Makan vitamin punca bayi besar dalam kandungan
Assalamualaikum.
Tahniah buat semua ibu – ibu hamil yang sangat comel .Alhamdulillah suatu anugerah dan perasaan yang indah kerana tidak semua wanita bertuah mempunyai peluang untuk merasai kehamilan seperti anda . Ada wanita yang menunggu berbelas tahun bahkan ada yang berpuluh tahun kehadiran cahaya mata. Tetapi ada wanita yang dikurniakan kesuburan hingga mudah mengandung. Malah ada yang setiap tahun.
Selamat datang ke dunia yang sangat indah anda bakal bergelar ibu.Oleh itu ketika hamil, wanita perlukan nutrien secukupnya agar diri dan bayi dalam kandungan sihat. Kekurangan sesetengah nutrien penting boleh menyebabkan kandungan bermasalah.
Antara Tips yang saya nak kongsikan ialah anda boleh mulakan :
1. Pemeriksaan Antenatal
Penjagaan antenatal sangat penting untuk memastikan anda dan bayi sihat sepanjang kehamilan. Berjumpa doktor O&G sejak awal kehamilan membolehkan mereka memantau kesihatan dan perkembangan bayi dan anda dari semasa ke semasa.
2. Jaga Pemakanan
Sebenarnya, dalam kehamilan tiada istilah makan untuk dua orang. Ketahuilah bahawa keperluan tenaga ibu hamil tidak berubah sepanjang enam bulan pertama kehamilan mereka. Keperluan ini mula meningkat sedikit ketika tiga bulan terakhir kehamilan iaitu penambahan lebih kurang 200 kalori sehari. Yang penting, ibu hamil perlu mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. Pada masa yang sama, pastikan makanan yang diambil bersih bagi mengelakkan sebarang jangkitan penyakit.
Sekiranya berpuasa, pastikan anda bersahur dan berbuka dengan makanan yang berkhasiat. Hidangan anda mestilah mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral. Cegah dehidrasi tubuh dengan perbanyakan minum air kosong pada waktu malam.
Pernah anda dengar mitos ini ??
Makan vitamin punca bayi besar dalam kandungan!
Jom kita baca pandangan seorang doktor pakar sakit puan iaitu Dr. Hamid Arshat tentang kepentingan vitamin untuk ibu hamil:
“Ramai wanita yang salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yang diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan untuk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil-pil kalsium untuk bina tulang, folic untuk keperluan semua sel-sel baru untuk janin dan fish oil sebagai omega3 dan DHA untuk sel-sel otak bayi untuk jadi anak pintar.
Setelah bersalin TERUSKAN makan suplemen-suplemen tersebut untuk cepat pulih rahim dan kekuatan badan serta untuk susu ibu yang berkualiti. Saya cadangkan pil-pil tersebut patut dimakan terus menerus hingga akhir hayat seseorang wanita.”
Apa Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil? Perlu ke saya mengambilnya?
a)Perlu bagi membantu keperluan nutrein penting yang tidak dapat diperolehi secukupnya daripada pemakanan harian untuk ibu juga bayi di dalam kandungan.
b)HB rendah.
c)Anemia.
d)Keletihan dan lesu semasa hamil.Selamat Vitamin Ibu Hamil?
Apakah Vitamin Terbaik Untuk Ibu Hamil
SET HAMIL LENGKAP SHAKLEE KLIK DISINI UNTUK INFO SETIAP VITAMIN
TESTIMONI SET HAMIL SHAKLEE
Tips Penting Winawellness.com
Asid folik penting bagi ibu hamil kerana boleh membantu mencegah masalah spina bifida dan masalah kecacatan tiub neural. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian asid folik sebanyak 400mcg bermula semasa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui:
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
Hanis Amin says
Anak2 saya memang jenis kecik agaknya walaupun makan vitamin. Sorang lahir 2.7kg, sorg lagi 3.2 kg. Jadi vitamin tak mempengaruhi pun 🙂
Hanis Amin recently posted…Soalan lazim tentang Phytocol-ST
wina says
setuju dengan hanis ..vitamin tak mempengaruhi size anak..genatik juga mempengaruhi size anak..cth anak sulung saya belum makan pun supplement shaklee berat anak 3.75kg juga..hehe..TQ anis sharing pengalaman ,Terima kasih atas kunjungan hanis..saya doakan kesihatan buat hanis sekeluarga