Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog winawellness. com dan belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Sambil kita masih lagi dalam. mood beraya saya terfikir nak berkongsi 10 adab ziarah di hari raya open house.
Islam menggalakkan umatnya agar berkasih sayang dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Maka, antara cara untuk merapatkan lagi kasih sayang sempena Syawal ini adalah dengan ziarah menziarahi.
Ini berdasarkan daripada hadis bahawa sabda Baginda Rasulullah yang bermaksud:
“Orang-orang mukmin dalam hal saling mencintai, mengasihi dan menyayangi seperti satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut sakit.” [Muslim:4685].
Meriahnya kan raya tahun nie ada banyak jemputan kahwin serentak dengan hari raya open house. Boleh la ambil kesempatan ziarah dan menyambung silaturahim dengan kawan-kawan dan sanak saudara yang lama tak jumpa sambil meraikan raja sehari.
Alhamdulillah tahun nie giliran beraya di sebelah family saya di Penang bersama mak dan nenek. Alhamdulillah rezeki juga dapat beraya dengan family mertua yang datang ke Penang pada hari raya pertama.Raya kedua bersama family kakak yang balik raya dari Ipoh meriah sungguh rezeki kami dapat beraya bersama. Keluarga saya kecil ja tapi bila dapat berkumpul rasa bahagia sangat.
Raya tahun nie kami banyak raya di rumah saudara dan kawan-kawan sambil dapat bertanya khabar boleh juga merasa menu raya di setiap rumah. Terima kasih kepada tuan rumah semoga beroleh pahala menerima dan memuliakan tetamu.
Sabda Nabi SAW: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka muliakanlah tetamunya. Memberi hidangan adalah selama sehari dan semalam. Layanan terhadap tetamu adalah selama tiga hari. Yang lebih daripada itu ialah sedekah. Tidak boleh bagi tetamu itu untuk duduk lama sehingga tuan rumah mengeluarkannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
10 Adab Ziarah Di Hari Raya Open House
Pertama,sekarang dah mudah hanya call atau whatsapp saja tanya khabar tuan rumah dan meminta izin atau memaklumkan kepada tuan rumah sebelum bertandang ke rumah.Biasanya bila tuan rumah lapang inshaallah kita bolehlah ziarah raya. Jika tak ada kelapangan jangan pula terasa hati pastinya ada hari lain untuk ziarah.
Kedua, yang nie bab penting iaitu jaga aurat. Tak kisah la nak ambil gambar beraya atau ziarah raya aurat wajib jaga. Antaranya pilih pakaian yang sesuai dan sopan serta paling utama menutup aurat dengan sempurna ya.
Ketiga, bab nie ramai yang terlepas pandang. Sebenarnya paling utama pilih masa ziarah yang sesuai agar tidak mengganggu tuan rumah, terutamanya waktu rehat, solat dan tidur tuan rumah.Jangan dah 10 malam pun masih bertandang,tuan rumah pun dah penat nak rehat pulak.
Keempat,rasanya isu nie penting kena ingatkan, tujuannya nak elakkan topik sensitif yang boleh menyebabkan terasa hati, isu hangat politik, rumahtangga orang lain dan topik yang mengaibkan atau menjatuhkan maruah dan tidak mengumpat atau menceritakan keburukan orang dan fitnah orang lain.. bawak cerita lain ya sebab kita ziarah raya bukak program mengumpat.
Kelima alhamdulillah sana sini ramai yang menulis isu nie dekat media sosial sama macam kita pergi kenduri,ambil makanan sekadar yang nak makan sahaja. Juadah makanan banyak tapi kita jangan ambil penuh pinggan akhirnya kenyang dan buang kan dah membazir makanan.
Keenam, Jangan terlalu lama betjam-jam Berziarahlah dalam tempoh masa tidak terlalu lama hingga menimbulkan ketidakselesaan dan kegelisahan kepada tuan rumah.
Ketujuh,adab nie sememangnya tanggungjawab ibu ayahlah kena memantau dan mengawal pergerakan anak-anak kecil agar tidak ada insiden yang menyebabkan kerosakan harta benda tuan rumah,kesian tuan rumah kan bila itu ini rosak dan pecah pula.
Kelapan,ziarah ini ada adab, pastikan anak-anak kita tidak masuk ke kawasan privasi bagi tuan rumah seperti dapur atau bilik tidur tanpa kebenaran.
Kesembilan selalunya masa nie la nak ke tandas kan, mesti meminta izin tuan rumah jika ingin menggunakan bilik air atau tandas ya.
Kesepuluh, akhir sekali dah habis makan, berbual cari dulu tuan rumah walau dia orang yang paling sibuk. Jumpa dulu dengan tuan rumah sebelum pulang dan mengucapkan terima kasih di atas layanan yang diberikan.
Kami ambil kesempatan raya tahun nie untuk aktiviti ziarah dan ada beberapa jemputan hari raya open house juga yang kami hadir dan saya pun nak share ada 2 tips bila ada jamuan raya supaya kita tak terbabas makan banyak, ada yang kata puasa turun 3 kg lepas raya naik 8kg tak nak la macam tu kan.
Tips pertama sebelum keluar rumah bancuh dulu ESP Shaklee Set Rahmah atau ambil dulu Set Kurus Hello New You yang ada gandingan vitamin seperti OmegaGuard, Lecithin, Herblax dan juga cinch akan bantu penghadaman yang sihat bantu kawal selera dan craving.
Tips yang kedua minum air putih yang cukup dan bawa air dalam kereta,sebelum sampai minum air putih atau performance drink terutamanya sekarang nie musim panas yang boleh akibatkan strok haba. Inshaallah dengan 2 tips nie Inshaallah perut tak perlu nak isi semua menu raya yang terhidang tu.Boleh baca bahaya strok haba kepada kesihatan kita di link ini stroke haba bahaya boleh bawa maut
“Jaga Kesihatan Di Musim Perayaan”
Owh ya bila menulis cerita tentang 10 Adab Hari Raya Open House saya baru teringat nak berkongsi resepi kesukaan anak anak saya iaitu Nasi Ayam Utara, sebab utama bahan-bahan nasi ayam nie mudah disediakan dan cara penyediaan pun simple inshaallah boleh cuba masak ya klik link di bawah ya
Nasi Ayam Utara Paling Mudah Dan Sedap
Nak cuba set Rahmah Shaklee cepat-cepat hubungi saya ya istimewanya hanya RM188 sahaja untuk anda rasa kesan vitamin Shaklee ESP Shaklee dan Sustained Release Vita-C serta percuma keahlian Shaklee dan percuma penghantaran
Nak jana pendapatan bersama perniagaan Shaklee pun saya alu-alukan, bukan saja sihat, tapi ada pendapatan tambahan bersama Shaklee Inshaallah.
Jom baca entry sahabat saya meriahnya Hari Raya Open House
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini.. saya sudah pasti mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik
#nextlevelblogging
#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
Leave a Reply