Shaklee Penang:Sakitnya bengkak susu selepas bersalin.
Bengkak susu atau nama lainnya Mastitis adalah keradangan buah dada yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan “duktus tersumbat” sebab anda akan terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Tanda-Tanda Masititis
Tanda-tanda mastitis yang sering berlaku dan serius temasuklah seram sejuk, sakit kepala, suhu badan melebihi 38.5 darjah C dan keletihan. Simptom-simptom ini selalunya disebabkan oleh kongesi tisu di sekitar kawasan jangkitan.
Faktor terjadinya Mastitis
Saluran susu tersumbat. Jika payudara yang tidak dikosongkan dengan betul semasa penyusuan, salah satu saluran susu anda boleh menjadi tersumbat, membawa kepada jangkitan payudara.
Bakteria memasuki payudara anda. Bakteria daripada permukaan kulit anda dan mulut bayi boleh memasuki saluran susu dan kulit puting anda atau melalui bukaan duktus susu. Bakteria boleh membiak, yang membawa kepada jangkitan.
Jangan dibiarkan payudara anda membengkak yang akan menyebabkan mastitis. komplikasi sekiranya tidak dibendung, boleh menyebabkan nanah di dalam payudara merebak dan seterusnya memerlukan pembedahan dilakukan untuk mengeluarkan nanah tersebut. Cegah simptom awal jika boleh.
Perkara yang boleh dilakukan sekiranya payudara telah rasa bengkak
Antara perkara yang boleh dilakukan sekiranya anda terasa payudara bengkak ialah:
1)Menyusukan bayi dengan kerap
Menyusukan bayi dengan kerap iaitu setiap dua atau tiga jam. Anda juga boleh mengejutkan bayi anda walaupun pada ketika itu bati anda sedang tidur. Pastikan juga bayi anda menyusu di kedua-dua belah payudara setiap kali penyusuan.
2)Pam untuk mengeluarkan susu
Anda juga boleh menggunakan pam sekali sekala untuk melegakan bengkak susu tersebut.
3)Urut payudara semasa bayi sedang menyusu
Mengurut payudara secara perlahan semasa bayi anda sedang menyusu membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan turut melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.
4)Menggunakan daun Kubis Segar
Anda juga boleh mengikuti petua iaitu dengan meletakkan daun kubis segar pada payudara. Daun kubis segar tersebut boleh membantu melegakan kesakitan, walaubagaimanapun, tiada bukti yang menyokongnya. Daun kubis mungkin ada kesan penyejukkan tetapi ia tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan daripada payudara dengan efisien.
5)Mengamalkan Lecithin Shaklee
Mengamalkan pengambilan lecithin selepas bersalin membantu anda untuk mengatasi masalah bengkak susu.
Testimoni Lecithin membantu bengkak susu
Mengapa mesti memilih Shaklee?
✔ Dijamin HALAL
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 012-3466986
PM kami disini ➜
https://www.facebook.com/messages/VitaminSihatDanCantik
EMAIL : winawellness@gmail.com
COD Shaklee Kepala Batas/COD Shaklee Bertam/ COD Shaklee Sungai Petani/COD Bukit Mertajam/COD Seberang Jaya.
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share’Sharing Is Caring
Kesihatan Itu Kekayaan
www.winawellness.com
www.vitaminsihatcantik.com