Adakah kencing manis boleh sembuh
Semakin bertambah tahun, semakin bertambah kemajuan.. Begitu juga dengan corak pemakanan orang sekarang.. Kalau dulu, pernah gak terfikir, kenapa orang dulu-dulu tak delah sakit macam orang yang zaman sekarang kena. Sakit kencing manis lah, sakit jantunglah.. hehee.. Apa orang tua jawab? ” Orang-orang dulu, tanam sendiri, makan sendiri.. tak delah sampai banyak sangat prosesnya.. Tanam ubi kayu, makan ubi kayu. Cuba tengok orang sekarang. Kalau dihulur ubi kayu rebus dan ayam goreng KFC, sudah ayam goreng tu dulu, yang dia capai”.. hahaa.. bila fikir-fikir, betul jugak kan?
Macam-macam kan kita sekarang ni.. Yang sedap je nak di makannya dulu.. Padahal, yang sedap tu, mudah mengundang penyakit. Yang pahit tu lah penawar dan banyak kebenarannya.
Kira-kira 3.6 juta orang dewasa dianggarkan bakal menghidap penyakit diabetes atau kencing manis di Malaysia, satu angka yang amat membimbangkan, kata Presiden Majlis Pencegahan Obesiti Jong Koi Chong.
Beliau berkata angka itu amat tinggi dan telah meletakkan Malaysia sebagai negara mempunyai jumlah pesakit diabetes tertinggi di Asean dan keenam di rantau barat Pasifik.
✔ Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas.
✔ Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja.
✔Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah.
✔ Dalam 10% penghidap diabetes adalam dalam kategori jenis pertama
✔Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan (suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).
✔Dalam 85% penghidap diabetes adalam dalam kategori jenis pertama
✔Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung.
✔Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes.
✔Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. ✔Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.
Semoga perkongsian ilmu ini dapat membantu anda semua beroleh kesihatan yang lebih baik .
“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha allah.”
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui: