Assalamualaikum..Syukur Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan menjalani kehidupan seharian.Terima Kasih kerana berkunjung ke Winawellness.com.Hari nie kita akan belajar cara buat Power Pumping untuk ibu menyusu dan insha allah akan membantu membanyakkan susu ibu.
Ramai sebenarnya yang bertanya pada saya melalui SMS,Whatsapps,email,Facebook bagaimana saya berjaya menyusukan bayi kembar Amna Anis disamping supplement Shaklee serta tips lain untuk menyusu eksklusif .Salah satu tipsnya ialah dengan melakukan power pumping . Mari kita lihat Cara buat Power Pumping untuk Ibu Menyusu
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan cara mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah untuk meniru cara bayi menyusu, dan secara tidak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?
- Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam dan sebagainya.
- Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
- Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri pula 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit,tukar pula dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.
Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 20 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 20 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, sebaiknyanya waktu malam ke subuh, sebabnya hormon susu sangat tinggi waktu ni.
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.
TIPS WINAWELLNESS.COM
- Kepada ibu-ibu bekerjaya yang sangat sibuk di pejabat dan terpaksa skip masa mengepam, anda sangat disarankan membuat power puming pada malam harinya, InsyaAllah susu tidak akan berkurang,malah kalau kerap diamalkan,susu akan bertambah dari masa ke semasa.
- Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk power pumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunat terutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih 🙂
- Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
- Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
- Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
- Pum setiap 2-4jam sekali
- Be kind to yourself apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik 🙂
- Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi
- Mengambil supplement tambahan untuk membantu ibu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat serta menghasilkan susu yang berkualiti serta bayi mudah kenyang Klik disini untuk mendapatkan Info Set Penyusuan Shaklee
Leave a Reply