Bila difikirkan balik, zikir dan wirid lepas solat kejap sangatlah bacaannya. Sungguh, tak sampai 10 minit pun sebenarnya. Itupun kita culas nak buat. Kenapa ?
Kawan-kawan, lepas solat tu peruntukkanlah masa sedikit saja untuk habiskan wirid. Tak panjang pun, tak lama pun, tak ganggu urusan harian yang lain pun.
Mungkin kita tergesa-gesa mengejar masa. Ada meeting dan sebagainya. Sambunglah berwirid ketika sedang berjalan, memandu kereta, menunggang motosikal atau sedang buat apa-apa aktiviti sekalipun.
Tak semestinya ia perlu diselesaikan di tikar sejadah. Ada keluasan yang agama berikan di sini. Kita dah solat, tanda pengabdian diri kepada Rabb.
Selesai solat, istighfarlah memohon ampun daripada-Nya. Mungkin ada rakaat yang kita terlalai. Moga Allah ampunkan kelekaan kita ketika menyembah-Nya.
Kemudian sambunglah dengan beberapa zikir lain sepertimana yang Nabi SAW sudah ajarkan.Ayat al-Kursi, jangan dilupakan. Ia penting, sebagai sebuah kunci untuk masuk ke syurga Tuhan nan indah.
Kata Nabi SAW, “Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi setiap selepas kali solat fardu, tidak akan terhalang baginya untuk memasuki syurga melainkan mati”
Seterusnya disambung dengan membaca 3 qul iaitu surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Akhirnya tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 34 kali.
Selesai. Mudah kan? Ringkas ja sebenarnya.Amalkanlah sunah ini sebaiknya. Janganlah memandang enteng pada sesuatu sunah kerna besar ganjarannya di sisi agama.
Rezeki bukanlah sekadar wang ringgit semata-mata, namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang juga turut dianggap rezeki. Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya. Selain rasa syukur, kita juga perlu mengamalkan amalan-amalan zikir yang diamalkan oleh Rasulullah.
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zikir murah rezeki yang mujarab untuk membuka pintu rezeki kita seluasnya.Jika anda seorang yang berniaga beramal dengan niat kerana Allah serta tanggungjawab kita sebagai hamba yang sentiasa memuji Allah.
Amalan Zikir Murah Rezeki
- ZIKIR : LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
- ZIKIR : LA ILAHA ILALLAH AL MALIKUL HAQQUL MUBIN
- ZIKIR : SUBHANALLAHI WABIHAMDIHI SUBHANALLAHIL ‘ADZIIM
- SELAWAT KE ATAS NABI
- SENTIASA BERISTIGHFAR
- SETIAP HARI BACA DOA MURAH REZEKI
Ya Allah,
Berikanlah kepada kami rezeki yang luas
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang Halal lagi baik tanpa memberatkan kami
Ya Allah,
Jika rezeki kami ada di langit maka turunkanlah
Jika ada di bumi maka keluarkanlah
Jika jauh maka dekatkanlah
Jika dekat maka mudahkanlah
Jika sedikit maka banyakkanlah
Jika banyak maka berkatilah
Agar kami dapat menolong anak-anak yatim, fakir miskin, dan mereka yang dalam kesusahan dan kedaifan.
Ya Allah,
Kabulkanlah doa kami
Amin Ya Robbal ‘Alamin.
Selamat beramal zikir murah rezeki
Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita.Dia Maha Bijaksana dalam segala aturanNya.Pujilah Allah sebanyak-banyaknya,tak kira senang atau susah.
sibuk atau lapang. Semoga Allah sentiasa murahkan dan beri keberkatan rezeki kita. Jom boleh belajar 10 Resepi Orang Berjaya
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini.. saya sudah pasti mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik
shakleethrive2023
shakleetriumph2023
blogmegashaklee
Pengedar Aktif Shaklee Pulau Pinang
PengedarShakleeKepalaBatas
PengedarShakleeBertam,
Leave a Reply