CoQ10 Supplement Untuk Kesihatan Jantung
Setiap sel di dalam badan kita mengandungi pusat jana kuasa yang dipanggil mitokondria. Ia memerlukan nutrien Koenzim Q10 (CoQ10) untuk menghasilkan tenaga.Badan kita boleh menghasilkan mitokondria dan Koenzim Q10 secara semula jadi tetapi faktor-faktor berikut boleh menjejaskan penghasilannya.
- Peningkatan usia
- Tekanan
- Pemakanan ttinggi gula dan lemak
- Kurang bersenam
- Pencemaran
- Penggunaan statin untuk menurunkan paras kolesterol
Pakar kesihatan mengatakan pesakit hipertensi mungkin mempunyai tahap CoQ10 yang rendah di dalam badan. Malah, ada juga kajian yang menunjukkan pengambilan CoQ10 dapat memberikan kesan positif terhadap tubuh seawal 12 minggu. Bukan itu sahaja, fungsi CoQ10 juga didapati dapat mengurangkan simptom penyakit kegagalan jantung.
Fungsi Coenzyme Q10 kepada manusia
Uniknya Coenzyme Q10 nie Allah telah siap sediakan dalam tubuh manusia secara semulajadi. Coenzyme Q10 telah ditemui di semua tisu dan organ di dalam badan, dengan kepekatan tertinggi di dalam hati.Coq10 adalah co-enzyme yang merupakan anti oksida semulajadi di dalam tubuh.
CoQ10 adalah nutrient yang mengandungi banyak unsur antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan system kardiovaskular. Ia juga amat diperlukan dalam “mitochondria” (pusat penghasilan tenaga) yang berada dalam sel. Jadi CoQ10 sangat perlu sebagai antioksida dan juga nutrient yang penting dalam penghasilan tenaga. Kedua-dua fungsi CoQ10 ini akan meningkatkan meningkatkan fungsi jantung dan meningkatkan kesihatan jantung.
Kemerosotan Coenzyme Q10 ini boleh merosot pada seawal usia 20an dan semakin berkurang sebanyak 40% bagi mereka yang mengambil ubat statin.Kesan pengurangan ini akan mendedahkan organ jantung kepada keadaan oksidatif yang berpanjangan yang menyebabkan tekanan darah meningkat dan keradangan yang membawa kepada masalah jantung.
Selain menghasilkan tenaga, ia juga membantu melawan radikal bebas yang merosakkan membran sel dan juga DNA manusia.Walau bagaimanapun, apabila kita menjadi semakin berusia, penghasilan Coenzyme Q10 akan turut berkurang.Penyakit seperti sakit jantung, penyakit otak, diabetes dan kanser juga dikatakan mempunyai kaitan dengan penurunan Coenzyme Q10
Jantung adalah organ terpenting dari sistem peredaran darah, yang membantu mengantarkan darah ke seluruh tubuh. Organ jantung bekerja dengan paru-paru untuk menambahkan oksigen ke darah dan membawa oksigen ke seluruh tubuh.
Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.
3 Fungsi Coenzyme Q10 Untuk Kesihatan Jantung
Jumlah Coenzyme Q10 adalah tinggi di bahagian jantung.Ia membantu meningkatkanpenghasilan tenaga di dalam hati, membolehkan peredaran darah yang lebih baik, dan selalunya, diambil oleh individu yang mengambil ubat statin.
1)Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung
Bnayak kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.
2) Meningkatkan Peredaran Darah
CoQ10 bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan
plak pada arteri serta meningkatkan peredaran darah membolehkan
darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.
3) Mengoptimumkan Denyutan Jantung
Paras CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan
suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah
yang dipam oleh jantung.
Kesannya, ia memberikan tenaga
yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan
mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.
Jemput baca Tips Kesihatan Amalan Gaya Hidup Sihat
KEISTIMEWAAN COQTROL PLUS SHAKLEE
CoQ Trol Plus Shaklee mengandungi CoQ10 iaitu bahan yang didapati secara semulajadi dalam tubuh bagi membantu menukarkan makanan kepada tenaga. CoQ10 terdapat pada hampir setiap sel dalam badan.
CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan yang kuat bagi melawan radikal bebas iaitu partikel yang merosakkan sel dalam tubuh yang mengakibatkan kerosakan membran sel, mengganggu DNA dan juga menyebabkan sel mati.
Pasangan Pembekal Tenaga CoQTrol = CoQ10+Resveratrol
CoQ-Trol Plus membekalkan sebatian semulajadidan proprietari dengan 100mg Coenzyme Q10 bersama resveratrol dan tokoferol. Untuk penyerapan optimum, ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.
TESTIMONI COQTROL PLUS SHAKLEE
Degupan jantung anda adalah detik yang sangat berharga buat yang tersayang.Mencegah lebih baik daripada merawat.
Dapatkan pemeriksaan doktor setiap 5 tahun jika tiada sejarah keluarga dan setiap tahun selepas berumur 40 tahun. Bagi yang mempunyai sejarah penyakit jantung dalam keluarga, anda mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap.
Jemput baca artikel yang ramai tidak tahu Apakah Faedah Berjalan Kaki
jom baca lagi artikel kebaikan CoQ10
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin coq10 untuk kesihatannya dan tenaga jantung yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness/
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023