PETUA SELEPAS BERSALIN
Nenek moyang kita memang kaya dengan petua tradisional. Jika diamalkan ia diakui memang memberikan kesan yang mengagumkan. Kepada ibu-ibu selepas bersalin, jom amalkan petua-petua berikut untuk kesejahteraan diri dan kecantikan luar dan dalam.
1. Segarkan badan
Semasa dalam pantang, ambil beberapa helai daun sirih dan daun pandan kemudian rebus bersama sedikit halba, bunga cengkih dan garam. Mandi dengan menggunakan air rebusan setiap pagi sehingga ke hari ke-40 selepas bersalin.
2. Naikkan seri wajah
Bersihkan beberapa ranting daun inai kemudian rebus dengan menggunakan api sederhana sehingga mendidih. Biarkan sejuk dan minum airnya segelas pada waktu pagi dan segelas pada waktu malam. Amalkan dua atau tiga hari seminggu.
3. Kecutkan rahim
Ambil segenggam daun pegaga dan rebus bersama akarnya. Masukkan bersama pucuk pokok sepagi berdiri. Minum air rebusan tadi selama tiga hari berturut-turut setiap pagi.
4. Rawatan dalaman
Tumbuk kunyit hidup dan daun inai hingga lumat. Kemudian, perah dan ambil patinya lalu diminum pada waktu pagi. Lakukan selama tiga hari seminggu sepanjang waktu berpantang. Hasilnya, luka anda akan cepat sembuh dan wajah akan lebih berseri.
5. Tambah susu badan
Ada setengah wanita yang baharu melahirkan anak menghadapi masalah kurang susu badan. Bagi mengatasi masalah ini, ambil daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus. Makanlah bersama nasi panas dan amalkan selalu.
6. Sembuhkan luka bersalin
Luka akibat bersalin sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan boleh disembuhkan segera dengan makan ikan haruan yang dibakar ataupun dibuat sup. Selain itu amalkan makan hempedu ikan haruan setiap hari bersama satu sudu besar madu lebah asli.
Selamat mengamalkan bagi wanita yg lepas bersalin atau anda juga ada pilihan yang lebih mudah iaitu berpantang tanpa jamu hanya mengambil set berpantang Shaklee
Apa pengakuan pengguna kami?
BERPANTANG TANPA JAMU
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul? Anda boleh menghubungi saya melalui:
Hubungi kami atau SMS/ WASSAP di talian 012-3466986
COD Shaklee Kepala Batas/COD Shaklee Bertam/ COD Shaklee Sungai Petani
“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”
Terima Kasih diatas kunjungan anda dan saya doakan kesihatan anda
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
mrhanafi BEST says
jika mengamalkan petua yang betul insya Allah cepat sembuh tu..
wina says
Betul tu mrhanafi ..petua org lama ada banyak baiknya..nak ikut atau tidak itu PILIHAN..Terima Kasih diatas kunuungan tuan semopga tuan sekeluarga beroleh kesihatan yang baik
Ell says
Nice sharing.
Ramai kan yang dah cuba pantang dengan vitamin Shaklee. Semua puji cakap bagus kak, alhamdulillah
Ell recently posted…Badan Selalu Letih Dan Lesu Berkerja