Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.
Apa itu ASID FOLIK?
Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.
Mengapa ia PENTING?
1.Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
2.Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3.Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
4.Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
a.Sumbing lelangit (cleft palate)
b.Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
c.Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
d.Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
Bila ASID FOLIK perlu diambil?
Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
Merawat kesuburan pada lelaki
Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
Wanita biasa – 400 microgram (0.4 mg) sehari
Wanita hamil – 600–800 micrograms sehari
Ini adalah neural tube defect jenis SPINA BIFIDA.. yang terjadi pada baby kerana kekurangan folic acid (vitamin B9)… especially sebulan pertama kehamilan. sebab masa ni la saraf baby sedang terbentuk
apa kesannya??
bayi akan LUMPUH seluruh badan.
perasan tak, kita disarankan untuk mengambil folic acid 3 bulan sebelum hamil dan mereuskan folic acid sepanjang kehamilan. sebab ini lah.
so, jangan culas untuk mengambil suplemen anda terutamanya folic acid (vitamin B9).
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul? Anda boleh menghubungi saya melalui:
Hubungi kami atau SMS/ WASSAP di talian 012-3466986
COD Shaklee Kepala Batas/COD Shaklee Bertam/ COD Shaklee Sungai Petani
“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”
Terima Kasih diatas kunjungan anda dan saya doakan kesihatan anda
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
Leave a Reply