mengurangkan keradangan dan sekaligus membantu meningkatkan immuniti.Vitamin C juga akan mengaktifkan sejenis sel imun yang akan “menelan” bakteria, virus, patogen etc yang memasuki badan.

Selain itu, Vitamin C juga akan meningkatkan fungsi antibodi yang akan menyerang bendasing yang masuk ke dalam darah.Dalam beberapa kajian, vitamin mengurangkan simptom dan memendekkan jangka masa penyembuhan ketika demam selesema.

Kulit cerah berseri

2.Kulit yang cerah berseri

Menariknya vitamin C adalah salah satu vitamin yang penting untuk kesihatan kulit iaitu membantu meransang penghasilan kolagen.Kolagen adalah protein dalam badan yang menyediakan struktur kepada kulit dan bantu mengyatkan tulang dan membantu dalam pembekuan darah.

Vitamin C anti penuaan

Vitamin C juga mencegah daripada kulit kering serta melawan penuaan kulit akibat terdedah kepada sinar UV yang mengakibatkan penuaan kulit yang kronik akibat dari pencemaran ,tekanan serta perubahan pada hormon.

Selain itu vitamin C membantu mengurangkan kedutan kulit serta mengurangkan keradangan kulit seperti jerawat ,psoriasis seperti gatal gatal dan kekeringan.

kehamilan yang sihat

3.Kehamilan yang sihat dan bertenaga

Vitamin C sangat penting terutamanya kepada ibu hamil.Kajian menunjukkan vitamin C membantu mengurangkan risiko praeklampsia iaitu plasenta tidak dapat berfungsi dengan baik kerana tekanan darah tinggi berlaku secara mengejut(tekanan darah sistolik melebihi 140 mmHg atau tekanan darah diastolik melebihi 90 mmHg) dan kehadiran protein dalam air kencing.

Keadaan ini juga dikenali sebagai “toksikosis kehamilan” atau “hipertensi kehamilan”. Masalah darah tinggi ketika hamil ini boleh terjadi pada pelbagai peringkat kehamilan, termasuk sebelum hamil (pregnant hypertension), semasa hamil (pregnancy hypertension), atau selepas bersalin (postpartum hypertension).

Vitamin C bantu penyerapan zat besi

Vitamin C juga membantu penyerapan zat besi di dalam tubuh ibu yang membantu pembentukan sel darah merah dan mencegah masalah anemia.

Kekurangan vitamin C akan menyebabkan risiko diabetis sangat banyak berlaku dikalangan ibu hamil di mana berlaku peningkatan gula dalam darah ibu hamil yang menyebabkan komplikasi kelahiran bayi pramatang,bayi lahir dengan berat badan berlebihan

Berapa banyak vitamin C yang diperlukan setiap hari?

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimun kepada 2000mg/hari.

Keistimewaan Vitamin C Shaklee

Soalan yang selalu ditanya apa beza vitamin C Shaklee dengan vitamin C lain di pasaran?

Vitamin C Shaklee Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin c untuk meningkatkan keberkesannya.

Keistimewaan Vitamin C SHAKLEE. Dikenali vitamin c yang mempunyai teknologi sustained released. Ia diperbuat daripada ekstrak jagung. Ia mempunyai teknologi dimana ia melepaskan vitamin c 500mg secara berperingkat-peringkat selama 5 jam dan mengurangkan pembaziran.

Testimoni Vitamin C Shaklee

Ok jom saya kongsikan testimoni vitamin C Shaklee semoga bermanfaat dan yang penting, ambil vitamin yang baik yang ada banyak research, and living proof testimoni.

Jemput baca :Vitamin Shaklee untuk wanita

Anda dah cuba ke Vitamin C Shaklee?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Kecantikan, Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna Tagged With: kepentingan Vitamin C Shaklee, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, testimoni vitamin c shaklee, vitamin c shaklee

Set Mengandung Shaklee

September 14, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Set Mengandung Shaklee

Set Mengandung Shaklee

Bila sebut set shaklee paling saya suka tak lain jawapan ialah Set Mengandung Shaklee. Set nie adalah set yang banyak kenangan saya sebagai pengguna dan ramai kawan -kawan yang berpuas hati bila diminta bercerita apakah shaklee effect mereka sebagai pengguna Set mengandung Shaklee. Vitamin dalam Set Mengandung Shaklee membantu wanita hamil & berpantang mendapat nutrisi secukupnya semasa hamil & berpantang. Jemput baca :Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil

INFO KEPENTINGAN SUPPLEMENT UNTUK IBU HAMIL OLEH DR ZUBAIDI

Kepentingan supplement untuk ibu mengandung

Set Mengandung Shaklee Lengkap

ESP (Energizing Soy Protein)

  • 1)Memberikan tenaga berkekalan, tahan selama berjam-jam.
  • 2) Membantu untuk memperoleh kesan yang optimum untuk pengambilan vitamin-vitamin lain.
  • 3 Kulit juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal & inshaaAllah kulit baby pun cantik nanti.
ESP mempunyai kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.

BCOMPLEX

  • 1)Lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan demi membantu tubuh badan bertenaga, otak lebih fokus, emosi lebih stabil dan wajah berseri.
  • 2) Folic Acid untuk perkembangan fizikal dan saraf baby.
Bcomplex juga bagus untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.

Multivitamin Vitalea

  • 1) Menambah zat besi kerana kebiasaannya ibu mengandung kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan mudah pitam, lesu, kurang daya ingatan dan kurang konsentrasi.
  • 2) Mengelakkan anemia, masalah LOW HB.

 Ostenutrix Shaklee 4) Ostenutrix

Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencingmanis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas
  • 1.Baby memyerap 90% kalsium dari ibu.Jika kita tidak menggantikan semula kalsium ini boleh terdedah kepada risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, sakit pinggang, kebas pada kaki / simpul biawak, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua.
  • 2.OsteNutrix juga untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin

Set Mengandung Shaklee Lengkap dan Tanamera Embun 2023

Pakej ini adalah lengkap bagi ibu hamil dan berpantang.Terutamnya untuk bakal ibu dan ibu berpantang akan gembira dengan set yang mengandungi vitamin lengkap & minyak serta herba untuk mandian semasa tempoh berpantang.
Embun Relaxing Magnesium Gel

Embun Relaxing Magnesium Gel

Embun Smooth Tummy Oil

Embun Smooth Tummy Oil 

TESTIMONI SET MENGANDUNG SHAKLEE

Set Mengandung Set Mengandung Shaklee Set Hamil Shaklee Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Norwina Mohd Hadin wina.mh@gmail.com https://instagram.com/winahadin Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok https://www.facebook.com/winawellness/ Call/wassap link bawah http://winawellness.wasap.my #nextlevelblogging #blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph202

Filed Under: Kesihatan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: Bcomplex, ESP, Multivitamin Vitalize, Ostenutrix, Relaxing Magnesium Gel, Set Embun Shaklee, Set Mengandung Shaklee Lengkap, Smooth Tummy Oil Shaklee, Sustained release vitamin C

6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung

September 10, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung

Banyak penyakit ketika mengandung disebabkan oleh diet pemakanan yang tak sihat. Diet yang sihat ini dapat melindungi ibu dan bayi dari masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

Kesan diet tidak sihat kepada bayi ialah:

  • Mati dalam kandungan
  • Lahir pramatang
  • Kecacatan otak yang menyebabkan bayi lahir kurang cergas
  • Hiperaktif
  • Mudah sakit

Kesan diet tidak sihat kepada ibu ialah:

  • Anemia
  • Tumpah darah sebelum melahirkan bayi
  • Jangkitan pada organ tubuh seperti paru-paru, buah pinggang dan hatu.
  • Keguguran kerana pertumbuhan uri tidak sempurna

Jemput baca: makan vitamin Shaklee secara percuma

6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung

Fetus mendapat semua khasiat dari apa yang ibu makan.Pengambilan zat tambahan seperti folik asid digalakkan pada 3 bulan pertama kehamilan. Kekurangan nutrisi akan menjejaskan tumbesaran bayi. Ibu perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang mengandungi khasiat seprti karbohidrat ,kalsium,protein ,lemak,mineral ,vitamin dan sebagainya.

1)Asid Folik

Asid folik ialah kumpulan vitamin B yang penting untuk perkembangan sistem saraf utama bayi dan kekurangan asid folik menganggu perkembangan otak bayi.Asid folik penting dalam pembentukan sel darah merah.

Kekurangan asid ini menyebabkan ibu mengalami anemia yang menyebabkan anda melahirkan bayi kurang berat badan ataupun risiko keguguran

Kajian terbaru dari John Hopkins Bloomberg school of Public Health menyatakan asid folik boleh menyebabkan risiko anak mendapat autisme

2)Protein

Pengambilan protein yang mencukupi akan membantu membina serta membaiki semula otot atau tisu yang rosak.Fungsi protein juga adalah untuk menghasilkan enzim dan hormon bagi menyokong sistem imun dan membentuk antibodi ibu dan bayi dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina ibu. Kekurangan protein boleh mengakibatkan risiko bayi lahir pramatang.

Sumber protein boleh diperolehi dari ikan,daging,ayam,kekacang seperti soya dan hasil tenusu

3)Zat Besi

Ketikan hamil ibu memerlukan dua kakli ganda zat besi untuk membina sel darah merah.Kekurangan zat besi mengakibatkan ibu menghadapi anemia.Sumber zat besi boleh diperoleh dari daging merah,tempe,sayur hijau kekacang dan bijirin.

4)Vitamin C

Zat yang terdapat dalam makanan yang tinggi vitamin C membantu membina plasenta yang kuat, mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana makanan ini tidak disimpan oleh badan.Kebanyakkan buah dan sayur tinggi dengan vitamin C.

5)Kalsium

Tulang dan gigi bayi terbentui pada minggu kelapan kehamilan.Kekurangan kalsium akan menyebabkan ibu kejang otot dan meningkatkan risiko osteoporosis. Kalsium yang mencukupi membantu ibu mengatasi tekanan darah tinggi.

Sewaktu mengandung ibu memerlukan 2 kali ganda kalsium berbanding biasa. Badan menyerap 50 peratus kalsium terutamanya pada enam bulan yang pertama.

6)Asid Lemak

Asid lemak penting kerana bahan ini membantu dalam perkembangan otak bayi ,mata dan sel. Asid lemak Omega 3 pada ibu hamil mempunyai banyak kebaikan untuk ibu dan janin. Berdasarkan hasil penyelidikan, dua jenis omega 3 yang mempunyai manfaat kesihatan yang hebat ialah EPA ( asid eicosapentaenoic ) dan DHA ( asid docosahexaenoic ).

EPA sejenis omega-3 yang turut terdapat dalam minyak ikan, memainkan peranan penting dalam sistem imun bayi dan mengurangkan risiko mendapat masalah mental.

Semoga perkongsian 6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung

Promosi bermula 9hb.September 2023. Set Mama Hamil & Set Mama Berpantang

Datang bersama Set Embun. Khas di buat untuk Shaklee sahaja.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Produk, Testimoni Pengguna, Tips, Umum Tagged With: Kehamilan yang sihat, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, shaklee malaysia, Shaklee penaga, vitamin Untuk hamil, vitamin untuk mengandung

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Sebagai Ibu

August 24, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Doa Yang Bagus Untuk Wanita Sebagai Ibu

Doa adalah harapan, hajat kita terhadap Pencipta. Doa juga adalah senjata umat Islam.

Kenali Allah ketika kamu senang,pasti dia mengenalimu ketika kamu susah.Kita hanya dapat bergantung kepada Allah SWT. Tidak ada daya upaya dan kekuatan ,kecuali dengan pertolonganNya.

Hari ni saya nak kongsikan Doa Yang Bagus Untuk Wanita Sebagai Ibu. Ada hadis yang menyatakan ,ibu yang mendoakan kebaikan dunia dan akhirat untuk anaknya,sama dengan nabi yang mendoakan kebaikan untuk umatnya.Nabi Muhammad berkata:

  •  Daripada Anas bin Malik RA, dikatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

دُعَاءُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ مِثْلُ دُعَاءِ النَّبِيِّ لأُمَّتِهِ

Maksudnya: “Doa seorang ayah (atau ibu) untuk anaknya, seperti doa Nabi kepada umatnya.”

  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nai SAW bersabda:

ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ يُسْتَجَابُ لَهُنَّ، لَا شَكَّ فِيهِنَّ: دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ لِوَلَدِهِ

Maksudnya: “Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya: Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibubapa kepada anaknya. [Riwayat Ibn Majah (3862)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hasan li ghairihi]

Jemput baca :Doa dijauhkan penyakit merbahaya

3 TIPS DOA MUSTAJAB IKUT CARA NABI ZAKARIA YANG DICERITAKAN DALAM AL-QURAN

Kenapa saya pilih berdoa ikut cara doa Nabi Zakaria ?

Sebab saya sangat terkesan bila baca ayat 2 Surah Maryam

ذِكْرُ رَحْمَتِ رَبِّكَ عَبْدَهُ زَكَرِيَّا

“(Ingatkan mereka) tentang rahmat Tuhan kamu kepada hamba-Nya, Zakaria,”

Dalam ayat ni Allah iktiraf Zakaria a.s sebagai عَبْدَهُ iaitu HambaNya.

Saya kira sebagai satu pengiktirafan tertinggi bila Allah acknowledge kita sebagai HambaNya..Petanda Allah redha dengan cara Nabi Zakariya meminta doa

Nak jadi ‘HambaNya’?

Jom belajar doa cara Nabi Zakaria :

TIPS DOA YANG MUSTAJAB YANG PERTAMA

1)Doa Dapat Keturunan Yang Baik

رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ

“Rabbi hab li mil ladungka żurriyyatan ṭayyibah, innaka sami’ud-du’a’.”

Artinya: “Ya Tuhanku, berikanlahlah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.” (QS. Ali Imran: 38).

TIPS DOA MUSTAJAB KEDUA

2)Doa Dikurniakan Anak Yang Soleh

رَبِّ هَبْ لِيْ مِنَ الصّٰلِحِيْنَ

Rabbi hab lī minaṣ-ṣāliḥīn.

Artinya: “Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.” (QS. As-Saffat: 100)

TIPS DOA MUSTAJAB KETIGA

3)Doa Agar Anak Rajin Solat

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاةِ وَمِنْ ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ (٤٠)

Rabbij’alnī muqīmaṣ-ṣalāti wa min żurriyyatī rabbanā wa taqabbal du’ā’

Artinya: Ya Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan shalat, Ya Tuhan Kami, perkenankanlah doaku. (QS Ibrahim: 40).

Semoga Allah berikan keberkatan dalam hidup dan kesihatan semua wanita yang solehah dan semoga Doa Yang Bagus Untuk Wanita Sebagai Ibu dapat dijadikan sebagai amalan seharian kita sekeluarga agar beroleh kebaikan dunia akhirat kita. Inshaallah

Jemput baca perkongisan menarik :Doa yang bagus untuk wanita

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

Filed Under: Tips, Umum Tagged With: Amalan doa Seorang Wanita, Doa, Doa dan Zikir

Vitamin Untuk Wanita 40an

August 24, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Vitamin Untuk Wanita 40an

Tubuh badan individu ibarat sebuah mesin dengan sistem yang akan merosot terutamanya seiring dengan pusingan biologi banyak perubahan fizikal antaranya kedutan, kulit anjal, masalah rambut beruban semuanya akan mula dirasai bila melangkah usia 40an dan untuk kelihatan muda banyak tips awet muda yang kita boleh baca di semua media sosial, dan untuk sihat dan kelihatan bertenaga ada banyak pilihan yang boleh kita jadikan panduan.

Cabaran Kesihatan Wanita Di Malaysia

Wanita di Malaysia mencatatkan jangka hayat yang lebih tinggi sehingga umur 81.8 tahun, iaitu dua tahun lebih tua daripada lelaki.Di kalangan kumpulan etnik utama, orang Cina diramalkan hidup paling lama antara 81.2 dan 75.9 tahun, diikuti oleh Bumiputera dan India.

Selain itu isiko penyakit kronik adalah lebih tinggi jika anda tidak mula membuat perubahan aktif pada gaya hidup anda pada awal usia 40-an, terdapat peluang yang lebih besar untuk didiagnosis dengan penyakit kronik di kemudian hari.

Penyebab utama kematian di kalangan orang dewasa yang lebih tua adalah:

1)Penyakit jantung koronari: Penyempitan arteri akibat pembentukan lemak memaksa jantung anda bekerja lebih keras apabila mengepam darah, menyebabkan tekanan darah tinggi (hipertensi). Jantung yang lemah terdedah kepada serangan jantung dan kegagalan jantung.

2)Kanser: Statistik 2020 melaporkan lebih daripada 50% pesakit kanser tergolong dalam kumpulan umur 65 tahun ke atas, biasanya sudah mencapai peringkat lewat atau akhir. Kanser yang paling biasa ditemui ialah kanser payudara, kanser paru-paru, kanser prostat, dan kanser usus.

3)Strok: Sejenis penyakit kardiovaskular kerana aliran darah terhad ke otak. Tanpa oksigen yang mencukupi, sel-sel otak boleh rosak dan menjejaskan fungsi kognitif, pertuturan, atau motor. Diisytiharkan sebagai kecemasan perubatan, strok boleh berlaku dalam dua cara: iskemia dan hemorrhagic.

4)Sistem imun yang lemah akibat penuaan menjadikan tubuh anda terdedah kepada penyebaran jangkitan, yang seterusnya melambatkan pemulihan dan mengurangkan peluang hidup.

Hormon yang tidak stabil ketika fasa pra-menopaus dan menopaus memang memberi kesan kepada wanita. Selain itu, kesihatan tulang dan jantung juga akan turut terkesan. Kadangkala, pemakanan memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah yang timbul ketika fasa perubahan ini

Cabaran Kesihatan Wanita Di Malaysia

CADANGAN VITAMIN UNTUK WANITA 40AN

1) Multivitamin Vitalize

Apakah kebaikan Vitalize Shaklee?

1)Memberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, membantu memori dan fokus

2)Pelengkap nutrisi akibat pengamalan diet yang tak seimbang

3)Keupayaan sistem proaktif bagi remaa yang sedang membesar

4)Membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

5)Menyediakan asas nutrisi untuk sel-sel serta menjaga kesihatan tiroid

6)Melindungi fungsi jantung, buah pinggang dan hati

2)Asid Lemak Omega 3

KEBAIKAN MINYAK IKAN (OMEGA-3).

Terdapat pelbagai kebaikan minyak ikan yang diterbitkan dalam jurnal. Antaranya ia memberikan kebaikan pada kesihatan jantung.

Minyak Ikan yang mengandungi Omega 3 membantu menyokong kesihatan jantung yang menjadi punca utama kematian di seluruh dunia.

Kajian lain menunjukkan bahawa orang yang makan banyak ikan mempunyai kadar penyakit jantung yang jauh lebih rendah.

Pelbagai faktor risiko untuk penyakit jantung yang dapat dikurangkan dengan pengambilan ikan segar atau suplemen minyak ikan. Manfaat minyak ikan untuk kesihatan jantung termasuk:

  1. Tahap kolesterol bertambah baik. Ia boleh meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik) dan mungkin juga menurunkan tahap kolesterol LDL (buruk).
  2. Menurunkan tahap trigliserida. Ia boleh menurunkan trigliserida sebanyak 15–30%
  3. Tekanan darah berkurangan. Walaupun dalam dos yang kecil, ia membantu mengurangkan tekanan darah pada orang yang mempunyai tahap yang tinggi.
  4. Pencegahan pembentukan plak dalam saluran darah yang boleh menyebabkan arteri mengeras. Ia menjadikan plak arteri lebih stabil dan lebih selamat pada mereka yang sudah mempunyainya.

3) Kalsium Ostenutrix

Kandungan Ostenutrik penting untuk kesihatan kita.

-1000mg kalsium – Sumber semulajadi yang mudah diserap.

-400mg magnesium – Bantu mengasimilasikan kalsium kedalam tulang dan menguatkannya.

-400IU Vitamin D – Merangsang penyerapan kalsium.

-Boron – Bantu dalam metabolisma tulang.

-Manganese, kopper, dan zink – Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Faedah Ostenutrix Shaklee

1)Pembentukan tulang dan gigi yang sihat dan kuat.

2)Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)

3)Melegakan kekejangan dan kebas-kebas.

4)Menstabilkan tekanan darah.

5)Melegakan symptom PMS ketika haid.

6)Membantu dalam masalah gastrik.

7)Membantu mengurangkan sakit belakang.

8)Membantu dalam masalah tumit pecah/sakit.

Jemput baca: Vitamin E untuk kesihatan wanita

4) GLA COMPLEX

KEBAIKAN GLA COMPLEX UNTUK WANITA

1)GLA membantu mengawal selia hormon estrogen dan testosteron.Apabila berlaku menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. 
2) GLA juga membantu melambatkan menopos dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.
3)Mengambil GLA dalam jangka panjang juga melambatkan proses penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tona kepada uterus dan kulit agar menjadi lebih lembap dan kelihatan muda.

GLA Complex juga mengandungi Vitamin E (vitamin penting untuk kulit). Gabungan keduanya akan menjadikan kulit lebih cantik dan berseri .

Kesihatan dalaman wanita sangat penting. Salah satu cara untuk menjaga dalaman adalah dengan mengambil vitamin yang bagus untuk wanita yang sesuai. Vitamin ini semua penting dalam menjaga fungsi organ-organ dalam tubuh wanita, serta membantu menjaga keseimbangan hormon dan sistem kekebalan tubuh.

Jemput baca perkongsian menarik:Apakah vitamin untuk wanita?

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah http://winawellness.wasap.my

#nextlevelblogging #blogmegashaklee #shakleethrive2023 #shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Family Wellness, Kecantikan, Kesihatan, Tips Tagged With: GLA, OMEGA GUARD SHAKLEE, Ostenutrix, vitalize, Vitamin Untuk Wanita

5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita

August 9, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Bila sebut vitamin E dalam kepala saya memang akan terbayang vitamin untuk kulit cantik. Masa sekolah dulu bila ada parut cepat-cepat pergi beli vitamin E pecahkan dan sapu, memang mujarab parut makin pudar.Rupanya ada banyak sangat manfaat vitamin E untuk kesihatan wanita

Vitamin E adalah vitamin yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Ia adalah vitamin larut lemak yang terdiri dari dua jenis iaitu tokoferol dan tokotrienol.

Sumber semulajadi vitamin E adalah dari sayur-sayuran hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat, barli dan ‘wheat germ’. Minyak kelapa sawit adalah sumber yang sangat kaya dengan vitamin E terutama jenis tokotrienol.

Vitamin E Complex Shaklee pilihan terbaik kerana ianya:

1)Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.

2)Mengandungi 10 mg Selenium

3)Lengkap sekali dengan Grape seed extract

Jemput baca :5 Keunikan Vivix Shaklee

5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita

Banyak kajian yang membuktikan vitamin E bagus untuk kesihatan tulang, jantung,kesuburan, kehamilan dan kecantikan kulit.

  • 1)Menyokong kecergasan tulang sendi dan lutut
  • 2)Menggalakkan fungsi jantung yang sihat
  • 3)Meningkatkan kesuburan wanita dan kehamilan yang sihat
  • 4)Vitamin E untuk vagina kering
  • 5)Mendapatkan kulit yang lebih sihat

1)Menyokong kesihatan tulang sendi dan lutut

Vitamin E membantu mengurangkan kadar kerapuhan dan keretakan tulang. Walaupun bukan fungsi utama vitamin ini, namun, vitamin E mempunyai fungsi mengurangkan kadar kerapuhan tulang kerana fungsi antioksidanya.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.

Selain itu vitamin E juga dapat membantu melindungi sel dalam tubuh (termasuk sel-sel pada sendi) daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan negative pil-pil steroid (yang dinamakan osteonecrosis).

2)Menggalakkan fungsi jantung yang sihat

Mengambil vitamin E dapat memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular anda sekaligus membantu anda mengelakkan gangguan vaskular dan penyakit jantung.

Dalam satu kajian secara ‘double-blind’ yang dibuat oleh Kenneth Jordan Heart Foundation di USA merumuskan vitamin E tokotrienol dari minyak kelapa sawit boleh membantu masalah atherosklerosis iaitu pengerasan pada dinding saluran darah arteri jantung yang menyebabkan saluran darah menjadi keras dan tersumbat. Oleh itu ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan (strok) angin ahmar.

Dalam kajian ke atas manusia dan haiwan, vitamin E jenis tokotrienol juga didapati boleh menurunkan paras keradangan dan kolesterol dalam darah kerana ia menghalang aktiviti berlebihan enzim ‘HMG-CoA Reductase’ dalam organ hati yang menghasilkan kolesterol yang berlebihan. Kajian ini dijalankan di USM, menunjukkan dengan pengambilan 100mg tokotrinol setiap hari selama 8 ke 10 minggu mampu menurunkan paras kolesterol keseluruhan sebanyak 10-12%

3)Meningkatkan kesuburan wanita dan kehamilan yang sihat.

Vitamin E adalah antioksidan semula jadi yang bagus. Ia mampu membantu meningkatkan kadar kesuburan untuk lelaki dan wanita. Hal ini kerana ia mampu untuk membantu meningkatkan kualiti benih wanita, sperma lelaki dan meningkatkan peratus kadar kejayaan ketika proses persenyawaan dan penempelan janin.

Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dam juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.

Bagi wanita hamil yang  mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.

4) Vitamin E Untuk Vagina Kering

Vagina yang sihat dindingnya akan diselaputi lendir jernih sebagai pelincir. Hormon estrogen akan memastikan lapisan vagina sentiasa sihat, tebal dan elastik.

Hormon Estrogen yang menurun adalah punca kepada vagina kering dan ianya bukan hanya berlaku ketika menopause, malah ada ramai wanita muda yang mempunyai masalah vagina kering.

Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembap dan mengurangkan kekeringan.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong penggunaan vitamin untuk wanita menopause bagi mengurangkan masalah faraj kering.

5)Mendapatkan kulit yang lebih sihat

Antara kelebihan vitamin E ialah mengatasi kerosakan kulit yang berpunca dari matahari. Dr. Manoj K. Ahuja, Fortis Hospitals berkata, minyak Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak yang kuat yang dapat meremajakan kulit dan kesihatan secara keseluruhan.Ia mengembalikan kelembapan yang hilang, dan ini sebabnya ia berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak, kata Dr Ahuja.

Vitamin E mempunyai tinggi antioxidants yang memelihara sel kulit dari proses penuaan, mempercepatkan penghasilan sel kulit baru dan memelihara sel dalam organ dari rosak akibat radikal bebas.

Testimoni Vitamin E Shaklee

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan masalah seperti :

Mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, timbul bintik-bintik pada kulit muka (freckles), rambut gugur, anemia, sunburn, risiko kanser dan leukimia, saluran darah merah menjadi keras, pengurangan kolagen, penyakit kulit dan lain- lain.

Banyak lagi manfaat Vitamin E jemput baca semua.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: 5 Manfaat Vitamin E, 5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Testimoni Vitamin E

CoQ10 Supplement Untuk Kesihatan Jantung

August 7, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

CoQ10 Supplement Untuk Kesihatan Jantung

Setiap sel di dalam badan kita mengandungi pusat jana kuasa yang dipanggil mitokondria. Ia memerlukan nutrien Koenzim Q10 (CoQ10) untuk menghasilkan tenaga.Badan kita boleh menghasilkan mitokondria dan Koenzim Q10 secara semula jadi tetapi faktor-faktor berikut boleh menjejaskan penghasilannya.

  • Peningkatan usia
  • Tekanan
  • Pemakanan ttinggi gula dan lemak
  • Kurang bersenam
  • Pencemaran
  • Penggunaan statin untuk menurunkan paras kolesterol
Mitokondria sebagai kilang tenaga

Pakar kesihatan mengatakan pesakit hipertensi mungkin mempunyai tahap CoQ10 yang rendah di dalam badan. Malah, ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan CoQ10 dapat memberikan kesan positif terhadap tubuh seawal 12 minggu. Bukan itu sahaja, fungsi CoQ10 juga didapati dapat mengurangkan simptom penyakit kegagalan jantung.

Fungsi Coenzyme Q10 kepada manusia

Uniknya Coenzyme Q10 nie Allah telah siap sediakan dalam tubuh manusia secara semulajadi. Coenzyme Q10 telah ditemui di semua tisu dan organ di dalam badan, dengan kepekatan tertinggi di dalam hati.Coq10 adalah co-enzyme yang merupakan anti oksida semulajadi di dalam tubuh.

CoQ10 adalah nutrient yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan system kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam “mitochondria” (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel. Jadi CoQ10 sangat perlu sebagai antioksida dan juga nutrient yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan meningkatkan fungsi jantung dan meningkatkan kesihatan jantung.

Kemerosotan Coenzyme Q10 ini boleh merosot pada seawal usia 20an dan semakin berkurang sebanyak 40% bagi mereka yang mengambil ubat statin.Kesan pengurangan ini akan mendedahkan organ jantung kepada keadaan oksidatif yang berpanjangan yang menyebabkan tekanan darah meningkat dan keradangan yang membawa kepada masalah jantung.

Selain menghasilkan tenaga, ia juga membantu melawan radikal bebas yang merosakkan membran sel dan juga DNA manusia.Walau bagaimanapun, apabila kita menjadi semakin berusia, penghasilan Coenzyme Q10 akan turut berkurang.Penyakit seperti sakit jantung, penyakit otak, diabetes dan kanser juga dikatakan mempunyai kaitan dengan penurunan Coenzyme Q10

Jantung adalah organ terpenting dari sistem peredaran darah, yang membantu mengantarkan darah ke seluruh tubuh. Organ jantung bekerja dengan paru-paru untuk menambahkan oksigen ke darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh.

Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.

Supplemen untuk kesihatan jantung

3 Fungsi Coenzyme Q10 Untuk Kesihatan Jantung

Jumlah Coenzyme Q10 adalah tinggi di bahagian jantung.Ia membantu meningkatkanpenghasilan tenaga di dalam hati, membolehkan peredaran darah yang lebih baik, dan selalunya, diambil oleh individu yang mengambil ubat statin.

1)Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung

Bnayak kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

2) Meningkatkan Peredaran Darah

CoQ10 bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan
plak pada arteri serta meningkatkan peredaran darah membolehkan
darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.

3) Mengoptimumkan Denyutan Jantung

Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan
suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah
yang dipam oleh jantung.

Kesannya, ia memberikan tenaga
yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan
mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.

Jemput baca Tips Kesihatan Amalan Gaya Hidup Sihat

KEISTIMEWAAN COQTROL PLUS SHAKLEE

CoQ Trol Plus Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan.

CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel, mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati.

Pasangan Pembekal Tenaga CoQTrol = CoQ10+Resveratrol

CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadidan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.

TESTIMONI COQTROL PLUS SHAKLEE

Testimoni CoQ10 untuk tenaga dan kulit cantik
Testimoni CoQ10 untuk tenaga
Testimoni CoQ10 untuk workout

Degupan jantung anda adalah detik yang sangat berharga buat yang tersayang.Mencegah lebih baik daripada merawat.

Dapatkan pemeriksaan doktor setiap 5 tahun jika tiada sejarah keluarga dan setiap tahun selepas berumur 40 tahun. Bagi yang mempunyai sejarah penyakit jantung dalam keluarga, anda mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap.

Jemput baca artikel yang ramai tidak tahu Apakah Faedah Berjalan Kaki

jom baca lagi artikel kebaikan CoQ10

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin coq10 untuk kesihatannya dan tenaga jantung yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Kesihatan, Testimoni Pengguna Tagged With: CoQ Trol Plus, Coq10, Coq10 Untuk Kesihatan Jantung, Jantung sihat, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Tips Jaga Kesihatan Jantung

Tajaan Percutian Shaklee Bertaraf 5 Bintang

July 29, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Bagaimana Tajaan Percutian Shaklee Bertaraf 5 Bintang boleh jadi kenyataan?

International Conference Long Beach California

Alhamdulillah rezeki kan bila buat bisnes ada peluang tajaan penuh percutian dalam dan negara. Bisness Shaklee buatkan impian saya jadi kenyataan Alhamdulillahh sebenarnya dulu saya pun tak tahu bila buat bisnes Shaklee boleh melancong dan ditaja penuh tiket penerbangan, hotel, makan dan duit poket untuk shopping.

Pada tahun 2014 saya dan suami dapat 2 tiket percuma ke Long Beach California US untuk International Conference dan kenalah mohon cuti tanpa gaji sebab kami berdua guru dan impian nak melancong tu dah lama. Nak keluar duit sendiri 10 kali mesti fikir bila pergi sendiri belanja pun besar. Bila ada percutian Shaklee percuma kami ambil peluang.

Lawatan Antarabangsa ke USA

Shaklee International Conference
Lawatan Umrah Mekah dan Madinah

Ramai yang bertanya macam mana nak dapat tiket untuk Shaklee Incentive Trip? Apa syaratnya? Berapa point untuk layak join trip?

Syarat kelayakan Percutian Percuma Shaklee Incentive Trip

Untuk pengetahuan semua, ada 2 jenis percutian Shaklee :

1)Regional Trip 4 hari 3 malam (negara-negara jiran atau ASEAN)

2)International Trip 9 hari 7 malam ada 2 kategori

-Umrah bagi Muslim sahaja
-Negara lain di seluruh dunia

Cukup kita layak syarat-syaratnya, pasti kita dapat tempat untuk percutian Shaklee tersebut.

Regional trip: perlu efektif leader disamping layak 550 conference point (cp)

International trip: perlu efektif pada level Coordinator disamping layak 1100 cp

Boleh bawa ahli keluarga seperti pasangan, anak-anak atau ibu bapa jika ada banyak bilangan conference point . Ada ramai yang dapat perolehi lebih daripada 1 tiket, sebab tu ada yang dapat bawa pasangan, ibu bapa mahupun anak-anak. Kalau layak, semua boleh dapat dan ianya istimewa hanya di Shaklee.

Shaklee Incentive Trip ini adalah acara tahunan atau cycle yang mana setiap tahun shaklee akan bawa bercuti 2 kali trip percutian.

Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada business leader Shaklee untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee.

Shaklee telah membawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.

Keunikan Tajaan Percutian Shaklee Bertaraf 5 Bintang

Yang menariknya dan unik setiap percutian yang ditaja oleh Shaklee dilengkapi dengan peralatan dan barang-barang keperluan semasa trip termasuklah bagasi, winter coat (jika trip pada musim sejuk), telekung, pakaian Ihram (untuk trip Umrah) dan seumpamanya bergantung kepada trip setiap tahun.

Semuanya ditanggung oleh Shaklee dari tiket flight, transportation, penginapan mewah, makanan halal (bagi muslim) sehinggalah ke duit poket!

Jemput baca bagaiamana saya sekeluarga dapat makan vitamin Shaklee secara PERCUMA

Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket

Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun

Saya doakan juga semoga semua pemimpin jualan Shaklee dapat join trip mewah Percutian Shaklee PERCUMA tahun 2023/2024 . Insya-Allah Amin.

Saya yakin inilah peluang terbaik untuk kita semua yang suka bercuti atau Umrah dengan percuma. Percutian Shaklee ditaja sepenuhnyaAnda boleh realisasikan impian anda dan orang-orang tersayang.

Peluang percutian Shaklee bertaraf 5 untuk kita semua Pengedar Shaklee

Anda buat, anda dapat. Saya buat, saya dapat. 14 tahun yang lepas saya hanya pengguna vitamin Shaklee.

Saya aktif berkongsi berkesannya vitamin dan berkongsi peluang bisnes Shaklee serta peluang jana pendapatan yang lumayan. Saya bermula di platform Percuma secara Online

Jemput baca entry Tips Memilih Bisnes Online Terbaik Di Malaysia

Alhamdulillah saya dapat realisasikan impian dan dapat hadiahkan suami percutian Shaklee bertaraf 5 bintang.

Bisnes Online Shaklee

Jom mulakan bisness RM35 hari ini juga Jemput baca entry perkongsian menarik Percutian Shaklee

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Kecantikan, Kesihatan, Tips, Umum Tagged With: Percutian Shaklee, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, Shaklee Bisnes Trip, shaklee bukit mertajam, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Tajaan Percutian Shaklee PERCUMA

  • « Previous Page
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • …
  • 141
  • Next Page »

Cari info di sini

LIKE FANPAGE KAMI :)

Master Shaklee

  • Master Norita

Rangkaian Pengedar Winners Network

  • Aliya: Shah Alam +60 11-5529 3039 0
  • Faridah Ismail :Petaling Jaya,Selangor 0123179304 0
  • Nasriah: Butterworth, Kepala Batas, Bertam Contact No : 016-4855790 0
  • Noor Hayati :Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak 0199768284 0
  • Noor Hayati :Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak 0133972486 0
  • Nurul Suhana: Penaga, Kepala Batas, Bertam, Butterworth 017-4961676 0
  • Pn.Mazidah:Rawang ,KL Sentral Call/SMS/Whatsapp 013-3456789 0
  • Rohaiyu :Penaga,Butterworth,Kepala Batas Call/SMS 012-595 8276 0
  • Shahana: COD : Seksyen U5 Shah Alam & Kota Damansara http://www.shanasharafas.com 0
  • Siti Idayu Rafida: Ipoh Perak 0126746694 0

Recent Comments

  • Dettis on Testimoni Collagen Shaklee
  • Noor aini on Krim Herba Untuk Parut Chicken Pox
  • Sumaiyah MZ on Testimoni Lecithin Shaklee

Penapis Air Shaklee Murah dan Mudah(Klik Gambar untuk Info)

Weight Management

Set Rawatan Keputihan

SET TERLARIS WINAWELLNESS.COM(KLIK GAMBAR UNTUK INFO)

Set Sendi

Set Thalasemia

Set Eczema

Set Menyusu

Set Resdung>

Set Berpantang

Set Hamil

Archives

Daftar Ahli

JADILAH AHLI SHAKLEE BERSAMA GROUP

Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam, Pengedar Shaklee Penang, Pengedar Shaklee Seberang Jaya, Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

PELUANG PERNIAGAAN

INGIN TAMBAH PENDAPATAN BERSAMA

ESP SHAKLEE

Apa kesan selepas minum ESP Shaklee

Apa kesan selepas minum ESP  Sebelum … [Read More...]

Testimoni Collagen Plus Powder Shaklee

Sukanya collagen shaklee ni cepat betul … [Read More...]

ESP SHAKLEE

Apa kesan selepas minum ESP Shaklee

Apa kesan selepas minum ESP  Sebelum … [Read More...]

Copyright © 2026 ·News Pro Theme · Genesis Framework by StudioPress · WordPress · Log in

FREE CONSULTATION
WhatsApp
JOM DAFTAR AHLI & FREE CONSULTATION
Open chat
Powered by Joinchat