Tips membuat stok susu sebelum kembali bekerja
Memandangkan cuti bersalin sekarang dipanjangkan ke 90 hari bagi kakitangan kerajaan , maka ada yang mula risau apabila cuti bersalin sudah sampai ke penghujungnya. Berdasarkan pengalaman saya, persediaan kembali bekerja ini perlu dilakukan bermula bulan kedua kelahiran bayi.
Apakah maksud EBM?
EBM ialah Expressing Breast Milk
Bila waktu yang sesuai untuk membuat EBM stok?
Seperti saya nyatakan di atas, pada bulan kedua. Pada bulan pertama, tidak digalakkan untuk kerap pam kecuali dengan tujuan untuk mengosongkan pam bagi melegakan rasa bengkak. Bukanlah saya kata TIDAK BOLEH. Harus diingat yang badan kita masih belum mendapat rhythm penghasilan susu badan. Disebabkan konsep asas penyusuan adalah supply vs demand, penambahan sesi pam selain direct feeding pada bulan pertama akan memberikan signal yang badan perlu menghasilkan banyak susu seolah-olah anda mempunyai kembar 3..
Baguskah jika oversupply berlaku?
Pada satu perspektif nampak bagus kerana kita dapat hasilkan susu yang banyak. TAPI pada perspektif lain, ianya akan meningkatkan risiko badan mengalami masalah duktus tersumbat (clog duct) atau bengkak susu ( engorgement).
Saya tahu yang ibu-ibu akan mengalami keadaan berikut kerana saya pun telah alaminya.
Saya pam tapi dapat sedikit je?
Untuk peringkat permulaan pam, normal jika anda mendapat sedikit kerana anda telah menyusukan anak secara terus dan badan sudah mula menghasilkan susu berdasarkan permintaan susu anak anda. Pertambahan sesi pam selain sesi direct feeding adalah satu langkah untuk memberikan signal baru kepada badan untuk menghasilkan lebih susu.
Jadinya, janganlah gundah gulana ya jika hanya mampu dapat kurang daripada 1oz selepas lama pam.
Apa yang perlu anda lakukan adalah untuk buat satu jadual pam menyerupai jadual pam yang bakal anda gunakan semasa waktu bekerja. Pam pada waktu yang sama setiap hari adalah satu perkara penting.
Dah sejam saya pam, tapi PAM ANGIN je?
Situasi ini pun normal..Saya la juga yang pernah alaminya. Ibu-ibu, rileks yea..Jangan gelabah..Anggap tindakan anda ini sebagai pelaburan untuk masa depan.
Contohnya anda bercadang untuk pam pada pukul 10 pagi di pejabat. Tindakan anda mengepam pada pukul 10 pagi setiap hari sejak waktu berpantang sebenarnya satu taktik memanipulasi badan kita yang bayi sedang menyusu pada waktu itu.
PAM ANGIN pun, nasihat saya teruskan sahaja.
Kenapa saya pam dapat 1oz, tapi orang lain pam dapat 4oz kekadang 10oz?
Ini semua berbalik kepada konsep asas. Jika anda baru sahaja memulakan sesi pam, ianya adalah normal. Tidak boleh bandingkan diri anda yang baru melahirkan anak dengan ibu yang telah berkerja mungkin 3-4 bulan lamanya.
Semasa bersama dengan bayi, kita tidak tahu berapa banyak yang bayi minum dan pam hanya bertujuan untuk mengosongkan lagi payudara. Oleh itu, kuantiti yang anda dapat memang sedikit. Mungkin bayi anda baru minum dan anda pam, sudah tentulah dapat sedikit. Berbanding dengan ibu berkerja yang tiada bayi bersama.
Selain itu pemakanan ibu serta Supplemen juga memainkan peranan. Jika kita mengambil cukup khasiat seperti protein, kalsium serta pengambilan air dalam 3 liter, Insya Allah anda akan dapat lihat keajaiban kuantiti susu yang semakin meningkat.Klik sini untuk Set Penyusuan Lengkap Shaklee
Bagaimana jadual pam yang perlu saya susun?
Saya gunakan jadual ini untuk catatkan setiap hari berapa oz susu yang dapat saya kumpulkan.Ini contoh jadual kosong.
Kebiasaannya ibu akan berpisah dengan bayi lebih kurang 10 jam sepanjang waktu siang hari. Saya sendiri ada sediakan jadual pam semasa berpantang tapi jika anak mahu menyusu ketika itu, saya akan skip sesi berikut. Jangan terlampau “rigid” untuk elakkan diri anda daripada tertekan=stress..
Secara asasnya, 3 kali sepanjang waktu bekerja. Anda boleh ubahsuai jadual pam mengikut keperluaan bayi dan jadual kerja. Seperti saya cakap, “be flexible”.
(1) Jika bayi anda menyusu 2 jam sekali, mungkin anda perlu pam dengan lebih kerap atau panjangkan waktu sesi pam anda. 4 kali sepanjang masa berkerja boleh membantu.
(2) Jika anda tidak dapat mengepam lama atau kurang daripada 3 kali, tambahkan sesi pam di rumah selepas bayi di tidur di waktu malam atau waktu pagi ( subuh). – Pengorbanan itu perlu dalam breastfeeding
Berapa lama saya nak pam?
Secara asas, konsepnya adalah pam sehingga payudara kosong. Jika anda ingin boost-up produktiviti susu, tambahkan beberapa minit selepas tiada lagi susu keluar. Secara purata, anda boleh pam selama 15minit. Pertambahan masa pam selepas susu berhenti boleh meningkatkan permintaan susu anda.
KUASA DOA
Doa adalah senjata orang mukmin jadi sebagai seorang ibu mohonlah kepada Allah agar Perjalaan Penyusuan anda berjaya .
Tips extra:
Lakukan Power Pumping sekali sehari sepanjang cuti bersalin. Ya, saya telah lakukannya dan sangat suka bila mula berkerja. Teruja dengan kuantiti yang saya perolehi pada hari pertama berkerja.
SEMOGA MAJU JAYA
“Hidup Sihat, Keluarga Ceria Insha Allah.”
Terima Kasih diatas kunjungan dan masa anda dan saya doakan kesihatan anda
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya serta berpeluangan mengikuti latihan pengetahuan produk dan latihan kepimpinan melalui jaringan kumpulan Winners Network.
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui:
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
Adinda Barbara says
Informasinya menarik 🙂
wina says
tq semoga membantu