Benarkah Toksin Boleh Menyebabkan Berat Badan Bertambah?
Toksin boleh menyebabkan berat badan bertambah? Betul ke? Toksin ni terdiri daripada dua jenis, iaitu:
Toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin) yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Toksin memusnahkan keseimbangan hormon dan sering bertindak sebagai pengganggu endokrin (bahan yang boleh menggangu fungsi hormon). Toksin boleh didapati di banyak tempat di rumah kita dan mengganggu aktiviti hormon melalui pelbagai cara. Ia boleh meningkatkan, mengurangkan atau mengubah aktiviti hormon dengan cara meniru, menyekat, mengubah jumlah hormon yang dihasilkan atau menukar kelajuan hormon ini berfungsi. Hormon yang paling banyak mendapat kesan dari toksin ini ialah estrogen, tiroid, testosteron, kortisol dan insulin. Tetapi oleh kerana hormon dalam tubuh manusia saling terkait rapat, jadi, satu masalah pada hormone tertentu boleh memberi kesan kepada hormon yang lain.
Ini ialah beberapa toksin yang patut kita ketahui dan fahami bagaimana ia boleh menyebabkan pertambahan berat badan:
Phthalates – Terdapat dalam pewangi penyegar udara, lilin, bahan pencuci dan produk kecantikan. Bahan toksin ini boleh mengurangkan testosteron dan bagi perempuan pula ianya boleh menyebabkan pengurangan jisim otot yang menyumbang kepada pertambahan berat badan.
Bisphenol A atau BPA – Terdapat terutamanya dalam lapisan tin dan botol plastik, boleh meningkatkan estrogen serta tahap insulin. Insulin berlebihan dalam badan boleh mendorong kepada terjadinya rintangan insulin atau ‘insulin resistance’ dan menyebabkan badan gagal menggunakan gula dalam darah dengan betul.
Racun perosak – Penanaman sayur terutamanya banyak menggunakan pestisid dan akhirnya terdapat pada makanan dan minuman kita dan apabila dimakan, akan masuk kedalam tubuh kita. Ramai penyelidik percaya bahawa racun perosak dalam makanan seharian kita boleh meningkatkan terjadinya rintangan insulin, sindrom metabolik, kencing manis dan obesiti.
Pemanis tiruan – Pemanis tiruan adalah lebih teruk daripada gula kerana ia adalah bahan kimia buatan manusia dan dikaitkan dengan pelbagai kesan sampingan termasuklah tiroid (yang boleh menyumbang untuk penambahan berat badan).
Sirap jagung tinggi fruktosa – Sirap jagung boleh menyebabkan perubahan di dalam hati dengan meningkatkan kadar penyerapan fruktosa dan gula seterusnya menyebabkan hati kita sentiasa ingin lebih gula. Proses ini mempercepatkan terjadinya rintangan insulin dan obesiti, dan ia juga menyebabkan rintangan hormon leptin, yang membantu mengawal selera makan.
Gula halus dan karbohidrat – Makanan ini cepat diserap ke dalam aliran darah menyebabkan peningkatan gula secara mendadak dalam darah dan permintaan yang tinggi untuk insulin. Semasa proses penapisan, bijirin kehilangan serat, vitamin dan mineral, jadi yang tinggal hanyalah makanan yang mempunyai nilai zat pemakanan yang minimum.
Ramai orang yang mempunyai tahap toksin yang tinggi di dalam badan mereka adalah obese. Ini kerana toksin disimpan dalam sel-sel lemak dan semakin banyak toksin dalam badan, semakin banyak ‘tempat simpanan’ diperlukan dan inilah yang menyebabkan seseorang itu semakin obese.
Pastikan kita sentiasa menyahtoksin tubuh kita. Cara paling mudah adalah dengan memastikan pengambilan air masak yang mencukupi setiap hari.
Apakah set detox shaklee?
Mengapa mesti memilih SET DETOX SHAKLEE
✔ Mendapat Kelulusan KKM
✔ Tiada Kesan Sampingan
✔ Terbukti Berkesan
✔Terbukti Semulajadi
✔ Terbukti Selamat
===========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ Taip ke 012-3466986
COD Shaklee Kepala Batas, COD Shaklee Bertam, COD Shaklee Bukit Mertajam, COD Shaklee Sungai Petani,COD Shaklee Butterwoth, COD Shaklee Seberang Jaya
PM kami disini ➜
EMAIL : winawellness@gmail.com
Kesihatan Itu Kekayaan
www.winawellness.com
#shakleebertam #Shakleepenang #shakleekepalabatas #shakleesungaipetani
#shakleebukitmertajam #pengedarshaklee
#shakleemalaysia
Leave a Reply