Kadar Obesiti di Malaysia
Kadar obesiti dewasa negara akan meningkat sebanyak 4.7% setiap tahun sehingga tahun 2035. Sementara kadar obesiti dalam kalangan kanak-kanak pula diramal akan meningkat sebanyak 5.3% setiap tahun sehingga 2035.
Punca utama adalah GAYA HIDUP RAKYAT MALAYSIA YANG TIDAK SIHAT. Banyak makan yang semakin hipster tapi KURANG BERSENAM
Bayangkan hasil kajian 10 tahun lagi.
Mulakan perubahan gaya hidup yang lebih sihat. Bukan untuk kita sahaja tapi generasi akan datang juga.Apakah 6 Amalan Gaya Hidup Sihat.
Dari Ibnu ‘Abbas, Rasulullah bersabda:
Masa muda sebelum datang waktu tuamu, Masa sihat sebelum datang masa sakitmu, Masa kaya sebelum datang masa miskinmu, Masa lapang sebelum datang masa sibukmu, Masa hidup sebelum datang kematianmu
Ibnu ‘Abbas
Ramai orang yang nak sentiasa muda, rasa sihat, bertenaga awet muda betul tak?Tapi bagaimana caranya? Jom saya kongsikan apakah 6 Amalan Gaya Hidup Sihat ini.
1)Minda yang positif
Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif termasuklah dalam keluarga, jiran dam kawan-kawan. Minda yang positif berkait dengan ilmu pengetahuan yang mantap supaya kita dapat hidup dalam tuntutan agama dan kesihatan yang menyeluruh.
Kenap perlu ada minda yang positif
- Keyakinan diri akan lebih tinggi
- Lebih bersemangat mencapai kejayaan
- Minda positif dapat meningkatkan sistem imun sistem badan
2)Kawal Tekanan(stress)
Tekanan berlaku apabila anda merasakan bahawa keinginan anda mengatasi kemampuan diri.
Sebahagian tekanan boleh menjadi perangsang yang memotivasikan diri untuk menempuhi situasi sukar seperti peperiksaan ataupun tarikh tamat tempoh sesuatu kerja.
Namun, tekanan yang melampau boleh memberikan kesan negatif kepada kesihatan anda. Ia boleh menjejaskan sistem neuroendokrin, imun, kardiovaskular, dan saraf tunjang.
Tips Elak Stress
- Elak persekitaran atau perkara yang menjadi punca stress.
- Senyum dan gembira dengan setiap pencapaian dalam hidup. (raikan setiap kejayaan walaupun ianya kecil.)
3)Pengambilan Air Putih
Berapa banyak air yang anda minum hari ini?
Mengekalkan kelembapan badan akan mengelakkan timbulnya masalah dalam badan, terutamanya kerana peranannya yang sangat penting untuk kesihatan.
Selain untuk kesihatan, ternyata minum air yang cukup juga membawa manfaat untuk kecantikan juga! Dengan minum air yang mencukupi setiap hari, kita pun boleh mengekalkan kulit yang sihat dari dalam.
Malah, kulit adalah organ terbesar badan yang kebanyakannya terdiri daripada air. Jadi jika badan kita kekurangan pengambilan cecair, maka kulit tidak dapat berfungsi dengan baik. Kulit akan menjadi kering, bersisik, dan terdedah kepada penuaan pramatang.
4)Pemakanan sihat
Tahukah Anda?
Pengambilan makanan secara sihat akan membantu proses penuaan berlaku dengan lebih perlahan.
Antioksidan melambatkan proses penuaan. Kalsium dan vitamin D memastikan tulang kita sihat dan kuat.
Ikut pinggan suku suku separuh
Antara sebab kita digalakkan amalkan suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dalam pinggan adalah untuk kawal kalori. Cubalah sebulan amal suku suku separuh, memang mudah sangat kurangkan 2-4 kg sebulan.
5)Bersenam
Apakah kebaikan bersenaman selama 30 minit?
1) Bakar lebih banyak lemak
Senaman sebelum sarapan buatkan badan bakar lebih banyak lemak yang sedia ada.
2) Masa yang senang untuk konsisten
Lebih senang untuk buat sebelum ada kerja perlu dibuat dan anak-anak bangun kerana hanya 30 minit
3) Badan bertenaga sepanjang hari
Kajian buktikan senaman waktu pagi buat badan lebih effektif guna tenaga pada waktu tengahari dan petang.
6)Makanan tambahan
Kenapa kena makan supplement?
Makan supplement sebenarnya bukan untuk mengubati penyakit, tapi untuk memenuhi nutritional gap harian kita.Bukan setiap hari kita makan seimbang.Ada hari ambik sayur tak ambik buah.Ada hari terlebih ambik gula dan makanan bergoreng.Ada hari rasa penat, rasa lemau.
Dan ada juga nutrient yang badan kita tak mampu ambik, so by hook or by crook kita kena ambik daripada sumber luar atau daripada makanan tambahan.Contohnya Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia. .
Pilih makanan tambahan(supplement) dari sumber yang organik, yang selamat dan paling berkesan.
Pengambilan makanan yang tinggi nutrisi antioksida mampu mengurangkan risiko kanser
Vitamin A, C, dan E telah didapati mengurangkan risiko kanser tertentu.
Jemput baca artikel bagaiamana saya makan vitamin secara PERCUMA sahaja
http://www.winawellness.com/2023/05/24/makan-vitamin-percuma-dengan-cash-rebate-shaklee/
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Ada banyak lagi tips gaya hidup sihat jemput baca ya.
Penghantaran sekitar Bertam Perdana, Bertam Putra, Bertam Indah,Tasek Gelugor, Pokok Sena, Butterworth, Bukit Mertajam, Penanti, Penaga, UiTM Permatang Pauh,IPPT bertam Politeknik Seberang Prai, MRSM Ulul Albab Kepala Batas, SM Sains Kepala Batas, Kolej Jururawat Kepala Batas
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness/
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023