6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung
Banyak penyakit ketika mengandung disebabkan oleh diet pemakanan yang tak sihat. Diet yang sihat ini dapat melindungi ibu dan bayi dari masalah kesihatan sepanjang kehamilan.
Kesan diet tidak sihat kepada bayi ialah:
- Mati dalam kandungan
- Lahir pramatang
- Kecacatan otak yang menyebabkan bayi lahir kurang cergas
- Hiperaktif
- Mudah sakit
Kesan diet tidak sihat kepada ibu ialah:
- Anemia
- Tumpah darah sebelum melahirkan bayi
- Jangkitan pada organ tubuh seperti paru-paru, buah pinggang dan hatu.
- Keguguran kerana pertumbuhan uri tidak sempurna
Jemput baca: makan vitamin Shaklee secara percuma
6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung
Fetus mendapat semua khasiat dari apa yang ibu makan.Pengambilan zat tambahan seperti folik asid digalakkan pada 3 bulan pertama kehamilan. Kekurangan nutrisi akan menjejaskan tumbesaran bayi. Ibu perlu mengambil pelbagai jenis makanan yang mengandungi khasiat seprti karbohidrat ,kalsium,protein ,lemak,mineral ,vitamin dan sebagainya.
1)Asid Folik
Asid folik ialah kumpulan vitamin B yang penting untuk perkembangan sistem saraf utama bayi dan kekurangan asid folik menganggu perkembangan otak bayi.Asid folik penting dalam pembentukan sel darah merah.
Kekurangan asid ini menyebabkan ibu mengalami anemia yang menyebabkan anda melahirkan bayi kurang berat badan ataupun risiko keguguran
Kajian terbaru dari John Hopkins Bloomberg school of Public Health menyatakan asid folik boleh menyebabkan risiko anak mendapat autisme
2)Protein
Pengambilan protein yang mencukupi akan membantu membina serta membaiki semula otot atau tisu yang rosak.Fungsi protein juga adalah untuk menghasilkan enzim dan hormon bagi menyokong sistem imun dan membentuk antibodi ibu dan bayi dan mengekalkan tahap tenaga dan stamina ibu. Kekurangan protein boleh mengakibatkan risiko bayi lahir pramatang.
Sumber protein boleh diperolehi dari ikan,daging,ayam,kekacang seperti soya dan hasil tenusu
3)Zat Besi
Ketikan hamil ibu memerlukan dua kakli ganda zat besi untuk membina sel darah merah.Kekurangan zat besi mengakibatkan ibu menghadapi anemia.Sumber zat besi boleh diperoleh dari daging merah,tempe,sayur hijau kekacang dan bijirin.
4)Vitamin C
Zat yang terdapat dalam makanan yang tinggi vitamin C membantu membina plasenta yang kuat, mengelakkan jangkitan dan membantu penyerapan ferum. Vitamin C perlu diambil setiap hari kerana makanan ini tidak disimpan oleh badan.Kebanyakkan buah dan sayur tinggi dengan vitamin C.
5)Kalsium
Tulang dan gigi bayi terbentui pada minggu kelapan kehamilan.Kekurangan kalsium akan menyebabkan ibu kejang otot dan meningkatkan risiko osteoporosis. Kalsium yang mencukupi membantu ibu mengatasi tekanan darah tinggi.
Sewaktu mengandung ibu memerlukan 2 kali ganda kalsium berbanding biasa. Badan menyerap 50 peratus kalsium terutamanya pada enam bulan yang pertama.
6)Asid Lemak
Asid lemak penting kerana bahan ini membantu dalam perkembangan otak bayi ,mata dan sel. Asid lemak Omega 3 pada ibu hamil mempunyai banyak kebaikan untuk ibu dan janin. Berdasarkan hasil penyelidikan, dua jenis omega 3 yang mempunyai manfaat kesihatan yang hebat ialah EPA ( asid eicosapentaenoic ) dan DHA ( asid docosahexaenoic ).
EPA sejenis omega-3 yang turut terdapat dalam minyak ikan, memainkan peranan penting dalam sistem imun bayi dan mengurangkan risiko mendapat masalah mental.
Semoga perkongsian 6 Nutrisi Yang Sihat Keperluan Wanita Mengandung
Promosi bermula 9hb.September 2023. Set Mama Hamil & Set Mama Berpantang
Datang bersama Set Embun. Khas di buat untuk Shaklee sahaja.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness/
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023