8 Sebab Kenapa Perlu Percaya Shaklee Adalah Selamat
1 – Bebas Daripada Bahan Tercemar Berbahaya
Shaklee menyaring lebih daripada 350 jenis bahan tercemar, pestisid dan ketidaktulenan bahan dalam setiap sumber ramuan botanikal terbaru.
2 – Bebas Pestisid
Lebih daripada 250 ujian kandungan pestisid dilakukan dan memenuhi piawaian United States Pharmacopia (USP).
Setiap produk suplemen yang dihasilkan oleh Shaklee melepasi piawaian standard USP yang ketat untuk memastikan ia bebas daripada bahan tercemar berbahaya.
3 – Sentiasa Selamat dan Berkesan
Shaklee melakukan lebih daripada 100 000 ujian kualiti setiap tahun. Proses ujian kualiti ini dijalankan sepanjang tahun dan berterusan bagi memastikan setiap produk adalah selamat untuk diambil oleh anda dan keluarga anda.
4 – Produk Shaklee Tulen dan Asli
Tiada Perasa tiruan, pemanis dan bahan pengawet.
5 – Bebas Gluten
Berita baik bagi mereka yang sensitif, alah atau tidak boleh mengambil sumber gluten dalam makanan. Ia baik untuk perut yang ceria dan saluran penghadaman yang sihat.
6 – Non-GMO
Produk shaklee adalah bebas GMO dan mempunyai pengesahan piawaian melalui IPP (Identity Preserved Program).
IPP adalah satu badan yang sangat dipercayai memastikan sumber utama bahan yang digunakan kekal sebagai Non-GMO daripada peringkat biji benih sehingga ke peringkat pemprosesannya menjadi bahan dalam suplemen.
7 – Biodegradasi
Berpegang kepada prinsip sentiasa selamat, sangat berkesan, hijau dan bijak; set produk penjagaan rumah Get Clean adalah terdiri daripada bahan mudah terbiodegradasi atau diuraikan semula dalam bentuk yang selamat untuk dikembalikan kepada alam sekitar.
8 – Tiada Ujian Terhadap Haiwan
Polisi Shaklee bertentangan dengan konsep ujian terhadap haiwan. Tiada sebarang ujian terhadap haiwan yang dilakukan dalam sebarang setiap bentuk ujian makmal produk Shaklee.
Landmark Study adalah salah satu bentuk ujian yang dilakukan oleh pihak ketiga yang membuktikan produk nutrisi kesihatan Shaklee adalah yang terbaik, selamat dan berkesan.
Bagaimana? Sudah yakin dan ingin mencuba produk Shaklee? Atau dah pernah cuba di suatu masa dulu, dan ingin mencuba sekali lagi?
Leave a Reply