Tonik Rawatan Hati Terbaik
Dianggarkan seramai 378 lelaki dan 150 wanita bagi setiap 100,000 rakyat Malaysia menghidap penyakit kanser hati.
“Penyakit kanser merupakan penyakit yang boleh membawa maut kerana ia biasanya lambat dikesan.
Ini kerana tidak terdapat simptom pada peringkat awal penyakit. Simptom-simptom yang wujud pada tahap seterusnya termasuk gumpalan, ketidakselesaan pada bahagian kanan abdomen, kesakitan sekitar sebelah kanan tulang belikat atau kulit yang kekuningan atau jaundis
Selain itu, simptom-simptom lain adalah pengurangan berat badan yang mengejut, kurang selera makan yang berterusan, terasa kenyang dengan mudah walaupun baru menjamah sedikit makanan, kepenatan yang luar biasa dan loya.
Faktor risiko menghidap kanser hati termasuk jangkitan kronik virus Hepatitis B atau C yang berkait dengan sirosis atau gangguan struktur hati normal oleh fibrosis dan pembentukan nodul yang memberi kesan pada hati seperti penyalahgunaan alkohol,obesiti, diabetis dan penggunaan tembakau.
CADANGAN RAWATAN
Kajian menunjukkan bahawa kandungan utama di dalam Shaklee DTX™ Complex; ekstrak biji benih pokok susu tisel (milk thistle seed) menyokong keupayaan badan menghasilkan protein bagi membantu menjana semula sel-sel hati.
DTX™ Complex mengandungi bahan ekstrak yang sangat penting dari biji benih pokok susu tisel yang menghasilkan 80 % silymarin. la turut mengandungi bahan-bahan yang digabungkan secara unik dan saintifik; ekstrak daripada schizandra dan cendawan reishi (herba yang kaya dengan anti-oksida) dan ekstrak daripada dandelion, kunyit, dan articok (herba yang membantu mengekalkan aliran hempedu).
Organ terbesar di dalam tubuh manusia, itulah hati, adalah juga satu-satunya organ yang mampu tumbuh semula. Sebagai contoh, serangan jantung boleh menyebabkan kerosakan kekal pada otot jantung. Sebaliknya, serangan kepada hati akibat pengambilan alkohol berlebihan sepatutnya boleh merosakkan hati secara kekal, namun jika pengambilan alkohol dihentikan, ini memberi kesempatan untuk hati memperbaiki dirinya sendiri. Hati boleh dianggap sebagai sejenis kilang INDUSTRI PEMPROSESAN dalam tubuh manusia, melakukan pelbagai fungsi penting untuk pemeliharaan dan pembaikan fizikal.
Fungsi Hati:
- Rembesan Hempedu – Cecair rembesan ini disimpan di dalam pundi hempedu untuk dikeluarkan apabila perlu ketika penghadaman. Hempedu adalah perlu untuk pencernaan lemak; ia memecahkannya kepada lapisan yang lebih kecil (small globule). Hempedu juga membantu dalam penyerapan vitamin larut lemak; A, D, E, K, dan membantu mengasimilasikan kalsium. Hempedu juga menukarkan Beta Karotena kepada vitamin A.
- Bertindak Sebagai Detoksifikasi – Metabolisma protein dan penapaian bakteria terhadap makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisma protein. Untuk detoksifikasikan amonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik. Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha untuk memastikan fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai buah pinggang yang berfungsi dengan betul.
- Mengawal Paras Gula dalam Darah – Dengan menukarkan tiroksina – hormon tiroid, ke dalam bentuk yang lebih aktif. Penukaran yang tidak mencukupi oleh hati boleh menyebabkan hipotiroidisme. Hati mewujudkan GTF (faktor toleransi glukosa) dari kromium dan glutation. GTF diperlukan oleh insulin untuk mengawal paras gula dalam darah dengan betul. Gula yang berlebihan akan disimpan dalam badan sebagai glikogen, dan kemudian ditukar kembali kepada gula apabila diperlukan untuk tenaga. Hati juga memecahkan hormon seperti estrogen, adrenalin dan insulin.
- Penting dalam Metabolisma Lemak – Penting di dalam sintesis asid lemak dari asid amino dan gula, iaitu ketika pengeluaran kolesterol, lipoprotein, dan phospholipid, dan ketika pengoksidaan lemak untuk menghasilkan tenaga. Di mana, makanan berlebihan akan ditukarkan kepada lemak di dalam hati, yang kemudian diangkut ke tisu lemak badan untuk penyimpanan.
Manfaat Utama DTX™ Complex:
Shaklee DTX™ Complex mengandungi campuran proprietari pelbagai ekstrak aktif daripada milk thistle, schizandra, dandelion, cendawan reishi, kunyit dan articok.
- Digunakan secara tradisional sebagai tonik hati*
Tidak mengandungi perisa atau pewarna tiruan, pemanis atau pengawet. * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Harga Runcit DTX™ Complex:
Harga Runcit DTX™ Complex – RM 155.00
“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”
Terima Kasih diatas kunjungan anda dan saya doakan kesihatan anda
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul? Anda boleh menghubungi saya melalui:
Ell says
Pentingnya menjaga kesihatan hati kan kerana banyak dan besar peranan hati untuk badan kita
Ell recently posted…BERAT LEMAK ATAU BERAT OTOT
onlajer says
kena jaga hati untuk kekal sehat selamanya
onlajer recently posted…Masukan Nilai Gaji Dalam Perancangan Kerjaya Anda
wina says
betul tu Hati adalah organ terbesar di dalam tubuh kita..Pntingnya menjaga kesihatan hati..boleh cuba DTX complex ..Terima kasih diatas kunjungan