Selamat datang kepada semua pengunjung winawellness.com .
Hari ini kita belajar ilmu baru apakah penyakit Talasemia dan ini adalah sharing pengalaman seorang ibu mengandung yang menyebabkan beliau bertanya tentang supplemen yang beliau boleh ambil sekiranya mempunyai masalah ini. Kerana ketika mengandung pertama kalinya, didapati Hemoglobin (Hb)nya rendah. Walaupun telah diberikan supplemen yang berasakan iron (zat besi) namun tidak ada peningkatan. Doktor berpendapat bahawa beliau mempunyai masalah Talasemia.
Talasemia (bahasa Inggeris: Thalassaemia) adalah penyakit kecacatan darah. Talasemia merupakan keadaan yang diwarisi, iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak. Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Mereka yang mempunyai penyakit Talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka. Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh. Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen. Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah (anemia).
Sel darah merah bertugas membekalkan oksigen kepada tisu dalam badan manusia. Kekurangan sel darah merah bagi membekalkan oksigen akan mengakibatkan pesakit talasemia berasa lesu, tidak bermaya, dan mungkin sesak nafas sekiranya paras hemoglobin semakin menurun.
Mereka yang mengidap Thalassaemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka denga bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah. Tisu yang ketiadaan oksigen gagal berfungsi dengan baik. Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah, gagal berkembang dengan baik, dan mereka boleh menjadi sakit teruk.Pesakit Talasemia biasanya mempunyai paras hemoglobin yang rendah iaitu kurang daripada 10g/dl.
Terdapat dua jenis Talasemia iaitu:
a)Talasemia minor : Talasemia minor merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
b)Talasemia major : Talasemia major merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunjukkan tanda-tanda talasemia.
Tanda dan gejala penyakit Talasemia
a)Biasanya anak-anak pembawa Talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan. Bagaimanapun, mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila mencapai usia di antara 13 hingga 18 bulan.
b)Tubuh pucat,lemah, dan gelisah.
c)Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
d)Jaundis
e)Tumbesaran terbantut
4)Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa.
5)Perubahan pembentukan tulang muka, pipi, dan rahang yang tidak normal(tanda lewat).
Apakah Vitamin untuk Thalasemia
Bagi seseorang yang mempunyai masalah Talasemia, tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi. Ini adalah kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan Hb, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.
Oleh yang demikian, Vitamin yang tidak boleh diambil ialah :
1)Vitalea Iron Formula Shaklee
2)Alfalfa Complex
Kedua- dua vitamin itu tidak digalakkan oleh pesakit Talasemia, namun supplemen yang harus diambil adalah seperti berikut :
Apakah Fungsi setiap Vitamin
1)Vitamin B complex. Menurut pembacaan saya, Vitamin B Complex membantu dalam meningkatkan tenaga dan diperlukan untuk membina sel darah merah.
2)Vitamin E juga baik sebagai antioxidan yang membantu melindungi sel darah merah.
3) Kalsium ,Magnesium and vitamin D juga antara vitamin yang akan memberi manfaat kerana ia membantu meningkatkan tenaga
4)Energizing Soy Protein juga disarankan kerana protin membantu dalam pembinaan sel-sel baru dalam tubuh badan, ini termasuklah sel-sel darah merah. ESP juga boleh meningkatkan tenaga.
TESTIMONI THALASEMIA
PERINGATAN!!!
VITALEA & ALFAFA
TIDAK DIGALAKKAN UNTUK
PESAKIT TALASEMIA
KINI ANDA JUGA BOLEH BUAT PEMBELIAN SECARA ONLINE
KLIK DISINI
Anda boleh dapatkan Rangkaian Produk Shaklee yang semulajadi hanya dari Konsultan yang terlatih dan anda juga boleh menjadi Shaklee Independent Distributor dan akan dibimbing oleh saya dan Shaklee Corporation
(Klik disini untuk Mendaftar Keahlian anda ) dan apakah Keistimewaan Menjadi Ahli Shaklee
Berminat mahu mencuba dengan konsultasi percuma serta cara pengambilan Vitamin yang betul ?Anda boleh menghubungi saya melalui:
EMAIL : winawellness@gmail.com
No Phone : 012-3466986
FB: Winawellness.com
Leave a Reply