6 TANDA BUAH PINGGANG DALAM BAHAYA
1. Perubahan dalam corak membuang air kecil
Tanda pertama kegagalan buah pinggang adalah apabila berlakunya perubahan dengan corak pembuangan air kecil.
Tanda-tanda awal kerosakan buah pinggang ini mungkin bermula dengan
– kekerapan membuang air kecil pada waktu malam,
– peningkatan atau penurunan dalam pengeluaran air kencing,
– air kencing bertukar kepada warna lebih gelap,
– keinginan untuk membuang air kecil namun sukar untuk berbuat demikian.
Selain itu anda secara beransur-ansur akan:-
i) Mengalami sakit semasa membuang air kecil, ini yang menunjukkan telah jangkitan pada saluran kencing,
ii) Air kencing akan berbuih (disebabkan kebocoran protein),
iii) Kesan darah di dalam air kencing.
Jika anda mendapati mana-mana tanda-tanda ini, adalah membimbangkan untuk buah pinggang anda.
2. Bengkak atau edema
Salah satu fungsi yang paling penting dalam buah pinggang adalah untuk mengepam keluar toksin dan kekotoran untuk memastikan sistem anda bersih. Walau bagaimanapun, apabila arteri dan kapilari darah dalam buah pinggang anda rosak ia menghalang proses perkumuhan bahan buangan. Apabila masalah ini berlaku, ia akan menyebabkan berlakunya lebihan air dan garam dalam manusia yang mana lebihan ini, akan disimpan di bahagian-bahagian yang berlainan di badan yang membawa kepada keadaan bengkak.Keadaan bengkak ini biasanya akan dilihat di bahagian kaki, tangan dan juga bawah mata.
3. Kulit gatal dan kering
Buah pinggang akan berkerja untuk membantu mengepam keluar toksin dari badan, ia akan membolehkan sel-sel darah merah yang sihat dan juga mengekalkan keseimbangan nutrien dan mineral yang betul dalam badan manusia. Namun apabila terdapat ketidakseimbangan mineral dan nutrien,maka bahan buangan akan banyak dalam darah dan ia akan menyebabkan kulit kering dan gatal.
Apabila masalah ini berlaku kita akan sering terkeliru dengan alahan kulit atau ruam. Walau bagaimanapun, jika anda perhatikan gejala-gejala lain berlaku serentak dengan faktor – faktor lain punca penyakit buah pinggang seperti keinginan kerap membuang air kecil, edema bersama-sama dengan gejala ini sudah tiba masanya untuk pergi ke doktor dan dapatkan pemeriksaan.
4. Kekurangan selera makan
Tiada tanda-tanda awal penyakit buah pinggang, namun apabila kesihatan buah pinggang mula merosot perkara pertama yang berlaku kepada badan anda adalah akan berlaku satu beban toksin dan pertambahan bahan buangan di dalam badan anda. Inilah yang akan menimbulkan pelbagai tanda-tanda dan gejala-gejala kepada kemerosotan buah pinggang.Kurang selera makan adalah salah satu daripadanya. Malah, ini adalah salah satu daripada gejala yang paling biasa berlaku apabila berlakunya kegagalan buah pinggang.
5. Keletihan Melampau:
Apabila buah pinggang berhenti berfungsi,ia akan berhenti merembeskan hormon dipanggil ‘erythroprotien’ yang sangat penting yang membantu dalam pengeluaran sel-sel darah merah. Sel-sel darah merah membantu untuk membekalkan oksigen dan nutrien ke seluruh badan bagi mengekalkan tahap tenaga anda dan membekalkan nutrien dalam badan. Apabila berlakunya kegagalan buah pinggang maka terdapat sel – sel induk yang akan kekurangan sel-sel darah merah, ini boleh membawa kepada kemerosotan tahap hemoglobin dalam badan dan boleh menyebabkan anemia.
Banyak masalah-masalah lain yang boleh timbul disebabkan oleh anemia, keletihan melampau boleh menjadi salah satu daripadanya. Walau bagaimanapun, banyak orang akan mengabaikan simpton ini kerana beranggapan ia adalah satu keletihan yang biasa.Apabila fungsi buah pinggang mula merosot , kita akan sering mengalami kekejangan otot dan kesakitan pada saraf.
6. Loya dan muntah:
Apabila berlakunya kemerosotan pada kesihatan buah pinggang, toksik mula bertambah dalam badan ,ia boleh menyebabkan loya dan muntah-muntah. Simpton ini juga adalah satu lagi indikator yang sering diabaikan.
Jom mulakan dengan program detox shaklee
1)Pembelian terus secara Online SET DETOX LENGKAP disini.
2)Anda boleh Wassap saya sekarang dengan cara hanya klik link di bawah untuk pendaftaran ahli,consultation dan pertanyaan lain :
BAGAIMANA NAK BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH?
Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee ?Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah “JOIN NOW”
Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
==========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ http://wasap.my/+60123466986
Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam,Pengedar Shaklee Bertam perdana,Pengedar Shaklee Bertam Putera,Pengedar Shaklee Bertam Indah,Pengedar Shaklee Tasek Gelugur,Pengedar Shaklee Penaga,Pengedar Shaklee Penang,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Butterworth,Pengedar Shaklee Seberang Jaya
EMAIL : winawellness@gmail.com
Yati Adam says
takutnya… lagi sedih bila ulang alik ke hospital..penatnya nk sihat balik.