Assaalmualaikum sahabat winawellness semua. Saya doakan anda semua sihat pastinya semua ceria sebab semua dah makan produk Shaklee kan. Cerita hari nie bab seronoknya dapat duit raya awal Shaklee. Saya bagitau team business saya tahun nie Shaklee bayar bonus awal tau jadi sempat la nak buat persiapan raya lebih awal.Jom bantu kawan-kawan dan family kita sihat bulan Ramadhan dengan Set Puasa Shaklee Bila buat business kena ada target berapa nak extra duit raya setiap tahun.
Duit Raya Awal Shaklee
Alhamdulillah 2023 adalah tahun ke 13 saya bersama Shaklee dan tak pernah gagal dari bulan pertama saya join Shaklee dapat kumpul duit raya awal Shaklee dan konsisten terima bonus setiap bulan jadi adalah tambahan pendapatan untuk kami. Bila buat business dan ada 2 pendapatan dalam keluarga ianya sangat membantu kami merancang ekonomi keluarga.Lega sebenarnya bila ada duit tengah bulan nie saya akan terima gaji dan bonus pada setiap 14hb dan suami pula setiap 25hb setiap bulan.Apa yang specialnya business Shaklee nie kita boleh target berapa pendapatan yang kita nak jadual seperti jadual Bonus Shaklee di bawah.
3 Perbelanjaan Utama Bila Dapat Duit Raya Awal Shaklee
Bila Shaklee nak bagi duit raya awal, maka saya dah letak siap-siap pembahagian perbelanjaan supaya tak tersasar perbelanjaan maklumlah banyak cabaran jika tak berjaya merancang dengan baik.
Yang pertama saya letakkan kepada perbelanjaan untuk persiapan baju raya anak-anak dan kuih raya. Biasanya 2 atau 3 pasang baju setiap anak-anak at least kami ada baju sedondon, baju jalan-jalan untuk ziarah raya dan kasut raya. Cuma biasanya anak-anak tak minta sangat kasut raya kecuali yang bongsu Aisyah nie suka melawa kami layankan ajer la. Biskut raya setiap tahun saya buat bersama anak-anak, seronok sebab bila ada aktiviti anak-anak pun boleh belajar bantu persiapan untuk raya nanti dan pastinya ianya kenangan indah mereka bila tiba hari raya.
Yang kedua adalah perbelanjaan untuk sedekah Ramadhan dan Syawal. Sebenarnya bila masuk Ramadhan kami dah ada pengagihan untuk sedekah Ramadhan seperti tajaan iftar berbuka puasa di surau taman, tajaan puasa anak-anak tahfiz sekolah anak saya dan kami dan sediakan duit raya utk mak ayah, anak-anak, anak saudara dan jiran-jiran yang datang ziarah. Duit raya awal Shaklee sangat membantu untuk kami konsisten buat sedekah setiap tahun. Alhamdulillah semoga ada keberkatan dalam business kami inshaallah.
Yang ketiga perbelanjaan untuk balik beraya di kampung bersama keluarga. Alhamdulillah tahun lepas kami balik beraya ke Kuala Terengganu. Perbelanjaan untuk travel nie agak tinggi antaranya petrol dan singgah makan di R&R sebab kami bukan saja balik raya tapi pakej bercuti juga dan shopping untuk beli buah tangan juga. Seronok tau terengganu nie dapat makan seafood tepi pantai dan beli keropok di Pasar Payang.
Alhamdulillah rezeki kami dapat beraya dengan family di Terengganu dan setiap kali balik kami macam biasa tak tinggal vitamin Shaklee untuk pastikan kami sihat dan imum sistem kami semua kuat maklumlah musim raya jumpa ramai orang bila ziarah raya. Alhamdulillah bila ada duit raya awal dari Shaklee dapat kali beli stok vitamin Shaklee dan bagi ahli keluarga rasa semua vitamin dan tahun ini adik kami Puan Sumaiyah dan suami Pengedar Aktif Shaklee Kuala Terengganu dah jadi pengedar aktif di sana Alhamdulillah semoga Allah permudahkan dan bagi kesihatan yang baik dan ada pendapatan bersama business Shaklee.
Jika kawan-kawan masih mencari peluang pendapatan dan nak buat business yang dalam masa yang sama dapat jaga kesihatan dengan nutrisi yang terbaik jom join komuniti business Shaklee saya yang sangat best. Jom dapat duit raya awal dengan Shaklee setiap tahun
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini.. saya sudah pasti mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik
shakleethrive2023
shakleetriumph2023
blogmegashaklee
duitrayaawal
PengedarShakleeKepalaBatas
PengedarShakleeBertam,
Yati Adam says
Wah..seronokknya dapat awal duit Raya dari Shaklee…
Yati Adam says
Wah..tidak sabar mahu dapat awal duit Raya dari Shaklee…
Ain says
Bestnya…nti Mana tahu ada rezeki Boleh berjaya di Penang.Dapat jumpa kembaq
Master Norwina says
inshaalah,amin
Sumaiyah Mohd Zulkifli says
Alhamdulillah, best kan kak wina dapat duit raya awal dari Shaklee..memang sangat membantu dalam persiapan Ramadhan dan Syawal nanti..❤❤❤
Master Norwina says
alhamdulillah seronok 💪jom kumpul duit raya