Assalamualaikum sahabat winawellness. Bila sebut ujian pasti terbayang ianya berat namun sebagai hambaNYA hadapi dan uruslah sebaiknya ujian hidup kita.
FIRMAN Allah swt yang bermaksud;
“Sesungguhnya, kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau. Dan, jika kamu beriman serta bertakwa, Allah akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta harta-hartamu.” (Surah Muhammad: Ayat 36)
Guru saya selalu berpesan tentang ujian,
Bahawa ujian yang ditimpakan pada seseorang maksudnya tidak sama.
Adakalanya ujian yang Allah timpakan itu kerana kutukan-Nya kerana sudah terlalu derhaka.
Adakalanya dengan tujuan penghapusan dosanya.
Adakalanya dengan maksud hendak meningkatkan darjat seseorang.
Kerana taqwanya dan imannya yang begitu teguh.Tidak kurang juga dengan ujian itu untuk menyedarkan. Untuk memberi petunjuk dan hidayah kepadanya.
Maka, jika ujian itu ditimpa kepada kita, lalu kita tidak tahu maksud yang mana satu, berbaik sangka lah kepadaNya.
Itu sebagai beradab dengan Tuhan, kerana kita adalah hamba-Nya. Kita kaitkanlah ujian itu dengan sebab dosa kita. Atau kerana kemurkaan-Nya.
Agar kita sentiasa bertaubat dan mohon doa kepada Allah . Inilah jalan selamat buat kita. Saya suka nak kongsikan satu amalan oleh Ustazah Asma Harun tentang nama Allah Ya Bariq
Tips Hadapi Ujian Hidup
1)Bersangka baik dengan Allah
Berusahalah untuk mendidik hati kita agar bersangka baik dengan setiap aturan-Nya.
Ini kerana Rasulullah saw pernah bersabda:
(RIWAYAT AT-TIRMIZI)
“Bahawasanya Allah swt berfirman, ‘Sesungguhnya Aku bersama sangkaan hamba-Ku’.”
2. Minta pertolongan daripada Allah
Sepertimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan, mintalah pertolongan dari-Ku pasti Aku perkenankan.” (Surah al-Baqarah: Ayat 185)
3. Baca Al Quran
Jika hati tidak tenang terhadap suatu perkara, maka ambillah Al-Quran, tatap, baca dan fahamilah maksudnya.Bahkan, ubat bagi segala penyakit yang ada di dalam hati juga dapat disembuhkan menerusi Al-Quran.
Firman Allah swt bermaksud;
“‘Turunlah kamu semuanya dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barangsiapa yang mengikuti petunjuk-Ku, nescaya tidak ada kekhuatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati’.” (Surah al-Baqarah : Ayat 38)
4) Menjaga wuduk
Salah satu sunah Rasulullah saw adalah berwuduk sebelum tidur. Baginda bersabda;
“Barangsiapa yang tidur di malam hari dalam keadaan suci (berwuduk), maka Malaikat akan tetap mengikuti. Lalu, ketika ia bangun nescaya Malaikat akan mengucapkan, ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan sentiasa bersuci’.”
Riwayat Ibnu Hibban daripada Ibnu Umar ra.
5. Basahkan lidah dengan zikrullah
Sama ada kita dalam keadaan susah mahupun senang, sentiasalah ingat kepada-Nya.
Yakinlah bahawa setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah swt itu sudah pasti ada maksudnya yang tersirat.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dan berzikir (mengingati Allah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.”
(Surah ar-Ra’d: 28)
Saya ada kongsikan istimewanya amalan menjaga selawat dalam kehidupanSemoga kita dapat sabar hadapi dan uruslah sebaiknya ujian hidup kita.
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023