Alangkah bagusnya jika kita diberi peluang untuk melancong PERCUMA bersama suami ke California, San Francisco, Long Beach dan Los Angeles..alahamdulillah itulah hadiah yang paling istimewa buat kami berdua..ala-ala honeymoon kan dan percutian ini juga adalah selama 12 hari termasuk perjalanan pergi dan balik .
ini adalah email pertama yang kami terima jemputan untuk diraikan di Global Conference pada
ok jom saya ceritakan pengalaman kami untuk mula buat visa.
Sebelum Temuduga
1)Pertama sekali kena sediakan gambar berlatar belakang putih dengan saiz 50mm X 50mm.
2)Isi lengkap borang permohonan dan Save borang dan print application. Yang tu simpan dan kena bawa untuk interview di Kedutaan Amerika Syarikat di Ampang.
3)Bayar application fees individu RM512 Wajib byr yer kalau tak bayar, tak boleh set up appointment. Untuk fees visa kena bayar di Standard Chartered Bank Butterworth. Jika kawasan anda tiada Standard Chartered Bank, anda boleh wakilkan (berserta salinan passport yang jelas) kepada sesiapa sahaja untuk bayarkannya.
4)Lepas bayar, akan diberikan satu Unique ID pada resit bayaran. Tetapi perlu ingat, slip bayaran hendaklah anda print pada hari yang sama anda nak ke bank.Menggunakan Unique ID yang diberikan tadi, maka barulah anda boleh set appointment untuk temuduga visa.
Semasa temuduga visa
Visa interview dekat US Embassy Malaysia di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah VISA kami siap dan teruskan diposkan ke rumah dan yang paling best Visa ini Valid selama 10 tahun tau..jadi setiap tahun la kami dapat ke US lepas nie InshaAllah pada 2016 untuk Global Conference.
Nantikan pula entry persiapan kami sebelum bertolak ke Los Angelas ya
Salam Ukhwah
Masters Norwina & Ibrahin
~Inspiring Wellness Transforming Lives~
Leave a Reply