Tahukah anda ?
Shaklee melaburkan melebihi 12juta USD setahun untuk penyelidikan dan ujian makmal. Shaklee juga mempunyai lebih 150orang saintist dan lembaga penasihat terdiri daripada doktor, pensyarah,professor, saintis dari universiti terkemuka dunia dan mari kita kenali mereka
Dr. Bruce Daggy
Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan, dan Ketua Pegawai Sains
Bruce Daggy menyelia dan mengemudi hala tuju penyelidikan dan pembangunan korporat. Beliau bertanggungjawab untuk membangunkan portfolio produk teras Shaklee termasuk nutrisi pemakanan, penjagaan diri, penjagaan rumah dan produk mesra alam untuk kediaman.
Pengalaman beliau dalam bidang penjagaan kesihatan pengguna global melangkau lebih 30 tahun. Bruce terlibat dalam pelbagai aspek penyelidikan, daripada memformulasikan nutrisi pemakanan terkemuka di India kepada menyediakan produk pemakanan sukan untuk atlet terunggul. Beliau juga memberikan tumpuan khusus dalam bidang pengurusan berat badan dan penyakit metabolik.
Bruce memulakan kerjaya profesional beliau dalam bidang akademik dan seterusnya berkhidmat selama 10 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan di syarikat Procter & Gamble. Ini disusuli dengan 13 tahun di SmithKline Beecham/Glaxo SmithKline di Amerika Syarikat dan juga United Kingdom dalam beberapa jawatan kepimpinan termasuk menyelia program penyelidikan dan pembangunan pemakanan global serta menguruskan lebih 80 orang saintis di U.K. dan India.
Selain itu, beliau juga merupakan Naib Presiden, Penyelidikan & Pembangunan Pengurusan Berat Badan Glaxo Smithkline. Sebelum menyertai Shaklee, Bruce telah berkhidmat sebagai Naib Presiden Kanan, Penyelidikan & Pembangunan dan Ketua Pegawai Sains di Nutrisystem Inc. di mana beliau menyenggara penyelidikan dan pembangunan gunaan untuk pengurusan berat badan dan pencegahan atau pengurusan penyakit dan masalah kesihatan berkaitan obesiti.
Bruce memegang ijazah sarjana Ph.D. dalam Biokimia Pemakanan dari Universiti Cornell dan B.A. dalam Biologi dari Universiti Virginia.
Beliau ialah Profesor dan Ahli Lembaga Pengarah di Fakulti Sains Nutrisi, Makanan dan Senaman di Universiti Florida, selain menjadi ahli Persatuan Nutrisi Amerika dan Persatuan Obesiti serta aktif sebagai sukarelawan Lembaga Komuniti Greater Philadelphia dan Jawatankuasa Pendidikan dan Advokasi untuk Persatuan Diabetes Amerika.
Dr. Jamie McManus
Pengerusi, Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan
Dr. Jamie McManus bertanggungjawab mengetuai usaha-usaha penyelidikan klinikal Shaklee bagi menyokong pembangunan produk dan pendidikan pengedar.
Sebelum menyertai Shaklee Corporation, Dr. McManus telah memainkan peranan utama bagi menguruskan jabatan Hal Ehwal Perubatan dan Pendidikan Nutrisi Herbalife serta bertanggungjawab melatih lebih satu juta pengedar di lebih 44 negara dalam tempoh lapan tahun.
Dr. McManus menerima M.D. dengan kepujian dan menyempurnakan latihannya di Universiti California, Davis. Beliau merupakan Doktor Keluarga yang Diiktiraf Lembaga selama 15 tahun.
Kejayaan mereka memastikan rangkaian produk Shaklee sentiasa berkualiti tinggi, semulajadi, selmat serta berkesan
Kini anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui:
Leave a Reply