Tips dekatkan anak kepada Allah SWT
Bagaimanakah caranya mendidik anak-anak supaya memahami kepentingan berdoa dan membimbing mereka supaya tidak menyalahgunakan doa untuk hajat yang negatif?
Cuba praktikkan beberapa tips ini dalam usaha anda untuk menjelaskan maksud doa kepada kanak-kanak.
1- Berdoa secara spontan
Latihlah anak supaya berdoa secara sepontan dengan menggunakan bahasa yang mudah. Doa yang bertunjangkan hafalan dalam bahasa arab mungkin menimbulkan kesukaran kepada mereka, gunakan sahaja bahasa yang kita gunakan seharian.
2- Berdoa sebagai tanda terima kasih
Ajar anak anda untuk bersyukur atas kesenangan yang dimiliki yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. Beritahu mereka berdoa bukan saja untuk meminta sesuatu hajat daripada Allah S.W.T. tetapi juga sebagai tanda terima kasih.
3- Tuhan mengetahui segalanya
Yakinkan anak-anak bahawa Allah S.W.T. dapat mendengar apa saja permintaan mereka samada yang baik mahupun sebaliknya. Anak-anak mungkin menganggap agak sukar untuk mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa memandangkan rutin yang ketat, anggapan itu mungkin turut ditujukan kepada Yang Maha Pencipta kerana kurang pemahaman.
Oleh itu sebagai ibu-bapa, luangkan waktu bersama mereka untuk mendengar dan menjawab segala keluhan dan permintaan anak-anak secara bijaksana.
Beritahu mereka bahawa Allah sentiasa berada dekat dengan mereka pada bila-bila masa saja untuk mendengar segala keluhan seandainya anda dan ahli keluarga lain sedang sibuk.
4- Mengakui kesalahan yang dilakukan
Didiklah anak anda supaya sentiasa berhati terbuka dengan mengakui kesalahan yang telah mereka lakukan. Ajarlah mereka cara-cara berdoa memohon keampunan dari Allah S.W.T.
Tunjukkan kepada mereka dan biarkan mereka berdoa sendirian.
5- Yakin dengan Allah
Pupuklah anak-anak dengan perasaan yakin dan pasrah dengan ketentuan Tuhan. Mungkin agak sukar untuk menjelaskan kepada mereka bahawa tidak semua doa itu dimakbulkan tetapi cubalah sedaya upaya untuk menjelaskannya.
Yakinkan mereka bahawa setiap doa mereka itu didengari Allah cuma mungkin jawapan yang diterima tidak seperti yang diharapkan. Ajar mereka supaya tidak mudah berputus asa.
Sentiasa melatih mereka untuk memuji Allah, bersyukur dengan rezeki yang diberi, memohon kepadaNya dan yakin dengan kebesaran Allah S.W.T.
yati adam says
info yg sangat menarik. Saya suka dengan blog kak banyak info kesihatan yg bermanfaat. tahniah anda bloger yg banyak ilmu..
yati adam recently posted…BAHAYA BATU KARANG.
wina says
terima kasih yati adam..semoga perkongsian ini dapat membantu kesihatan ramai org diluar sana..kakdoakan kesihatan dan kejayaan yati
izzy adlina says
bagus tips ni. akan dipraktikkan bila dah ada anak nanti.
kak wina hebat sharing info.
i support u always !
keep it master hebat !
izzy adlina recently posted…Awas Lelaki ! Anda Mungkin Mangsa Kanser Prostat.
wina says
Akak doakan ada Rezeki buat Izzy dan suami..teruskan berdoa..Allah SWT lebih tahu apa yg terbaik untuk kita..Love u my dear Future master