Saya teringat waktu berpantang anak sulung, saya balik berpantang kampung. Rumah mak pula dekat dengan sekolah cina,setiap hari waktu tengah hari saya akan nampak banyak kereta akan parking menunggu anak-anak keluar sekolah.Hati saya sayu sangat,keinginan naluri ibu sangat kuat sehingga saya berdoa. “Ya Allah saya nak uruskan anak saya satu hari nanti,permudahkan Ya Allah”.
Saya terdetik dalam hati seronoknya kalau saya dapat hantar dan jemput anak setiap hari,mustahil untuk saya lakukan kecuali bila saya kerja sendiri yang ada waktu lebih flexible.Perasaan tu datang bila seorang wanita bergelar ibu, anak saya pula setiap hari terpaksa hantar ke nursery dengan hati yang sangat berat.Hati saya terdetik mak budak-budak nie kerja apa yer?
Alhamdulillah 8 tahun tahun yang lepas Allah makbulkan doa saya untuk kerja dari rumah sambil uruskan keluarga.
5 Sebab Kerja Dari rumah Pilihan Ramai Wanita
Dulu bila sebut bekerja dari rumah biasanya orang akan tanya kerja apa tu? macam mana tu? betul ke boleh ada income dari rumah. Sebenarnya saya sendiri mula bekerja dari rumah sejak 8 tahun yang lepas. Tapi sekarang dah ramai pun orang yang faham maksud kerja dari rumah nak pulak masa 2 tahun PKP semua orang bekerja dari rumah.
Pada saya mudah saja konsepnya sesiapapun boleh jana pendapatan walau di mana berada dengan pilihan business yang sentiasa tinggi permintaan dan sistem syarikat yang efisyen dan mudah akses.
5 sebab kerja dari rumah pilihan ramai wanita:
Tidak perlu sewa premis
Business boleh bermula dari rumah sahaja tanpa perlu menyewa premis mengikut jenis perniagaan yang anda pilih. Contohnya business online yang berkonsepkan dropship atau agen jualan dan pemasaran digital yang mana tanpa perlu ada premis untuk menyimpan stok perniagaan.Modalnya hanya komputer atau smartphone sahaja.
Kelebihan untuk saya yang bekerja dari rumah ialah saya ada pilihan nak stok barang sampai ke rumah atau saya boleh pergi ke branch company yang jaraknya cuma 16km sahaja maka tak perlu ada premis untuk simpan stok atau menggaji pekerja.
Berisiko rendah
Biasanya bisnes yang memerlukan anda kerja dari rumah adalah berisiko rendah. Sebagai contoh saya menjalankan bisnes supplement kesihatan Shaklee hanya bermula dengan modal RM35 sahaja. Bila ada order beserta bayaran saya akan buatkan order, senang kata tanpa modal untuk pusingan stok barang. Modal rendah risiko juga rendah. Tak perlu buat pinjaman ratusan ribu untuk bermula. Inilah kelebihan kerja dari rumah dengan pilihan bisnes yang betul.
Boleh bermula dengan apa yang ada
Kelebihan kerja dari rumah sangat banyak antaranya mulakan dengan apa kemahiran yang anda ada. Ada orang pandai menjahit, pandai memasak, pandai mengajar tuisyen dan semuanya bileh dilakukan secara online sahaja. Contoh mudah anda boleh tengok ramai orang yang menjual di platform Facebook, Instagram dan Tik Tok sahaja.Asasnya bermulalah dengan apa kemahiran dan bakat anda. Sebagai contoh saya adalah pengguna set menyusu Shaklee, dan saya mula berkongsi dengan kawan-kawan apa vitamin yang saya makan kemudian ambil order dan belikan setiap 15hb Shaklee bayar bonus belian kepada saya.
Kebebasan Masa
Impian semua wanita terutamanya ibu dan isteri. Ibu saya juga bekerja dari rumah sebagai tukang jahit, ada sebuah bilik kecil untuk di jadikan ruang kerja.Ramai pula jiran yang datang tempah baju sekolah anak, baju raya dan pendapatan mak 4 angka setiap bulan bila dapat siapkan baju. Tanpa perlu keluar rumah namun ada pendapatan seperti keluar bekerja, pilihan kerja yang menarik bukan?
Alhamdulillah sekarang dengan kerja dari rumah sangat membantu saya capai Impian saya dapat lihat anak-anak membesar,menguruskan hal persekolahan mereka dan juga menguruskan bisnes saya kerana semuanya secara online. Ada ketika saya keluar ke branch untuk jumpa prospek hantar produk atau pergi seminar yang company anjurkan.
Tiada batas pencapaian
Dalam dunia bisnes uniknya ialah seoarang usahawan itu sendiri yang menentukan setinggi mana tahap yang ingin dicapai dan pastinya berbeza dengan makan gaji, proses naik pangkat perlukan masa yang panjang dengan banyak syarat yang ditetapkan.
Sebagai contoh dalam bisnes Shaklee saya sendiri yang menentukan berapa pendapatan yang saya inginkan dengan usaha yang saya perlu lakukan.
Jemput baca >>> Busines Online Terbaik Di Malaysia
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.Jika anda ingin mulakan perniagaan dari rumah dengan modal serendah RM35 sahaja dan berpeluang makan vitamin Shaklee secara percuma
Ada banyak lagi tips kerja dari rumah jemput baca ya.
Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness/
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023