Bila sebut vitamin E dalam kepala saya memang akan terbayang vitamin untuk kulit cantik. Masa sekolah dulu bila ada parut cepat-cepat pergi beli vitamin E pecahkan dan sapu, memang mujarab parut makin pudar.Rupanya ada banyak sangat manfaat vitamin E untuk kesihatan wanita
Vitamin E adalah vitamin yang sangat penting untuk kesihatan manusia. Ia adalah vitamin larut lemak yang terdiri dari dua jenis iaitu tokoferol dan tokotrienol.
Sumber semulajadi vitamin E adalah dari sayur-sayuran hijau, tumbuh-tumbuhan, buah-buahan, beras, oat, barli dan ‘wheat germ’. Minyak kelapa sawit adalah sumber yang sangat kaya dengan vitamin E terutama jenis tokotrienol.
Vitamin E Complex Shaklee pilihan terbaik kerana ianya:
1)Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.
2)Mengandungi 10 mg Selenium
3)Lengkap sekali dengan Grape seed extract
Jemput baca :5 Keunikan Vivix Shaklee
5 Manfaat Vitamin E Untuk Kesihatan Wanita
Banyak kajian yang membuktikan vitamin E bagus untuk kesihatan tulang, jantung,kesuburan, kehamilan dan kecantikan kulit.
- 1)Menyokong kecergasan tulang sendi dan lutut
- 2)Menggalakkan fungsi jantung yang sihat
- 3)Meningkatkan kesuburan wanita dan kehamilan yang sihat
- 4)Vitamin E untuk vagina kering
- 5)Mendapatkan kulit yang lebih sihat
1)Menyokong kesihatan tulang sendi dan lutut
Vitamin E membantu mengurangkan kadar kerapuhan dan keretakan tulang. Walaupun bukan fungsi utama vitamin ini, namun, vitamin E mempunyai fungsi mengurangkan kadar kerapuhan tulang kerana fungsi antioksidanya.
Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.
Selain itu vitamin E juga dapat membantu melindungi sel dalam tubuh (termasuk sel-sel pada sendi) daripada kerosakan yang disebabkan oleh kesan negative pil-pil steroid (yang dinamakan osteonecrosis).
2)Menggalakkan fungsi jantung yang sihat
Mengambil vitamin E dapat memperbaiki kesihatan sistem kardiovaskular anda sekaligus membantu anda mengelakkan gangguan vaskular dan penyakit jantung.
Dalam satu kajian secara ‘double-blind’ yang dibuat oleh Kenneth Jordan Heart Foundation di USA merumuskan vitamin E tokotrienol dari minyak kelapa sawit boleh membantu masalah atherosklerosis iaitu pengerasan pada dinding saluran darah arteri jantung yang menyebabkan saluran darah menjadi keras dan tersumbat. Oleh itu ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung dan (strok) angin ahmar.
Dalam kajian ke atas manusia dan haiwan, vitamin E jenis tokotrienol juga didapati boleh menurunkan paras keradangan dan kolesterol dalam darah kerana ia menghalang aktiviti berlebihan enzim ‘HMG-CoA Reductase’ dalam organ hati yang menghasilkan kolesterol yang berlebihan. Kajian ini dijalankan di USM, menunjukkan dengan pengambilan 100mg tokotrinol setiap hari selama 8 ke 10 minggu mampu menurunkan paras kolesterol keseluruhan sebanyak 10-12%
3)Meningkatkan kesuburan wanita dan kehamilan yang sihat.
Vitamin E adalah antioksidan semula jadi yang bagus. Ia mampu membantu meningkatkan kadar kesuburan untuk lelaki dan wanita. Hal ini kerana ia mampu untuk membantu meningkatkan kualiti benih wanita, sperma lelaki dan meningkatkan peratus kadar kejayaan ketika proses persenyawaan dan penempelan janin.
Menurut Dr Zubaidi Haji Ahmad, salah satu cara untuk meningkatkan tahap kesihatan ialah dengan mengamalkan pemakanan yang sihat dam juga mencadangkan pengambilan vitamin C dan vitamin E pada wanita yang hamil. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan daya tahan, membantu mempercepatan penyembuhan luka dan kerosakan tisu, menjadikan kulit bertambah sihat dan cantik, serta menguatkan dan mempercepatkan pertumbuhan tulang.
Bagi wanita hamil yang mengalami masalah kekurangan sel-sel darah merah (anemia), vitamin C dan E membantu penyerapan zat-zat besi. Oleh itu bagi wanita yang mempunyai tahap hemoglobin yang rendah, pengambilan zat besi (iron tablet) bersama vitamin C dan vitamin E dapat meningkatkan tahap hemoglobin dengan lebih cepat.
4) Vitamin E Untuk Vagina Kering
Vagina yang sihat dindingnya akan diselaputi lendir jernih sebagai pelincir. Hormon estrogen akan memastikan lapisan vagina sentiasa sihat, tebal dan elastik.
Hormon Estrogen yang menurun adalah punca kepada vagina kering dan ianya bukan hanya berlaku ketika menopause, malah ada ramai wanita muda yang mempunyai masalah vagina kering.
Ada beberapa kajian yang menunjukkan bahawa pengambilan vitamin E dapat memastikan vagina kekal lembap dan mengurangkan kekeringan.
Menurut sebuah kajian yang dilakukan ke atas 52 wanita, pengambilan vitamin E selama 12 minggu dapat mengurangkan simptom vaginal atrophy, sejenis kondisi yang berlaku disebabkan kekeringan pada dinding faraj.
Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian yang perlu dilakukan untuk menyokong penggunaan vitamin untuk wanita menopause bagi mengurangkan masalah faraj kering.
5)Mendapatkan kulit yang lebih sihat
Antara kelebihan vitamin E ialah mengatasi kerosakan kulit yang berpunca dari matahari. Dr. Manoj K. Ahuja, Fortis Hospitals berkata, minyak Vitamin E adalah antioksidan yang larut lemak yang kuat yang dapat meremajakan kulit dan kesihatan secara keseluruhan.Ia mengembalikan kelembapan yang hilang, dan ini sebabnya ia berfungsi paling baik untuk kulit kering dan rosak, kata Dr Ahuja.
Vitamin E mempunyai tinggi antioxidants yang memelihara sel kulit dari proses penuaan, mempercepatkan penghasilan sel kulit baru dan memelihara sel dalam organ dari rosak akibat radikal bebas.
Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan masalah seperti :
Mudah radang, penuaan kulit sebelum masa, timbul bintik-bintik pada kulit muka (freckles), rambut gugur, anemia, sunburn, risiko kanser dan leukimia, saluran darah merah menjadi keras, pengurangan kolagen, penyakit kulit dan lain- lain.
Banyak lagi manfaat Vitamin E jemput baca semua.
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang vitamin shaklee mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya.
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness/
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
nextlevelblogging
blogmegashaklee
shakleethrive2023
shakleetriumph2023