Shaklee COQHEALTH™ PLUS
Sayangi Jantung Anda:
Jantung anda mengepam hampir 2,000 gelen darah keseluruh bahagian tubuh anda setiap hari. Sebagai otot yang bekerja keras di dalam tubuh anda dan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung anda memerlukan jumlah tenaga yang besar untuk berfungsi dengan cekap. Tenaga tersebut diperolehi dengan bantuan nutrien yang dipanggil koenzim Q10 (CoQ10), yang juga berperanan membantu kesihatan salur darah. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh tubuh dan wujud didalam semua sel. Pengambilan makanan membantu mengekalkan tahap CoQ10; akan tetapi amaun CoQ10 yang diperolehi dari pemakanan secara tipikal adalah kurang dari 10 mg sehari. Perlu diingat, faktor seperti diet yang tidak seimbang, faktor usia, dan pendedahan harian kepada radikal-radikal bebas meningkatkan lagi keperluan anda untuk mengambil CoQHealth™ Plus setiap hari.
Adakah Anda Tahu?
- Jantung anda berdenyut 100,000 kali setiap hari
- Aorta, arteri terbesar didalam tubuh, diameternya hampir menyamai hos taman anda
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu akan mengurangkan tahap CoQ10 didalam darah
Manfaat CoQHealth™ Plus:
CoQHealth™ Plus menampilkan adunan proprietari serba semula jadi iaitu 28mg CoQ10 dengan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau di dalam kapsul minyak kacang soya bagi pelarutan maksimum untuk penyerapan dan ketersediaan bio yang lebih baik.
CoQHealth™ Plus Shaklee telah terbukti mampu:
- Merangsang penghasilan tenaga jantung
- Menyihatkan dan melindungi arteri daripada pengoksidaan LDL
- Melancarkan peredaran darah
- Membantu meningkatkan dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah
CoQHealth™ Plus mengandungi CoQ10 yang juga telah dibuktikan:
- Membantu penghasilan tenaga di dalam organ jantung.
- CoQ10 membantu meningkatkan penghasilan tenaga di dalam otot jantung serta menambah kekuatan mengepamnya. Penyelidikan juga menunjukkan CoQ10 meningkatkan peredaran darah, mengurangkan episod serangan angina dan mengurangkan palpitasi jantung.
- Menggalakkan dan melindungi arteri sihat dari oksidasi LDL.
- Banyak kajian telah menunjukkan CoQ10 mempunyai potensi untuk mengurangkan tekanan darah secara semulajadi tanpa kesan sampingan. Tindakan CoQ10 sebagai anti oksidan yang kuat menghalang oksidasi LDL kolesterol “tidak baik” dan menghalangnya dari melekat dan menyumbat salur darah.
- CoQ10 berupaya meningkatkan tahap tenaga, menambahkan stamina, dan mengurangkan kelesuan. Kajian juga mendapati, suplemen harian CoQ10 dapat mengatasi simptom-simptom kelesuan.
- CoQ10 merancakkan sel-sel otak yang seterusnya meningkatkan kecerdasan mental, memori dan keupayan kognitif. Kajian juga menunjukkan suplemen CoQ10 mengurangkan serangan migraine, pening dan perasaan loya.
- CoQ10 meningkatkan peredaran darah untuk membekalkan tisu kulit dengan cukup oksigen dan nutrisi untuk pemulihan, rejuvenasi dan penghasilan kolagen. Ini membantu kulit agar lebih tegang, lebih cerah dan berseri.
- Meningkatkan kesuburan. CoQ10 mengurangkan stress oksidatif yang telah dibuktikan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih sihat untuk meningkatkan kiraan sperma, pergerakan sperma dan mutu sperma. la juga membantu meningkatkan mutu ovum wanita.
Apakah koenzim Q10 dan mengapa ia penting?
Koenzim Q10, CoQ10 adalah nutrien yang larut lemak, yang dihasilkan oleh tubuh dan wujud di dalam semua sel. Konsentrasi CoQ10 yang tinggi ditemui di dalam organ yang bekerja keras dan memerlukan tenaga selular yang tinggi untuk berfungsi seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas.
CoQ10 adalah penting bagi bertrilion sel di dalam tubuh yang perlu menghasilkan tenaga mereka sendiri untuk terus hidup. Untuk menghasilkan tenaga, sel akan membakar gula dan lemak yang datang dari makanan yang kita makan. Nutrien-nutrien ini dipecahkan dan diangkut melalui laluan penghasilantenaga yang memerlukan CoQ10. Proses penghasilan tenaga ini diulangi beribu-ribu kali setiap saat untuk menjana denyutan jantung dan organ-organ tubuh yang lain, yang memerlukan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel tidak akan mampu menghasilkan tenaga dan organ-organ tidak akan dapat berfungsi dengan betul.
CoQ10 juga dikenali dengan aktiviti antioksidannya yang ampuh, untuk melindungi membran sel dari radikal bebas. Sebagai antioksidan, CoQ10 juga membantu arteri-arteri dari oksidasi akibat tindakan LDL (cholesterol tidak baik). Ini sangat penting untuk menggalakkan fungsi salur darah, terutama sekali yang mengangkut darah ke organ jantung.
Siapakah Yang disyorkan Mengambil CoQHealth™ Plus?
- Orang dewasa sihat yang berumur 18 tahun keatas yang prihatin tentang fungsi jantung dan kesihatan arteri
- Lelaki dan wanita dewasa yang mengambil perubatan yang mungkin mengurangkan tahap CoQ10 di dalam darah mereka.
- Wanita hamil atau mereka yang mengambil ubatan untuk mencairkan darah perlu mendapat nasihat doktor mereka.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Harga Runcit CoQHealth™ Plus:
Harga Runcit CoQHealth™ Plus – RM 124.00
“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”
Terima Kasih diatas kunjungan anda dan saya doakan kesihatan anda
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul? Anda boleh menghubungi saya melalui: