SERANGAN PANIK adalah serangan yang menyebabkan rasa takut yang keterlaluan kepada seseorang pesakit dan ia berlaku secara tiba serta perlu mempunyai 4 daripada simptom-simptom ini.
Sesiapa sahaja boleh terkena masalah ini.
Tetapi stress, demam yang tinggi, Masalah GERD, hipertiroid juga boleh membawa kepada tanda-tanda ini.
Simptom-simptom tersebut adalah:
⭕️Jantung berdebar-debar atau berdenyut dengan laju
⭕️Berpeluh secara tiba-tiba
⭕️Tangan menggeletar
⭕️Rasa sesak nafas
⭕️Rasa dicekik
⭕️Sakit dada
⭕️Rasa loya atau perut rasa tidak selesa
⭕️Pening kepala atau pengsan
⭕️Rasa sejuk dan panas
⭕️Tangan menjadi kebas
⭕️Seolah-olah terpisah daripada realiti
⭕️Takut akan hilang kawalan(atau seolah-olah menjadi gila)
⭕️Rasa takut mati
Serangan panik selalunya akan menjadi teruk kurang daripada 10 minit, kemudian ia akan beransur normal semula dan pesakit akan menjadi tenang.
Jika perkara ini berlaku sekali-sekali, ia tidak menjadi masalah.
⚠️⚠️PANIC DISORDER⚠️⚠️
Tetapi jika ia berlaku lebih daripada sekali dalam sebulan, pesakit juga risau akan serangan panik di masa hadapan berserta perubahan dalam perilaku, pesakit ini mungkin mengalami salah satu masalah psikiatri yang dipanggil sebagai penyakit Panik(panic disorder).
Pesakit selalunya akan mengasingkan daripada tempat yang ramai orang kerana risau serangan tersebut akan berlaku di tempat tersebut.
Pesakit juga akan lebih mudah mengalami kemurungan disebabkan asyik memikirkan masalah panik yang sering mengganggu dirinya.
Jika anda mengalami masalah ini, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
- Sumber dari eDiagnosa
Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.
Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam,Pengedar Shaklee Bertam perdana,Pengedar Shaklee Bertam Putera,Pengedar Shaklee Bertam Indah,Pengedar Shaklee Tasek Gelugur,Pengedar Shaklee Penaga,Pengedar Shaklee Penang,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Butterworth,Pengedar Shaklee Kulim,Pengedar Shaklee USM Kepala Batas,Pengedar Shaklee Uitm Kepala Batas