Bila sebut sahur mesti ianya berkait dengan bulan puasa,antaranya yang sentiasa disemak setiap pagi pukul berapa nak bangun masak? , pukul berapa waktu habis sahur atau imsak? apa menu sahur sepanjang 30 hari kena masak dan sebagainya sebab sahur 30 hari nie hanya berlaku setahun sekali dan melibatkan seluruh ahli keluarga dan sudah tentu persiapan sahur lebih terancang untuk mendapatkan keberkatan sahur di bulan Ramadhan
Apakah Sahur
Sahur (Jawi: سحور) ialah istilah yang digunakan umat Islam bagi merujuk kepada makan di waktu pagi sebelum berpuasa di siang harinya baik secara fardhu pada bulan Ramadan mahupun pada waktu-waktu lain yang disunatkan. Ia dilakukan sebelum masuknya waktu Solat Subuh, lebih tepat lagi sebelum azan subuh mula berkumandang.
Sahur merupakan santapan yang pertama sebelum kita berpuasa di siang hari. Fungsinya sama seperti sarapan pagi. Memilih makanan dan khasiat yang betul semasa sahur boleh membantu kita mengurangkan masalah rasa cepat lapar atau rasa terlalu lapar sepanjang kita berpuasa.
3 keberkatan sahur di bulan Ramadhan
Keutamaan sahur sebagai satu amalan sunat yang amat dituntut ada dinyatakan dengan jelas oleh beberapa Hadis Nabi Muhammad S.A.W. antaranya diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:
تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”Riwayat Al Bukhari dan Muslim
Antara waktu sahur disunatkan pada sepertiga malam terakhir dan sangat digalakan mendekati waktu subuh Perkataan sahur itu sendiri merujuk kepada akhir malam atau sepertiga akhir malam.
ٱلصَّـٰبِرِينَ وَٱلصَّـٰدِقِينَ وَٱلْقَـٰنِتِينَ وَٱلْمُنفِقِينَ وَٱلْمُسْتَغْفِرِينَ بِٱلْأَسْحَارِ (١٧
(Dan juga) orang-orang yang sabar (dalam menjunjung perintah Allah), dan orang-orang yang benar (perkataan dan hatinya), dan orang-orang yang sentiasa taat (akan perintah Allah), dan orang-orang yang membelanjakan hartanya (pada jalan Allah), dan orang-orang yang beristighfar (memohon ampun) pada waktu sahur.
Ini seperti firman Allah:“Pada waktu sahur mereka memohon keampunan” (Surah Ali ‘Imran: 17).
Selain itu juga sahur menjemput doa para malaikat. Dalam sebuah hadis yang lain Rasulullah menjelaskan:
فَإِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الْمُتَسَحِّرِينَ
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya mendoakan buat mereka yang bangun sahur.” (HR Ahmad)
Bayangkan andai kita menyedari bahawa perbuatan sunnah ini bukan sahaja mempersiapkan tubuh kita untuk melakukan ibadah, malah orang yang bersahur akan didoakan oleh Allah dan para malaikat! Maka apakah keberkatan yang lebih dicari berbanding reda Allah sendiri?
Selalunya bila masuk saja bulan puasa mak akan pesan dua perkara penting ni sebelum tidur niat puasa dulu takut esok lupa nak niat, bangun sahur jangan lambat bangun, takut nanti habis waktu tak sempat nak makan dan minum. Begitulah rutin pesan mak sepanjang 30 hari puasa dan banyak lagi senarai semak (checklist bulan Ramadahan) yang kita boleh sampaikan dan buat bersama ahli keluarga.
Oleh itu, janganlah kita tinggalkan begitu sahaja sunnah sahur ini walaupun hanya dengan kurma kering mahupun seteguk air agar memperoleh keberkatan sahur di bulan Ramadhan yang hanya diketahui di sisi Allah Ta’ala.
⭐️ 𝗦𝗛𝗔𝗞𝗟𝗘𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗶𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮’𝘀 𝗧𝗿𝘂𝘀𝘁𝗲𝗱 𝗕𝗿𝗮𝗻𝗱 𝗙𝗼𝗿 𝗩𝗶𝘁𝗮𝗺𝗶𝗻𝘀 𝗮𝗻𝗱 𝗛𝗲𝗮𝘁𝗵 𝗦𝘂𝗽𝗽𝗹𝗲𝗺𝗲𝗻𝘁𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟭 & 𝟮𝟬𝟮𝟮
SAFE | PROVEN | EFFECTIVE
PENGEDAR AKTIF SHAKLEE BERTAM KEPALA BATAS PENANG
Picit link bawah ni cecepat
📞 http://winawellness.wasap.my
Follow IG :
https://www.instagram.com/shaklee_bywina
Follow FB Page :https://www.facebook.com/winawellness/
Follow di tik tok tiktok.com/@cikgu_wina
Terima kasih kepada anda semua yang terus menyokong saya agar terus berkongsi ilmu di sini dan saya sudah pasti mendoakan agar anda beroleh kesihatan yang terbaik
shakleethrive2023
shakleetriumph2023
blogmegashaklee
PengedarShakleeKepalaBatas
PengedarShakleeBertam,
Pengedar Shaklee Pulau Pinang