Tips Kecantikan:Cara Menyingkirkan Dagu Berlapis
Lebihan lemak yg terkumpul di antara dagu dan leher ini memberi masalah kepada wanita, lagi-lagi yg bertudung kerana pemakaian tudung itu sendiri akan ‘mencekak’ dan menolak kulit di kawasan tersebut ke hadapan, memberi gambaran seolah-olah kita mempunyai ‘dua dagu’.
Jom check 5 amalan untuk menyingkirkan dagu berlapis dengan efektif:
1. Jangan membongkok atau tunduk ketika duduk, berdiri atau berjalan. Pastikan belakang tegak mendagu sentiasa.
2. Jaga pemakanan supaya tidak berlebihan. Orang gemuk lebih mudah mendapat dagu berlapis.Pastikan nutrien seimbang.
3. Urut dagu menggunakan pergerakan dari bawah ke atas. Urutan boleh membantu mengetatkan otot dan merangsang peredaran darah.
4. Lakukan senaman dagu dan leher bila ada waktu yang terluang. Waktu yang terbaik ialah pagi sebaik bangun dari tidur, malam ketika menonton tv atau ketika di pejabat.
5. Mengunyah gula-gula getah. Pilih yg SUGARFREE. Lakukan hingga muka menjadi kebas. Ini untuk melatih otot membakar kalori.
6. Senyum dan ketawa lah selalu. Selain menghasilkan suasana ceria kepada orang sekeliling anda, ia juga adalah senaman kecil yg patut dijadikan amalan harian.
>> Senaman Dagu
a. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Menggunakan belakang telapak tangan, lakukan pergerakan menyepak bergilir-gilir dengan tangan kiri dan kanan. Lakukan sebanyak 50 kali.
b. Berdiri tegak dan lihat ke hadapan. Jelirkan lidah sepanjang yang boleh. Ulangi sebanyak 11 kali. Pasti anda akan alami kesannya kerana otot di bahagian leher akan berasa tegang dan ketat.
c. Menggunakan otot muka dan leher, cuba angkat bahagian bawah bibir melewati bibir atas sejauh yang boleh. Ulangi sebanyak 11 kali.
Selamat Mencuba
Leave a Reply