Bismillahirrahmanirrahim. Inshallah hari nie saya nak kongsikan kata-kata motivasi arwah abah atau boleh dikelaskan sebagai satu bentuk tazkirah selawat juga satu doa sebagai amalan untuk kekuatan hati iaitu amalan berselawat.
“Selawat banyak-banyak ya adik “
Pesan arwah abah, adalah antara motivasi untuk saya bersemangat menjaga amalan dan rutin selawat.
Bila Rasulullah SAW kenal kita, Ada rezeki boleh jumpa dalam mimpi, Ada rezeki di mahsyar boleh minum air telaga kautsar dari tangan Baginda, Lebih hebat boleh dapat syafaat Rasulullah SAW
Selawat adalah salah satu bentuk doa. Selawat juga adalah pengakuan kita terhadap kerasulan Muhammad SAW
lalu kita berdoa agar ALLAH mengurniakan kemuliaan kepada baginda.
Berselawat membuktikan keyakinan kita terhadap kerasulan Nabi. Selain itu, iamemberi keuntungan secara peribadi kepada diri kita di dunia dan akhirat.
Tahukah anda perbezaan antara orang yang pemurah bakhil?
Menurut hadis riwayat At-Tirmizi, An-Nasaie dan Al-Hakim, orang yang bakhil adalah seseorang yang apabila disebut namaku (Muhammad s.a.w), dia tidak berselawat ke atasku.
Formulanya, jika anda bakhil, anda yang rugi.Jika rajin berselawat, anda juga yang akan untung disana nanti.
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku sekali, maka akan dicatatkan untuknya 10 kebaikan (pahala).
Jadi,memang tidak berbaloi untuk menjadi orang yang bakhil lagi bodoh sombong, bukan?
Istimewanya Selawat
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammads.a.w amat mudah untuk dilafazkan. Ia hanyalah sepotong ayat yang pendek.Sama ada ia disebut di bibir atau diulang-ulang dalam hati, fadilatnya banyak.
Selawat boleh menjadi pendinding diri kita di dunia, daripada diancam jenayah yang tidak disangka-sangka. Selawat juga boleh menjadi penolong kita di akhirat nanti.
12 Keistimewaan Selawat
1)Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
2)Mendapat rahmat daripada ALLAH
3) Dosa diampunkan
4)Darjatnya tinggi di sisi ALLAH S.W.T
5)Membersihkan hati
6)Mendapat doa daripada malaikat
7)Mendapat perlindungan pada hari kiamat
8)Selamat daripada sikap bakhil
9)Menjadi benteng sifat munafik
10)Menjadi penyebab doa dimakbulkan
11)Menggantikan sedekah
12)Dapat mendampingi Nabi s.a.w di akhirat kelak.
Marilah kita rebut kebaikan ini, dengan berdoa dan berselawat di bibir dan di hati. Selawat dan doa di bibir menjadikan kita hamba yang tawaduk. Selawat juga doa dihati menguatkan iman sedia ada.
Percayalah kita memerlukan kedua-duanya, dalam susah dan senang.Jom kita selawat.
Saya ada kongsikan Doa Berlindung Dari Penyakit Merbahaya. Jemput amalkan ya. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
Semoga bila kita tahu kelebihan selawat ianya menjadi satu motivasi untuk kita jadikan sedikit tazkirah amalan selawat juga satu doa yang sebagai seharian kita semua inshaallah.
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Sumaiyah MZ says
MashaAllah tabarakallah.. thank you kak wina for the reminder untuk perbanyakkan dan melazimi selawat.. semoga kami pon dapat amalkan setiap hari dan semoga Allah kurniakan kebaikan buat kak wina dan seluruh ahli keluarga, Aamiin 😍😍😍
Master Norwina says
Inshaallah jom kita sama -sama beramal dengan selawat.
Norita says
Alhamdulillah, kita dipilih Allah untuk berselawat sejak kita dalam dunia persekolahan. Berkat selawat itu nampak ketara dalam kehidupan kita sehari-hari. Banyak masalah dunia, menjadi mudah bila kita berselawat. Selawat menjadi tanda kita sayangkan Nabi Muhammad saw. Moga kita terpilih menjadi umat baginda yang mendapat syafaat pada hari akhirat nanti.
Master Norwina says
Alhamdulillah mudah-mudahan kita dipermudahkan segala urusan dan beroleh syafaat baginda Nabi Muhammad SAW. Terima kasih kak Norita berikan nasihat dan sentiasa berpesan untuk sentiasa menjaga selawat❤️