Apakah Punca Morning Sickness?
Sebenarnya ada banyak perkara yang boleh menyebabkan ibu hamil mengalami mual dan muntah-muntah. Anda perlu tahu apa punca menyebabkan mual berlaku, barulah tahu cara untuk mengatasi mual yang sangat meletihakan. Antara penyebab mual berlaku pada ibu hamil adalah seperti berikut:
1. Gejala asid gastirk
Bagi ibu hamil yang memang mempunyai sejarah gastrik, dia akan mudah terkena mual dan muntah. Apatah lagi sekiranya ibu sering membiarkan perutnya kosong dalam waktu yang lama. Dia akan mudah mengalami mual dan muntah disebabkan paras asid gastrik yang naik.
2. Hormon meningkat
Punca asid gastrik naik berulang disebabkan hormon dalam badan meningkat. Hormon yang meningkat adalah hormon estrogen. Hormon ini mempengaruhi keadaan asid gastrik seseorang. Ketika asid gastrik meningkat maka ibu pun mula merasa mual. Hormon estrogen lebih banyak dihasilkan pada waktu pagi, itulah sebabnya ramai ibu mengalami mual pada waktu pagi.
3. Hormon HCG
HCG adalah hormon yang boleh mengesan kehamilan seseorang. Perubahan inilah yang menyebabkan berlaku tanda kehamilan dan ibu mula mengalami mual dan muntah.
4. Metabolisme berubah
Kadar metabolisme dalam badan boleh mempengaruhi sistem imun. Ketika awal kehamilan, metabolisme di dalam badan akan berubah. Metabolisme menjadi lebih lambat dibandingkan sebelum positif mengandung. Itulah yang menyebabkan bakal ibu mual dan muntah.
5. Sistem penghadaman tertekan
Ada juga ibu yang mengalami mual di akhir kehamilan apabila kandungan semakin membesar. Perkembangan bayi yang menekan organ penghadaman dan saluran penghadaman menyebabkan ruang menjadi sempit dan ibu mudah terasa mual.
6. Psikologi
Ada juga ibu yang mengalami mual dan muntah kerana faktor terlalu kerap memikirkannya. Perasaan tertekan dan stres menjadi punca utama ibu rasa mual dan hendak termuntah.
Biarpun gejala mula ketika hamil dianggap sebagai perkara normal di kalangan ibu hamil, tetapi ada petanda bahaya pada nyawa ibu yang mengalami masalah mual luar biasa.
Petunjuk tersebut mesti difahami oleh bakal ibu dan ayah supaya segera mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada gejala menjadi lebih buruk dan membahayakan nyawa ibu dan anak dalam kandungan.
Bakal ayah juga perlu lebih prihatin dan jangan menganggap isteri anda mengada-ngada atau sengaja melayan mual dan muntah yang dialaminya.
Berikut adalah petunjuk bahaya mual pada ibu hamil yang mesti segera mendapatkan rawatan lebih lanjut.
1. Ibu hamil akan terus mual dan muntah sebaik makan atau minum.
2. Jumlah air kencing sangat sedikit.
3. Badan terus lemah dan lesu sehingga tidak boleh bangun dari tempat tidur.
Sekiranya ibu hamil ada mengalami ciri-ciri tersebut ia menunjukkan anda bukan mengalami gejala mual dan muntah biasa tetapi lebih kepada penyakit hiperemisi gravidarum.
Penyakit ini adalah masalah mualdan muntah yang berlebihan. Rawatan intensif di hospital sangat diperlukan untuk mengembalikan keadaan ibu seperti sedia kala. Jika tidak dirawat dengan segera, ia akan membahayakan nyawa ibu hamil kerana kekurangan cecair dan tenaga.
Tips Elak Mabuk Ketika Mengandung
Mabuk atau morning sickness sering terjadi pada trimester pertama dan kedua disebabkan perubahan hormon.
Berikut 10 tips yg boleh mommies lakukan untuk mengatasi loya.
1. Makan sedikit makanan atau minuman sejurus selepas bangun supaya dapat mengelakkan hypoglisemik
2. Makan sedikit tetapi kerap setiap 2-3 jam sekali
3. Amalkan minuman halia atau tablet halia untuk buang angin
4. Elak makanan berkafein
5. Elak makanan berminyak dan pedas
6. Minum 8-10 gelas air kosong yg dingin. boleh tambah limau nipis atau lemon untuk lebih segar
7. Jauhi bau bauan yg kuat
8. Elakkan makan dengan banyak pada satu2 masa
9. Pakai pakaian yang sesuai dan selesa supaya elak rasa panas, rimas dan pening kepala.
10. Makan vitamin prenatal anda sebelum tidur
Selain itu saya kongsikan 6 cabaran ibu hamil untuk bacaan bersama
6 Cabaran Ketika Hamil
Cabaran Hamil
Anda nak DAFTAR AHLI dan cuba VITAMIN SHAKLEE boleh Wassap saya sekarang dengan cara hanya klik link di bawah untuk pendaftaran ahli,consultation dan pertanyaan lain :
BAGAIMANA NAK BELI SHAKLEE PADA HARGA MURAH?
Ingin dapatkan Diskaun Harga Ahli 15%-33% daftar sekarang sebagai Ahli Shaklee dan nikmati potongan harga yang menjimatkan.
Bagaimana untuk mendaftar sebagai Ahli Shaklee ?Mudah sahaja anda klik pada gambar di bawah “JOIN NOW”
Klik untuk daftar sebagai Ahli Shaklee
==========
CARA ORDER:
===========
☎ Call/ SMS/WhatsApp/ http://wasap.my/+60123466986
Pengedar Shaklee Kepala Batas, Pengedar Shaklee Bertam,Pengedar Shaklee Bertam perdana,Pengedar Shaklee Bertam Putera,Pengedar Shaklee Bertam Indah,Pengedar Shaklee Tasek Gelugur,Pengedar Shaklee Penaga,Pengedar Shaklee Penang,Pengedar Shaklee Bukit Mertajam,Pengedar Shaklee Sungai Petani,Pengedar Shaklee Butterworth,Pengedar Shaklee Seberang Jaya,Pengedar Shaklee Lunas,Pengedar Shaklee Padang Serai,Pengedar Shaklee Kulim
EMAIL : winawellness@gmail.com
Leave a Reply