Besarnya Cyst macam orang mengandung!
Bila ada cyst berukuran besar, ada yang menyangka seolah mengandung! Yelah dah besar macam tu nampak macam perut ibu hamil!
Apakah Cyst?
Cyst ni berbentuk karung atau ketumbuhan yang mengandungi cecair, separa cecair. Ia pelbagai saiz, dan kadangkala boleh jadi amat besar seperti mana kes pesakit ini tadi yang ada cyst berukuran 10cm. Besar kan kalau 10 cm ni?
Cyst berlaku pada tisu badan. Bila ia terlalu besar, ia boleh mengganggu organ badan pula. Contohnya jika berlaku pada payudara, ia menyebabkan kesakitan.
Fakta mengenai Cyst
kebiasaannya ia tidak berbahaya dan bukanlah kanser. Namun, ia juga ada peratusan kebarangkalian kanser juga. Pemeriksaan awal sangatlah penting.
Cyst boleh berlaku pada mana-mana anggota badan. Bukan sahaja pada rahim macam pesakit tersebut tetapi juga kat tangan pun boleh jadi.
Tanda-tanda kewujudan cyst
Tandanya adalah berlainan mengikut jenis cyst yang dihadapi. Biasanya ia wujud seperti ketulan atau benjolan. Sebagai contoh jika berlaku pada payudara, ia menyebabkan kesakitan dan benjol pada bahagian tersebut.
Seandainya berlaku pada otak, ia mungkin menyebabkan sakit kepala.
Dan kebanyakan juga ia tidak dapat dikesan disebabkan tiada tanda sakit contohnya ada cyst di buah pinggang atau hati, melainkan dengan membuat scan barulah cyst dapat dikenalpasti. Susah juga ye bila tak rasa sakit, jarang kita nak buat pemeriksaan. Sebab itulah untuk kesihatan sendiri sepatutnya setiap tahun kita buat pemeriksaan lengkap.
Ovarian Cyst
Kebanyakan cyst yang berlaku pada ovari adalah tidak berbahaya. Macam kes pesakit ni ada cyst pada ovari nya. Dan biasanya ia boleh membesar hingga seolah perut orang mengandung.
️ Jenis-Jenis Ovarian Cyst
Ada dua jenis.
1)Folikel cyst
Semasa kitaran haid, telur wanita membesar dalam karung yang dipanggil folikel. Karung ni terletak di ovari. Kebiasaannya folikel ni pecah dan mengeluarkan telur. Jika tidak, ia akan menghasilkan cyst jika tidak pecah normal yang sepatutnya.
2)️Corpus Luteum Cyst
Biasanya jika folikel tadi pecah, karung juga akan hilang bersama. Kalau proses ini tidak sempurna, cecair lain akan masuk ke dalam karung tadi dan menyebabkan Corpus Luteum Cyst.
Jenis-jenis lain Ovarian Cyst
1)️Dermoid Cyst – karung yang mengandungi lemak, rambut dan tisu lain.
2)️Cystademonas – pertumbuhan yang bukan kanser, yang tumbuh pada bahagian luaran ovari.
3)Endometriomas – tisu yang sepatutnya bertumbuh di dalam rahim, tetapi ia tumbuh di luar rahim dan melekat pada ovari.
Ada juga wanita yang menghidap Polysystic Ovary Sindrome. Di mana cyst kecil ujud banyak dalam ovari. Ia boleh menyebabkan ovari membesar. Ia juga menyebabkan ketidaksuburan.
Simptom Ovarian Cyst
1)️perut kembung
2)️proses nak buang air jadi sakit
3)kesakitan pada pelvik semasa haid atau sebelum haid.
4)kesakitan semasa hubungan kelamin
5)️sakit belakang
6)sakit pada payudara
7)️loya dan muntah
Namun jika ada tanda-tanda berikut, ada kemungkinan ianya sudah kronik, segera rawat.
1)️sakit pelvik yang teramat sangat
2)️demam
3)pengsan
4)️nafas menjadi laju
Apa pun yang utama kena jumpa pakar ye jangan biarkan je, dapatkan nasihat dan rawatan.
Untuk usaha alternatif selain itu bolehla amalkan vitamin-vitamin berikut. vitamin tidak menyembuh?tapi sebagai salah satu cara kita nak berusaha.