Kanser paru-paru merupakan salah satu penyebab utama kematian di Malaysia apabila lebih 4,000 kes pesakit baru dicatatkan setiap tahun. Pada tahun 2007, secara keseluruhanya kanser paru-paru mencatatkan kematian ketiga tertinggi selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Namun, dikalangan lelaki ia menduduki tempat pertama dengan kes sebanyak 15.8%. Kanser paru-paru sering dikaitkan dengan tabiat merokok.
Punca Kanser Paru-Paru
Menurut kajian, tabiat merokok merupakan salah satu punca terjadinya kanser paru-paru. Kebanyakan pesakit kanser paru-paru adalah terdiri daripada golongan perokok. Selain itu, pendedahan kepada radiasi dan bahan kimia seperti asbestos, arsenik, kromium dan bahan petroleum juga adalah faktor penyumbang. Faktor terakhir adalah disebabkan oleh pemakanan yang tidak sihat dan mengandungi lemak tepu yang tinggi.
Simptom Kanser Paru-Paru
Batuk berdarah
Batuk berpanjangan (tidak sembuh)
Jangkitan pada paru-paru dan saluran pernafasan
Suara menjadi kasar
Badan menjadi lesu dan susut berat badan
Sakit pada bahagian tulang dan tulang belakang
Cara terpenting untuk seseorang mengurangkan risiko terkena kanser paru-paru adalah berhenti merokok. Seseorang perokok yang telah berhenti selama 10 tahun lamanya bererti dia telah dapat menurunkan risiko 30 -50 peratus untuk terkena kanser paru-paru.
PILIHAN DI TANGAN ANDA!
SHAKLEE SENTIASA SELAMAT BERKESAN MESRA ALAM.
Hubungi untuk dapatkan produk Shaklee di Seluruh Malaysia Sabah dan Sarawak dan cara pengambilan yang betul dan berkesan boleh menghubungi saya melalui:
SMS/ WASSAP di talian 012-3466986
EMAIL : winawellness@gmail.com
COD Shaklee Kepala Batas/COD Shaklee Bertam/ COD Shaklee Sungai Petani
Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share’Sharing Is Caring
Leave a Reply