Assalamualaikum saya nak share Kelebihan Istighfar yang disampailan oleh Ustaz Halim Hassan pesan, orang yang beristighfar, orang yang bertaubat takkan sempit hidupnya. Orang yang beristighfar, orang yang bertaubat takkan susah hidupnya.
Apa hubungan istighfar dengan hidup kita?
Apa hubungan taubat dengan hidup kita?
Kata Imam Ibnu Kathir :
“Sekiranya kamu menjadikan istighfar dan taubat itu sebagai amal hidup kamu, maka kamu akan mendapati dari pihak Allah, Dia akan menjaga urusan kehidupan kamu.”
11 Kelebihan ISTIGHFAR
- Diampunkan Dosa-Dosanya oleh Allah swt
- Dimakbulkan Permintaan & Hajat
- Bertambah Kekuatan
- Mudah Mendapat Zuriat
- Menyembuhkan Penyakit
- Menyejukkan Hati yang Sedang Marah
- Dijauhkan dari Azab & Bala
- Ditambah Nikmat & Kekayaan
- Memberatkan Timbangan Akhirat & Diangkat Ke Syurga
- Dicintai Allah
- Penyelesaian Setiap Permasalahan, Jalan Keluar dari Kesusahan & Kesedihan.
Jom istighfar
Semoga kita istiqamah istighfar setiap hari agar Allah ampunkanlah dosa-dosa kita. Siapa yang suka perbanyakkan istighfar dan taubat, Allah akan jadikan setiap kesedihan yang dia lalui itu sebagai satu kelapangan untuknya.
Bila dia bersedih, Allah akan gantikan dia dengan berita gembira. Setiap kedukaan yang dia lalui, Allah akan akhiri dengan kebahagiaan untuknya. Setiap kali dia menangis, air mata itu akan bertukar menjadi air mata kegembiraan. Ini janji Allah dalam Surah Insyirah ayat 5 dan 6 dalam Kitab Al-Quran.
KISAH KKELEBIHAN ISTIGHFAR
Satu hari ada seorang yang sangat miskin menemui Imam Hassan Al-Basri untuk meminta nasihat dan Hassan Al-Basri menyuruh orang itu mengubah hidupnya dengan cara istighfar dan bertaubat.
Satu hari 70 orang sahabat Nabi ﷺ menemui Imam Hassan Al-Basri untuk meminta nasihat dan Hassan Al-Basri menyuruh orang itu mengubah hidupnya dengan cara istighfar dan bertaubat.
Apa saja masalah orang yang menemui Imam Hassan Al-Basri, dia akan minta orang itu istighfar dan taubat sampaikan orang bertanya :
“Kenapa jawapan tetap suruh istighfar dan taubat sedangkan masalah kami berlainan dan tak sama?”
Apa Imam Hassan Al-Basri jawab?
“Bukan aku yang suruh kalian beristighfar tapi Allah s.w.t yang suruh dalam Al-Quran.”
Semoga beroleh bermanfaat
Norwina Mohd Hadin
wina.mh@gmail.com
https://instagram.com/winahadin
Pengedar Aktif Shaklee Bertam Kepala Batas Penang Ready Stok
https://www.facebook.com/winawellness
Call/wassap link bawah
http://winawellness.wasap.my
shakleepenang
shakleebertam
shakleekepalabatas
shakleebertamperdana
shakleebertamputra
shakleebertamindah
Leave a Reply