Apa punca bayi jaundice
Penyakit demam kuning di kalangan bayi adalah merupakan perkara biasa pada masa kini. Di anggarkan 60 hingga 70 peratus daripada bayi yang baru lahir mengalami penyakit demam kuning atau yang juga dikenali sebagai jaundis. Penyakit demam kuning atau jaundis merujuk kepada bayi yang mempunyai simptom seperti bahagian putih mata dan kulit yang bewarna kuning-kekuningan. Warna kuning-kekuningan ini dapat dilihat dengan lebih jelas apabila kulit bayi ditekan lembut, ia kelihatan kekuningan. Ujian ini boleh dilakukan pada semua bangsa. Penyakit demam kuning ini lebih kerap berlaku di kalangan bayi pra-matang (tidak cukup bulan) berbanding bayi yang cukup bulan. Warna kuning ini disebabkan oleh bahan kumuhan (metabolit) yang dinamakan Bilirubin dalam darah.Jom kenali apa punca bayi jaundice
Bilirubin merupakan hasil penguraian sel darah merah di dalam darah. Penguraian sel darah merah merupakan proses yang dilakukan oleh tubuh badan manusia apabila sel darah merah telah berusia 120 hari. Hasil penguraian sel darah merah merupakan bilirubin yang diproses oleh hati (hepar) dan disingkir dari badan melalui najis dan air kencing. Ketika bayi berada dalam kandungan, sel darah merah ini akan dikeluarkan melalui uri (placenta) dan diuraikan oleh hati ibu.
Apa punca jaundice
Paras bilirubin pada bayi normal boleh meningkat disebabkan oleh sebab-sebab berikut:-
1)Sel darah bayi mempunyai tempoh hayat yang lebih pendek.
2Lebam pada badan bayi yang disebabkan dalam proses kelahiran menyebabkan banyak sel darah merah rosak dan perlu diganti.
3.Bayi pra-matang tidak mempunyai organ yang matang.Hati tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat.
4Usus mungkin tidak berfungsi sepenuhnya, terutama jika mereka sakit dan tidak disusukan.
5.Darah ibu dan bayi tidak sesuai. (ABO incompatibility)Ibu mengidap kencing manis (maternal diabetes)
6.Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran.Bayi lelaki Asia mempunyai peratusan demam kuning yang lebih tinggi (kerap).
7.Keturunan
Secara semula jadi, penyakit demam kuning normal (physiological jaundice) bermula pada penghujung hari kedua atau ketiga selepas bayi dilahirkan. Paras bilirubin dalam darah akan terus meningkat sehingga bayi mencapai umur 5-6 hari sebelum paras bilirubin menurun dan akhirnya menghilang apabila usia bayi mencecah 10 hari.Namun demikian kita masih boleh laginmencari ikhtiar dan usaha untuk membantu ibu2 sewaktu berpantang untuk memastikan bayi mereka berada dalam situsi yang baik dan lebih sihat
Testimoni Set Berpantang Shaklee
Testimoni 2 Set berpantang Shakle
Testimoni 3 Set berpantang shaklee
Antara set Berpantang Shaklee yang saya cadangkan adalah seperti dibawah dan inginkan Testimoni Berpantang Shaklee disini
Tips Penting Winawellness.com
Ibu menyusulah bayi anda dengan kerap. Sebaiknya kejutkan bayi untuk menyusu sekerap mungkin. Semakin banyak susu ibu diberikan ini akan menggalakkan pergerakan usus dan menyebabkan bilirubin dapat dikeluarkan daripada tubuh menerusi najis. Penyusuan yang bagus apabila bayi disusukan setiap tiga jam sekali atau lapan hingga 12 kali sehari.Bayi jaundis perlu dipastikan agar tidak mengalami kekeringan akibat pengambilan cecair yang tidak mencukupi. Namun ibu dinasihatkan tidak memberikan air masak kerana air ini tidak memberi sebarang tenaga dan kesan positif kepada bayi.
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui:
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
Pondok Papan says
Bahaya menda ni kalau tidak diambil tindakan segera…terima kasih untuk perkongsian yang berguna ni..
Pondok Papan recently posted…Panduan Asas Affiliate Untuk Newbie
Huiren Chee says
Info yg sangat berguna..terima kasih atas perkongsian ini..kak wina..