Assalamualaikum sahabat winawellness yang dikasihi semua. Semoga diberkati hidup kita semua inshaallah. Alhamdulillah pagi tadi lepas bersahur saya rasa nak berkongsilah dengan sahabat 5 idea menu sahur sihat dan bantu mengenyangkan dalam waktu tempoh berpuasa.Sebelum itu apa sebenarnya yang badan perlukan sewaktu puasa? Waktu sahur, kita tak perlu makanan yang super heavy pun.Saya kongsikan 5 keperluan tubuh badan ketika berpuasa dan 5 menu idea menu sahur sihat adalah:
1)Karbohidrat kompleks
Contohnya : oat, nasi, bijirin, roti, biskut mil penuh Sebab makanan jenis ini perlukan masa yang lama untuk dicerna dan ini secara tidak langsung boleh mengurangkan rasa lapar. Karbohidrat kompleks mengambil masa kira kira 6-8 jam untuk dicernakan sepenuhnya.Cadangan ambil dengan berpada. Suku atau lebih sikit sahaja.Cadangan menu sahur berasaskan oat adalah overnight oat dan memang kenyang lama dan oat antara menu cepat yang saya mudah sediakan setiap pagi untuk anak-anak.
2) Protein yang bernutrisi
Protein mempunyai kandungan nutrisi yang lebih padat,
lebih mengenyangkan berbanding karbohidrat ringkas.
Protein membantu melambatkan proses pencernaan.Protein yang mengandungi rendah BV ( biological value) akan membuatkan lebih lambat protein itu akan diguna pakai oleh badan. Contohnya soya, ayam, daging, ikan, kekacang.Ambil dalam portion yang lebih kurang sama dengan karbohidrat iaitu suku atau lebih sikit. Satu jenis protein dah memadai.
Menarik juga menu sahur berasaskan protein nie antaranya boleh buat daging goreng kunyit makan bersama nasi panas dan jangan lupa suku-suku separuh ya,atau boleh buat sup ayam panas – panas makan waktu sahur inshaallah berselera.
Paling senang dan simple macam saya hanya shake ESP dan Cinch pun dah kenyang sangat. Kalori rendah tapi kenyang lama dan penyediaan yang mudah buatkan rasa senang setiap bagi bersahur dengan Set Puasa Shaklee.
3)Serat yang mencukupi
Biasanya daripada buah buahan dan sayur sayuran.Ini untuk bantu proses pelawasan, menberikan mikronutrisi ( vitamin dan garam galian atau mineral ) yang cukup untuk badan kekal aktif dan sihat.Mengandungi kandungan air juga.Cadangan menu sahur adalah sup sayur
4) Air kosong yang cukup
Ini untuk mengekalkan hidrasi badan.Masa puasa, badan akan hilang banyak air. Jadi untuk elak berlaku dehidrasi, minumlah air masak/kosong.Kurang air, badan pun mudah letih dan lesu. Kurangkan air manis atau berkaffein sebab nanti badan lagi hilang air dengan banyak.
5)Vitamin dan mineral yang mencukupi
Tubuh badan kita memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi untuk sentiasa kekal aktif dan cergas sepanjang hari kita berpuasa.Saya sangat suka set puasa shaklee sangat lengkap dengan semua diatas inshaallah badan akan dapat nutrisi yang lengkap
Saya teruja nie share testimoni minum Set Puasa dan Set Kurus Shaklee ketika sahur ya memang boleh kurus, sihat dan capai berat ideal inshaallah
Sangat bagus dan sesuai untuk anda yang nak
1. Lost weight
2. Inch loss dengan cepat
3. Bantu kempiskan perut
4. Beri tenaga dengan lebih lama
5. Mengurangkan nafsu makan dan kenyang lebih lama
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini.. saya sudah pasti mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik
shakleethrive2023
shakleetriumph2023
blogmegashaklee