Betul ke bisnes online berpeluang membantu rakyat Malaysia menjana pendapatan lumayan tanpa sempadan melalui platform digital?
Pensyarah Kanan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Airil Haimi Mohd Adnan berkata,keadaan ekonomi dunia yang masih tidak stabil disebabkan pandemik Covid-19, mencari pekerjaan selepas menamatkan pengajian sememangnya cukup mencabar, tetapi di dunia digital tidak ada had untuk mereka yang sentiasa belajar menyerlahkan kreativiti untuk menjana pendapatan secara di platform online digital.
Saya nak kongsikan 5 Tips Bisnes Online Untuk Suri Rumah sebagai sumbangan idea bagaiamana untuk bermula.
5 Tips Bisnes Online Untuk Suri Rumah
Internet mampu membuatkan sesiapa sahaja menjana pendapatan sehingga ribuan ringgit bahkan lebih besar dari gaji bulanan seseorang yang bekerja makan gaji.
Ada 5 tips mudah yang boleh saya kongsikan bersama anda. Pengalaman saya sendiri juga bermula di platform online, bisnes online adalah medium untuk mula berniaga paling mudah.
Tips pertama
Pilih Perniagaan Yang Betul
Pemilihan perniagaan adalah sangat penting untuk menentukan hala tuju perniagaan yang kita akan bina biasanya dalam jangka masa tempoh yang panjang agar legasi keluarga serta anak-anak dapat meneruskan perniagaan yang kita usahakan.
Sebagai contoh sebagai suri rumah saya memilih perniagaan produk kesihatan yang mana kami sekeluarga sendiri merupakan pengguna produk dan saya kongsikan keistimewaan produk Shaklee 100% secara BISNES ONLINE bermula dengan berkongsi pengalaman sebagai pengguna produk. Tips saya simple jika anda ingin bermula pertimbangkan ini:
Pilih perniagaan yang anda sendiri berpuas hati sebagai pengguna dan jika ianya produk berasaskan makanan kesihatan pastikan ianya SELAMAT DAN BERKESAN serta Syarikat yang kukuh dan mempunyai reputasi yang baik
Jemput baca>> Pengalaman saya sendiri sebagai pengguna Set Menyusu Shaklee
Tips kedua
Pilih Medium Pemasaran Yang Sesuai Untuk Bisnes Online
Bagaiamana pula anda sebagai suri rumah nak pasarkan produk yang anda boleh niagakan?
Ada banyak pilihan medium pemasaran yang anda boleh gunakan secara FREE MARKETING. Saya mulakan bisnes online melalui medium blog, dan inilah pertama saya di http://norwina-mh.blogspot.com/?m=1 bercerita tentang kesan produk Shaklee yang saya makan dan kemudian saya dapat order Set Menyusu, Set Hamil, Set Berpantang yang kebanyakan mereka sertai sebagai ahli untuk makan vitamin Shaklee harga murah.
Medium blog, Facebook dan instagram juga banyak memberi peluang saya bantu ramai ibu menyusu di seluruh Malaysia.
Alhamdulillah saya suka berkongsi pengalaman saya menyusu anaknkembar dan saya doakan mereka yang berikhtiar untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak Allah sentiasa rahmati usaha dan penat lelah mereka.
Untuk pasarkan produk ada banyak pilihan medium pemasaran untuk bisnes online antaranya:
- Blogspot
- Fan Page
- Tik Tok
- WhatsApp Business
Tips Ketiga
Kuasai Ilmu Pengurusan Bisnes
Bisnes Online atau Offline kita tetap perlu sentiasa cari peluang untuk belajar bagiamana menguruskan bisnes. Selain ilmu tentang produk, suri rumah yang menjalan kan bisnes online perlu juga ada ilmu berkaitan pengurusan kewangan, pengurusan stok, pengurusan masa, pengurusan dokumentasi untuk percukaian dan sebagainya.
✅Buka satu akaun bank untuk syarikat
Walaupun kita berniaga secara kecil-kecilan kita wajib mengasingkan duit peribadi daripada duit perniagaan dengan cara membuka akaun bank untuk perniagaan dan mengasingkan wang peribadi anda daripadanya.
✅Rekod setiap transaksi dan simpan setiap dokumen dengan baik
Semua rekod transaksi hendaklah direkod walaupun hanya dalam excel. Penyata bulanan bank adalah dokumen terpenting dalam perniagaan kita. Dengan penyata inilah kita boleh melihat tahap “kesihatan” perniagaan kita.
Tips Keempat
Belajar Menggunakan Aplikasi Untuk Bisnes Online
Aplikasi bisnes online nie penting untuk kita kuasai terutama sekarang ada banyak apps yang mudah untuk kita guna sebagai contoh untuk buat poster yang cantik, untuk buat video semuanya tersedia di aplikasi dan anda boleh pilih aplikasi yang PERCUMA
Contoh Fungsi Aplikasi
✅ Canva: untuk hasilkan poster, flyers, Instagram Post,Kad Nama, Brosur, logo dan lain – lain
✅Cap Cut:Kerja editing video dah jadi mudah secara percuma , bermula dari Edit masuk Audio tulis Teks, rambah Stiker, boleh Overlay, tambah Efek, guna effect Filter semuanya dah tersedia dan bila dah siap boleh g terus upload di instagram reel, tik tok dan Facebook reel
Aplikasi ini sangat bantu jimatkan masa kita untul hasilkan poster yang cepat dan menarik secara mudah dan percuma.
Jadi tak ada alasan untuk suri rumah katakan tak tahu dan tak ada masa untuk buat bisnes online
Tips Kelima
Sertai Komuniti Aktif Bisnes Online
Komuniti Bisnes Online adalah support group yang sangat penting terutamanya jika anda suri rumah. Dengan adanya support team anda dapat banyak idea sebagai contoh idea untuk menulis, ide untuk buat content di media sosial, circle kawan-kawan yang sentiasa memberi semanagat dan berkongsi macam-macam tips perniagaan.
Dalam bisnes online Shaklee, kami ada group support untuk siapkan tugasan entry blog, yang mana ada task yang perlu disiapkan bersama kumpulan, ada reward hadiah untuk group yang saling bekerjasama untuk menyiapkan tugasan bersama-sama.
saya ada kongsikan dan jemput baca >> 9 Sebab Kenapa Community Bisnes Shaklee Sangat Best
Semoga perkongsian 5 Tips Bisnes Online Untuk Suri Rumah bermanfaat untuk anda mula berniaga tanpa perlu ada perasaan takut untuk bermula.
Doa Senjata Orang Mukmin
Amalkan sentiasa doa dalam kehidupan seharian kita supaya ibadah doa ini dapat menjemput rahmat dan kasih sayang Allah kepada kita serta dipermudahkan urusan rezeki kita.
“Allahumma-kfini bihalalika an haramika wa agniniy bifadhlika amman siwaka”.
Artinya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan rezekiMu yang halal (hingga aku terhidar) dari yang haram. Perkayalah aku dengan kenikmatanMu (hingga aku tidak meminta) kepada selainMu,”.
TAK PANDAI BOLEH BELAJAR
Semua orang bermula dari tak pandai tapi bila belajar akan pandai.
Sama juga dalam bisnes online semuanya akan melalui proses yang sama belajar dari bawah sehingga berjaya.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Jom mulakan bisnes serendah RM35 sahaja anda boleh jana pendapatan tanpa had pada bila-bila masa secara flexible.
Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness/
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023