• Home
  • PRODUK KESIHATAN
    • Shaklee Zinc Complex
    • Shaklee OsteMatrix™
    • Shaklee DTX™ Complex
    • Shaklee Vita-Lea® Iron Formula
    • Shaklee ESP Soy Protein Isolate Powder
    • Shaklee B-Complex
    • Shaklee Sustained Release Vita-C™ Plus
    • Shaklee Alfalfa Complex
    • Shaklee Herb-Lax™
  • PRODUK KESIHATAN 2
    • Shaklee Vivix®
    • Shaklee CoQHealth™ Plus
    • Shaklee GLA Complex
    • Shaklee Garlic Complex

PENGEDAR SHAKLEE PULAU PINANG

SHAKLEE PULAU PINANG

  • HUBUNGI KAMI
  • Pengedar Kami
  • Kecantikan
  • Kesihatan
  • Testimoni Pengguna
  • Tips
  • Umum
  • Daftar Ahli

5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita

August 9, 2023 By Master Norwina Leave a Comment

Bila sebut vitamin E dalam kepala saya memang akan terbayang vitamin untuk kulit cantik. Masa sekolah dulu bila ada parut cepat-cepat pergi beli vitamin E pecahkan dan sapu, memang mujarab parut makin pudar.Rupanya ada banyak sangat manfaat vitamin E untuk kesihatan wanita

Vitamin E adalah vitamin yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Ia adalah vitamin larut lemak yang terdiri dari dua jenis iaitu tokoferol dan tokotrienol.

Sumber semulajadi vitamin E adalah dari sayur-sayuran hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat, barli dan ‘wheat germ’. Minyak kelapa sawit adalah sumber yang sangat kaya dengan vitamin E terutama jenis tokotrienol.

Vitamin E Complex Shaklee pilihan terbaik kerana ianya:

1)Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.

2)Mengandungi 10 mg Selenium

3)Lengkap sekali dengan Grape seed extract

Jemput baca :5 Keunikan Vivix Shaklee

5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita

Banyak kajian yang membuktikan vitamin E bagus untuk kesihatan tulang, jantung,kesuburan, kehamilan dan kecantikan kulit.

  • 1)Menyokong kecergasan tulang sendi dan lutut
  • 2)Menggalakkan fungsi jantung yang sihat
  • 3)Meningkatkan kesuburan wanita dan kehamilan yang sihat
  • 4)Vitamin E untuk vagina kering
  • 5)Mendapatkan kulit yang lebih sihat

1)Menyokong kesihatan tulang sendi dan lutut

Vitamin E membantu mengurangkan kadar kerapuhan dan keretakan tulang. Walaupun bukan fungsi utama vitamin ini, namun, vitamin E mempunyai fungsi mengurangkan kadar kerapuhan tulang kerana fungsi antioksidanya.

Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.

Selain itu vitamin E juga dapat membantu melindungi sel dalam tubuh (termasuk sel-sel pada sendi) daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan negative pil-pil steroid (yang dinamakan osteonecrosis).

2)Menggalakkan fungsi jantung yang sihat

Mengambil vitamin E dapat memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular anda sekaligus membantu anda mengelakkan gangguan vaskular dan penyakit jantung.

Dalam satu kajian secara ‘double-blind’ yang dibuat oleh Kenneth Jordan Heart Foundation di USA merumuskan vitamin E tokotrienol dari minyak kelapa sawit boleh membantu masalah atherosklerosis iaitu pengerasan pada dinding saluran darah arteri jantung yang menyebabkan saluran darah menjadi keras dan tersumbat. Oleh itu ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan (strok) angin ahmar.

Dalam kajian ke atas manusia dan haiwan, vitamin E jenis tokotrienol juga didapati boleh menurunkan paras keradangan dan kolesterol dalam darah kerana ia menghalang aktiviti berlebihan enzim ‘HMG-CoA Reductase’ dalam organ hati yang menghasilkan kolesterol yang berlebihan. Kajian ini dijalankan di USM, menunjukkan dengan pengambilan 100mg tokotrinol setiap hari selama 8 ke 10 minggu mampu menurunkan paras kolesterol keseluruhan sebanyak 10-12%

3)Meningkatkan kesuburan wanita dan kehamilan yang sihat.

Vitamin E adalah antioksidan semula jadi yang bagus. Ia mampu membantu meningkatkan kadar kesuburan untuk lelaki dan wanita. Hal ini kerana ia mampu untuk membantu meningkatkan kualiti benih wanita, sperma lelaki dan meningkatkan peratus kadar kejayaan ketika proses persenyawaan dan penempelan janin.

Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dam juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.

Bagi wanita hamil yang  mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.

4) Vitamin E Untuk Vagina Kering

Vagina yang sihat dindingnya akan diselaputi lendir jernih sebagai pelincir. Hormon estrogen akan memastikan lapisan vagina sentiasa sihat, tebal dan elastik.

Hormon Estrogen yang menurun adalah punca kepada vagina kering dan ianya bukan hanya berlaku ketika menopause, malah ada ramai wanita muda yang mempunyai masalah vagina kering.

Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembap dan mengurangkan kekeringan.

Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.

Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong penggunaan vitamin untuk wanita menopause bagi mengurangkan masalah faraj kering.

5)Mendapatkan kulit yang lebih sihat

Antara kelebihan vitamin E ialah mengatasi kerosakan kulit yang berpunca dari matahari. Dr. Manoj K. Ahuja, Fortis Hospitals berkata, minyak Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak yang kuat yang dapat meremajakan kulit dan kesihatan secara keseluruhan.Ia mengembalikan kelembapan yang hilang, dan ini sebabnya ia berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak, kata Dr Ahuja.

Vitamin E mempunyai tinggi antioxidants yang memelihara sel kulit dari proses penuaan, mempercepatkan penghasilan sel kulit baru dan memelihara sel dalam organ dari rosak akibat radikal bebas.

Testimoni Vitamin E Shaklee

Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan masalah seperti :

Mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, timbul bintik-bintik pada kulit muka (freckles), rambut gugur, anemia, sunburn, risiko kanser dan leukimia, saluran darah merah menjadi keras, pengurangan kolagen, penyakit kulit dan lain- lain.

Banyak lagi manfaat Vitamin E jemput baca semua.

Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.

Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com

https://instagram.com/winahadin

Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok

https://www.facebook.com/winawellness/

Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my

nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023

Filed Under: Diet Sihat, Kecantikan, Produk, Testimoni Pengguna, Tips Tagged With: 5 Manfaat Vitamin E, 5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita, shaklee bertam, shaklee bertam perdana, shaklee bertam putra, shaklee bukit mertajam, shaklee kedah, Shaklee kepala batas, shaklee malaysia, Shaklee penaga, Shaklee pulau pinang, shaklee sungai petani, Testimoni Vitamin E

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cari info di sini

LIKE FANPAGE KAMI :)

Master Shaklee

  • Master Norita

Rangkaian Pengedar Winners Network

  • Aliya: Shah Alam +60 11-5529 3039 0
  • Faridah Ismail :Petaling Jaya,Selangor 0123179304 0
  • Nasriah: Butterworth, Kepala Batas, Bertam Contact No : 016-4855790 0
  • Noor Hayati :Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak 0199768284 0
  • Noor Hayati :Ipoh, Ulu Kinta, Tanjung Rambutan, Perak 0133972486 0
  • Nurul Suhana: Penaga, Kepala Batas, Bertam, Butterworth 017-4961676 0
  • Pn.Mazidah:Rawang ,KL Sentral Call/SMS/Whatsapp 013-3456789 0
  • Rohaiyu :Penaga,Butterworth,Kepala Batas Call/SMS 012-595 8276 0
  • Shahana: COD : Seksyen U5 Shah Alam & Kota Damansara http://www.shanasharafas.com 0
  • Siti Idayu Rafida: Ipoh Perak 0126746694 0

Recent Comments

  • Master Norwina on Cara Hadapi Ujian Hidup
  • Eman on Cara Hadapi Ujian Hidup
  • Dettis on Testimoni Collagen Shaklee

Penapis Air Shaklee Murah dan Mudah(Klik Gambar untuk Info)

Weight Management

Set Rawatan Keputihan

SET TERLARIS WINAWELLNESS.COM(KLIK GAMBAR UNTUK INFO)

Set Sendi

Set Thalasemia

Set Eczema

Set Menyusu

Set Resdung>

Set Berpantang

Set Hamil

Archives

Daftar Ahli

JADILAH AHLI SHAKLEE BERSAMA GROUP

Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam, Pengedar Shaklee Penang, Pengedar Shaklee Seberang Jaya, Pengedar Shaklee Bukit Mertajam

PELUANG PERNIAGAAN

INGIN TAMBAH PENDAPATAN BERSAMA

ESP SHAKLEE

Apa kesan selepas minum ESP Shaklee

Apa kesan selepas minum ESP  Sebelum … [Read More...]

Cara hadapi ujian hidup

Cara Hadapi Ujian Hidup

CARA HADAPI UJIAN HIDUP Kadang-kadang … [Read More...]

ESP SHAKLEE

Apa kesan selepas minum ESP Shaklee

Apa kesan selepas minum ESP  Sebelum … [Read More...]

Copyright © 2026 ·News Pro Theme · Genesis Framework by StudioPress · WordPress · Log in

FREE CONSULTATION
WhatsApp
JOM DAFTAR AHLI & FREE CONSULTATION
Open chat
Powered by Joinchat