Takut susu drop?
Takut baby meragam
Ibu-ibu menyusu yang susu drop masa puasa ni, Saya ada beberapa tips :
Pastikan minum air putih yang cukup. Contohnya ; minum 2 cawan setiap bangun sahur, selepas sahur, selepas azan maghrib, selepas solat maghrib, selepas makan, selepas solat isyak, semasa-selepas terawikh, sebelum tidur
Kena positifkan minda yang anda boleh teruskan menyusu walaupun berpuasa
Elakkan minum cafein ; untuk mengelakkan kehilangan air dari tubuh
Menyusu / pum dengan kerap seperti biasa ; Setiap 3 jam contohnya
Doa pada Allah dengan penuh harapan
Bangun awal untuk sahur, pum susu dulu. Kalau boleh buat powerpumping, sangat-sangat bagus pada waktu macam ni
Kalau susu masih drop, untuk pengamal suplemen, kurangkan kuantiti suplemen yang anda ambil. Ambil yang betul-betul kritikal sahaja. Contohnya pengguna Shaklee boleh ambil ESP & Vitalea sahaja dulu, sampai susu kembali ok, tambahkan kuantiti / jenis suplemen semula sikit demi sedikit
Cuba Performance Drink untuk keseimbangan bendalir tubuh
Jika terlalu teruk production sehingga menjejaskan kesihatan bayi / ibu, pilihlah untuk berbuka puasa. Islam Ini mudah, ada kelonggaran atas keperluan
Selamat berpuasa untuk semua.
Ini titik mula untuk jasmani dan rohani kita yang lebih baik, insyaallah 🙂