Assalamualaikum kepada semua pengunjung setia winawellness.com ..apa khabar anda semua?
Hari nie saya nak share info berkaitan penyusuan yang mungkin membantu anda memahami tentang bagaimana susu ibu dihasilkan ?
untuk pengeluaran susu ibu dua hormon diperlukan iaitu
1) Hormon Prolactin
2)Hormon Oxytocin
kedua – dua hormon ini dihasilkan oleh Kelenjar Pituitary,bukannya kelanjar rahim atau organ rahim .
Prolactin adalah hormon yang menghasilkan susu ibu dan Oxytocin hormaon yang mengeluarkan susu ibu dan Hormon Oxytocin dikeluarkan akibat ransangan kepada puting
oleh yang demikian jika seseorang wanita tidak mengandung mereka masih lagi mampu mengeluarkan susu badan.
Hormon kehamilan akan menyebabkan saluran (duct) dalam payudara membesar mengikut size dan bilangannya. Setiap saluran akan dipecahkan menjadi saluran yang lebih kecil dipanggil ductule. Pada penghujung setiap ductule ada satu kelompok kecil, seperti gugusan buah anggur yang dipanggil alveoli.
Diransang dengan hormon prolaktin, alveoli mengambil protein, gula dan lemak dari bekalan darah dan menghasilkan susu ibu. Satu rangkaian sel-sel sekitar alveoli memerah kelenjar dan menolak susu keluar ke dalam ductule, yang membawa kepada saluran yang lebih besar. (Anda boleh memikirkan 15 hingga 20 saluran susu sebagai straw minuman, ada yang bergabung, supaya kira-kira lapan atau sembilan saluran di hujung puting anda untuk menyampaikan susu kepada bayi anda.)
Apabila tali pusat dipotong, hormon estrogen dan progesteron terus jatuh dan pada masa yang sama hormon prolaktin meningkat. Untuk mereka yang pertama kali melahirkan anak memerlukan 48 hingga 96 jam utuk menghasilkan susu namun mereka yang sudah kali kedua dan seterusnya lebih awal susu dihasilkan.
Demikian bagaimana penghasilan susu dan bagaimana susu dapat disalurkan kepada bayi anda. Itulah hebat kejadian Allah kan. Daripada darah, kita mampu memberi sumber makanan yang sangat berzat tinggi kepada bayi kita. Bayi kita lebih sihat dengan dengan hanya meminum susu ibu semata-mata selama 6 bulan.
Ada yang bertanya saya apakah fungsi utama pengambilan vitamin sepanjang mengandung dan sepanjang penyusuan?
Mengapa Ibu menyusu perlukan Vitamin sewaktu tempoh Penyusuan?
Ibu mengandung diwajibkan mengambil vitamin b, folic asid, obimin (multivitamin) serta tablet zat besi jika didapati kekurangan darah. Ini demi mengurangkan risiko kematian si ibu apabila melahirkan anaknya.
Namun selepas melahirkan si ibu itu mempunyai pilihan untuk menyusukan anaknya dengan susuibu atau susu formula. Maka kepentingan vitamin ini tidak dipentingkan seperti masa mengandung. Namun untuk ibu yang menyusukan anaknya dengan susuibu dan bagi yang sedar tentang cara hidup yang terkejar2, masakan yang ringkas dan tidak mengikut panduan piramid makanan, faktor persekitaran yang sangat tercemar, pasti meneruskan pengambilan vitamin demi kesihatan diri. Vitamin ini hanya membantu agar si ibu itu sustained bertenaga, energetic, ceria dan bersemangat sepanjang hari. Bila si ibu itu sihat dan bersemangat, pasti matlamat penyusuan 2 tahun menjadi sasaran walau apapun dugaan yang datang.
Pengalaman saya menyusukan bayi kembar selama 2 tahun 7 bulan secara esklusif
Cabaran sebagai seorang ibu yang mempunyai bayi kembar ialah susu tidak cukup,badan selalu penat,emosi yang tidak stabil,dan yang paling ketara ialah saya sering sakit gigi ,kerap stress dan sering demam selsema..apabila sentiasa sakit susu badan akan berkurangan dan saya mencari apakah suplement untuk banyakkan susu untuk amna dan anis.
klik disini untuk tips penyusuan ekslusif.
TESTIMONI SET PENYUSUAN SHAKLEE
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui:
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
Leave a Reply