GEJALA DAN TANDA TANDA AWAL TERKENA PENYAKIT JANTUNG
1. Sering keletihan
Jika anda kerap merasa letih meski tidak melakukan aktiviti berat, segera dapatkan nasihat daripada doktor. Ini kemungkinan adanya masalah pada jantung. Rasa letih ini juga sering dirasakan ketika bangun tidur.
2. Sering Berpeluh
Umumnya seseorang berpeluh selepas bersenam atau semasa cuaca panas. Namun jika anda mudah berpeluh, walaupun tidak melakukan apa-apa, kemungkinan jantung anda bermasalah.
3. Mual Berlebihan
Gejala gangguan jantung bermula dengan pembengkakan di bahagian perut. Hal ini menyebabkan pesakit kehilangan nafsu makan dan merasakan mual berlebih.
4. Merasa cemas dan tegang
Banyak yang meyakini, serangan jantung akan meyebabkan seseorang itu trauma. Akibatnya, mereka yang pernah mengalami serangan jantung lebih kerap mengalami ketegangan, ketakutan, atau kecemasan akan kematian. Hal ini dikaitkan dengan kebimbangan psikologi dan tekanan yang menyebabkan serangan lebih kerap.
5. Sakit pada bahagian badan
Rasa sakit menjadi petanda kuat penyakit jantung. Pada lelaki, rasa sakit dirasakan di bahagian lengan kiri, sementara wanita mengalami rasa sakit di kedua-dua lengan. Rasa sakit datang dan pergi ini juga dirasakan di bahagian bahu, punggung siku, dan leher. Kesakitan di beberapa titik bahagian tubuh ini disebabkan kerana berlaku penyumbatan arteri.
6. Sakit di dada
Ini merupakan gejala umum masalah jantung. Wanita akan lebih mungkin merasakan sakit di bahagian dada kerana penyumbatan arteri yang menyebabkan aliran darah ke seluruh badan tidak lancar. Keadaan ini juga boleh menyebabkan mati rasa dan kelemahan tubuh.
7. Sakit kepala
Mereka yang mempunyai masalah pada jantung, akan merasakan sakit kepala apabila terdedah kepada pendedahan cahaya. Ini berpengaruh pada denyut jantung, sama ada berdenyut lebih lambat atau lebih cepat.
Terutama pada wanita yang sering mengalami migrain atau gangguan visual, sekurang-kurangnya dua kali dalam sebulan, perlu waspada. Boleh jadi ini merupakan gejala perkembangan penyakit jantung. Demikian menurut kajian yang diterbitkan American Academy of Neurology. Menurut penyelidik, ini terjadi kerana penyimpangan peredaran darah yang menyebabkan sakit kepala parah.
8. Denyutan jantung tak teratur
Jika anda mengalami denyutan jantung tak teratur, ini patut diberi perhatian kerana boleh membawa maut. Denyut jantung tidak teratur umumnya terjadi kerana adanya penebalan otot pada injap jantung. Hal ini menyebabkan berlaku penyempitan pada injap sehingga menyebabkan kebocoran.
9. Sesak nafas
Sesak nafas disebabkan kerana penebalan pembuluh darah yang menghalang bekalan darah ke seluruh tubuh. Ini juga mengakibatkan denyutan jantung yang tidak teratur, kelainan organ hati atau jangkitan, penebalan otot jantung, serta kelainan pada injap jantung.
10. Bengkak Kaki dan Perut
Pembengkakan berlaku apabila cecair terkumpul di dalam tubuh. Umumnya terjadi pada bahagian pergelangan kaki dan perut. Gejala ini merupakan tanda bahawa jantung sedang mengalami kecacatan serta adanya kelainan pada injap jantung.
Jom jaga kesihatan dan amalkan gaya hidup yang cergas dan pemakanan yang betul.
Anda nak DAFTAR AHLI SHAKLEE dan cuba VITAMIN SHAKLEE boleh Wassap saya sekarang dengan cara hanya klik link di bawah untuk pendaftaran ahli,consultation dan pertanyaan lain :
BAGAIMANA NAK BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH?
Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee ?Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah “JOIN NOW”
Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
==========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ http://wasap.my/+60123466986
Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam,Pengedar Shaklee Bertam perdana,Pengedar Shaklee Bertam Putera,Pengedar Shaklee Bertam Indah,Pengedar Shaklee Tasek Gelugur,Pengedar Shaklee Penaga,Pengedar Shaklee Penang,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Butterworth,Pengedar Shaklee Kulim
Leave a Reply